Posts

Showing posts from December, 2010

Apabila secara tak sengaja TERpukul nenek itu

Image
Oke sebelum Cik Anita bercerita lebih panjang. Daku nak bagitau yang daku ada sedikit habit yang sangat tak bagus dan selalu buat dalam luar kawalan. Kalau sembang-sembang dengan member-member tu, tangan memang tak pandai nak diam! kejap kang ketepuk sana, kejap lagi ketepukk sini. Lagi-lagi bila gelak besar. Memang nasib lah siapa yang kat tepi aku. Keettepuk! tangan aku hinggap kat peha ke, lengan ke, kaki ke. Memang pedih la kulit orang yang kena tu kan. keh keh keh. Serius aku memang tak sedar! Bila adik-adik dengan kawan-kawan aku tegur baru aku terperasan perangai yang tak senonoh macam ni. Tapi.. tak senonoh sangat ke? Nak di pendekkan cerita, petang tadi Cik Anita pergi Majlis pertunangan rumah kawan. Memang orang ramai tah siapa-siapa yang daku tak kenal. Tapi daku layan je, friendly lah katakan. Jadi bila disuruh makan, maka daku pun melahap tak ingat dunia, sedap sangat rasanya! Lagipun sebab lapar, semua benda nak sedap! (makan bersila je cara kampung lauk berhidang) Potpet

Tengok result mahu terjun katil!

Image
Salam jumaat semua ;) Sebab apa mahu terjun katil? dah alang-alang nak terjun, pergilah terjun bukit ke. Barulah power macam power rangers. Tu memang dah kerja gila. Daku tak segila itu ye, walaupun perangai gila-gila sikit. Tak nak daku mati dalam aib cam gitu. Nauzubillah... Oke. Result boleh tahan je, sebab tak super duper cemerlang! Sigh* Dapat jugak la 3 pointer ke atas, tapi still kalah dengan member-member sepermainan dan sepertiduran. Jadi aku terkecewa la sikit. Kalau dah member-member dapat 3.90 bagai sampai nak ke 4 flat. Maka aku pun meraung dalam hati. ;( ke aku ni tak cukup bersyukur ye? ke aku memang banyak main? Eleh malas lah Cik Anita nak sedih lama-lama. Sebab bukannya teruk sangat pun. (AYAT SEDAPKAN HATI) Cuma kurang dari sem lepas. Jadi sem depan daku bakal pulun habis-habisan! Sem akhir la katakan. Lepas tu aku tak sabar nak carik duit. Mahu kerja! Kerja apa ya? bila dah habis belajar mula la dilema takut tak ada kerja. Adoi! Erm. nak tanya la. Betul ke para grad

Award dari Puan Stoberi

Image
Yeay! Dapat award dari Kak Reen a.k.a Puan Stoberi! Pagi-pagi bukak belog dan terus baca belog Puan Stoberi. Sebenarnya kalau Cik Anita bukak belog, belog Puan Stoberi ni antara belog pilihan yang wajib akan Anita baca. Seingat Anita, kenal kak Reen ni pun disebabkan join contest baju sedondon raya. Tapi memang daku sangat tak bertuah maka tak menang pun. keh keh keh. Eh lupa, Anita bukan kat kampung ni tau, kat rumah kakak kat Kuala Selangor. Sebab tu pepagi boleh update cerita. Kebetulan kena tag pulak dengan Kak Reen. ehehe ;D jadi lelaju terus tempek award ni kat dahi Cik Anita. Sekali lagi kat sini nak ucapkan agar Kak Reen : panjang umur, murah rezeki dan ditambahkan kekayaan dunia akhirat (InsyaAllah). Jugak kebahagiaan dengan Encik Suamiiiii...plus baby. Disebabkan ini award private, maka tak ada pun kena mengena boleh tag orang lain. Ermm. Apa lagi ye nak tambah karangan Anita ni. Sebenarnya dalam hati Anita ni ada sikit terdetik kalau ada kelapangan nak jugak jumpa Kak Re

Kalau tak balas jejak, marah tak?

Salam semua. Persoalan yang utama setiap hari daku fikirkan. "Kalau tak balas jejak, Marah tak? " Rasa macam tak sedap hati je sebab bila kalian ada yang tinggalkan komen kat entry, ada yang tinggalkan jejak kat shoutbox tapi Cik Anita tak balas, ada yang follow Cik Anita, tapi belum free nak follow korang balik. Tak sempat lah nak balas semua. Maaf! Takut-takut nanti ada yang kata Cik Anita ni sombong. Yeke? Serius tak tauu... ;( Apa kata add je facebook Cik Anita. InsyaAllah kat sana daku selalu update. Tapi sebelum add Cik Anita kenalah bgtau anda dari dunia belog. Kalau tak nanti, sampai tahun depan pun Cik Anita tak approve. Keh keh keh. Search je 'SHAHADATINA KEFELE'. Komfem jumpa! Add jangan tak add ;)

Tentang bom0h tak habis-habis

Update ini menggunakan henp0n sony ericsson cik anita. Ya Allah. Aku rasa macam aku ni dah tak mampu nak bersabar. Ini mungkin satu dugaan,tp kalau dah melampau sangat memang la aku naik angin! NAK SANGAT PERCAYA B0M0H!! pergi mamp0s lah sana. Nak percaya tu berpada-pada lah. Kalau rasa diri tu dah dapat anugerah magic dari Allah. Gunalah cara bijak pakai kepala h0tak tu. Bukan pakai hati yang dah nk mati tu. Lepas tu apa je bisikan yg dapat kat telinga tu percaya semua betul?beng0ng lah. Sembahyang tak pernah tinggal tapi percaya 10o peratus kat bisikan syaitan. Bukan ke dh byk kali cakap,nak dengar boleh tapi mana boleh percaya semua tu!memang lah kadang2 benda tu membantu,tapi bukan ke dh jelas terang dan nyata syaitan yg membantu tu suka menipu. Arggh.. Aku memang geram gila tahap dah nk jadi pOwer rangers! Eh tak nak, nak jadi sailorm0on baru la c0mel sikit. Keh keh keh. Sampaikan adik beradik sendiri pun ko tikam belakang. Semua ni b0doh dan gila. Tak masuk akal. Entahla,baru ra

Mengenai Tokoh Maal Hijrah

Salam semua. Rasa macam ada benda musykil lagi songeh nak cakap lah. Jangan marah ye ;) Sesiapa yang tengok televisyen hari ni mesti tau kan pasal siapa yang dapat anugerah Tokoh Maal Hijrah untuk tahun ni. Kalau tak tahu boleh search sendiri. Keputusan tu memang dah muktamad dan tak boleh nak di pertikaikan kan? Tapi Cik Anita nak ngomel sikit lah. Rasa macam ada yang tak kena la bila si beliau yang dapat. Sebab dah terang lagi bersuluh daku rasa tak sesuai dengan penampilan dia. Kalau tokoh untuk wanita unggul ke, wanita berjaya ke, wanita kuat ke. Ikut suka lah nak bagi kan kalau macam tu. Memanglah tak dinafikan yang beliau tu seorang yang komited, jujur, amanah, rajin bekerja, sumbangan yang hebat untuk negara dan lain-lain. Tapi dari segi luaran tu macam tak kena la kan. Ewahh. Siapalah aku untuk menilai orang dengan sewenang-wenangnya. Aku juga insan biasa :) tapi disebabkan aku banyak songeh, jadi benda macam ni pun aku nak sibuk. keh keh keh ;D

Hijrah pemikiran dan pergaulan

Image
Salam Awal Muharram. Nak tunggu loading sign in dengan nak new post je ambik masa setengah jam! Pheww. Lambat gila bila guna broadband kat kampung ni kan. Ini lah yang buat Cik Anita membisu je kat kampung tak update apa-apa cerita. Sigh*** Tapi sebab hari baik dan bulan baik, maka aku pun menjadi sangat penyabar walaupun tak sabar sangat. :D Apakah azam tahun baru korang ye? Azam yang bagus-bagus pastinya. Tapi kalau azam yang lepas tu tak tercapai, tak usah mengada nak tambah azam baru. Usahakan azam yang lepas tu biar cantik molek. Betul tak? Azam Cik Anita untuk kali ini bukan azam yang mengarut pasal kurus-kurus bagai. Malas nak layan semua tu. Cuma berazam untuk menjadi matang dalam mengawal emosi. Paham tak? Contohnya macam nak jadi penyabar dan kurangkan bercakap dalam perkara yang tak perlu. InsyaAllah. Baru-baru ni Cik Anita terkilan tentang sesuatu perkara akibat MULUT. Maksudnya mungkin Cik Anita ni laser dan buat orang lain menyampah. Sedih gila! Tapi tu mungkin hakikat ya

Jemputan Perkahwinan

Image
Salam semua. First of all Cik Anita nak cakap rindu!! kat kalian :( Sangat lama tak update cerita sebab line broadband kat kampung sangat jahanam. Jadi menjeruk rasa la kejap tak kongsi apa-apa cerita. Lagi-lagi kakak nak kahwin, buat-buat sibuk la. Ini pun singgah cc kejap lepas dari order kek untuk pengantin. ;D Jum sama-sama mendoakan moga kekal kebahagiaan kakak cik Anita dunia dan akhirat. Amin. Jadi nak jemput korang datang rumah pada yang sudi. Jum-jum datang... Ini map dia. Nak jemput kenduri kahwin aku lama lagi.hehe. Ok lah mahu balik. Salam