Posts

Showing posts from March, 2011

Scalling gigi

Image
Pernah tak kalian 'scalling' gigi? scalling itu mencuci gigi. Alkisahnya semalam daku dalam seumur hidup ni tak pernah langsung lah mencuci gigi ni. Maka daku pun pergi lah dengan perasaan tiba-tiba. Kalau benda yang dirancang memang susah nak jadi aku ni, tapi bila dah tetiba penyelia projek tak ada. Maka kaki aku ni jalan laju je pergi Pusat Kesihatan Universiti. Masa memula tu takut jugak lah, sebab dorang kata rasa ngilu yang teramat dan seangkatan dengannya. Tapi aku redha dan redah je. Nak dapat gigi cantik lah konon. Dokter gigi dia sangat nice dan friendly! Tapi kan aduhai, mana lah kita ni nak sangka selama ni gigi kita yang kat dalam-dalam tu memang berkeladak gila. Uweeek! sila jangan geli dan muntah. Hehe. Masa kumur-kumur tu rasa macam batu bata jatuh dari mulut. Betapa banyaknya karang dalam batu yang dah bertahun-tahun kita simpan. Berdarah tu pulak memang sudah pasti. Dan sekarang gigi aku dah sangat bersih dan sangat putih. Korang yang belum pernah buat tu, bol

Makan memang sedap!

Image
Setiap hari aku teringin makan yang sangat macam-macam! Petanda hebat aku bakal menggemuk dengan jayanya. Muehehe. Meh sini aku list apa benda aku nak makan dalam minggu ni : Kfc Cheese Nan Tandori Cheese Tart Bluberry Durian Nasik Arab Ayam percik Harap cecita daku terlaksana. Lapa nafsu makan! :P

Sedetik Lebih

Image
Suka lirik lagu ni... Setia p nafas yang dihembus Setiap degupan jantung Aku selalu memikirkanmu Dalam sedar dibuai angan Dalam tidur dan khayalan Aku selalu memikirkanmu Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang Barulah terasa ku bernyawa Kasihku…ku amat mencintai kamu Kerana kau beri erti hidup Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan Ku bersyukur adanya kamu Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia Asal masih adanya kamu... Sangat suka lirik dia yang puitis dan mendamaikan. Kalau dengar lagi syok habis. Besh!fuhh

Tak ada siapa yang nak pujuk aku

Image
Aku yang menggatal cakap tadi : "Ok fine. Kalau camtu kita putus jelah. Putussss!" dan die pun hangin jawab OK! OK! Nada suara aku yang konon nekad dan berani dan sangat rakus bunyinya. Die pun terpaksa rakus mengiyakan aku cakap mintak putus tu! Padahal memula dia macam tak nak layan aku. Tapi aku cakap banyak kali putus-putus-putus-putus. Maka aku rasa die sangat bengang dengan mulut aku yang cam bontot ayam ni. So die jawab oKE! Hambik aku! Sekarang aku dalam mood menyesal tapi ego. Ego? Pergi lah dengan ego aku yang cam haram jadah ni. Hello, aku ego sebab mengharap dia pujuk aku. Tapi NOTHING! :( Sekarang jam 12.52 am. Aku masih tertunggu-tunggu ada orang mesej aku. Ada orang call aku untuk pujuk. Tapi memang harapan! Cisss... Aku memang takkan carik dia. Kalau dia sayang aku, dia carik aku. Aku dah terlalu banyak mengalah, aku je yang kena carik dia. Tapi dia macam ada batu kat tangan tu nak call aku. Sedih! ***semoga aku ego sehingga sampai masa dia cari aku.

Tentang Jawanese...

Image
Tentang orang Jawa. Aku mengakui aku orang yang berketurunan darah jawa. Muka aku pun ada jawa-jawa sikit kot, sebab hidung aku yang tak mancung. Jadi aku menggelarkan diri aku si gadis Jawa. Hahaha. Boleh la kan. Aku bukan nak cakap yang itu. Aku cuma nak berkongsi ceritaaa.. (padahal belog tak ada yg baca) apa kejadah aku nak kongsi kan? Tapi tak apa, kita layankan aje. Betul atau tidak, orang Jawa ni rajin. Rajin yang pelbagai ragam dan cara. Contoh rajin yang pertama is rajin makan dan rajin masak. Yeke? Kadang, dalam memilih soal jodoh dan masa depan kehidupan seseorang. Kaum keluarga atau orang tua, sebolehnya mahu mencari sekaum. Jawa teruna mencari si bunga Jawa. Apakah motipp pun aku tak tau. Entah. Aku nak cakap itu aje. Hilang dah idea nak cakap banyak-banyak. Tapi mungkin itulah yang aku fikirkan, selagi mampu aku mahu mencari bakal suami yang berketurunan Jawa. Tapi Jawa Malaysia lah... Tapi kalau dah jodoh tak dapat pun tak apa. Redha dan redah je... :)

Photosh00t :)

Image
Bahagia! Aku sangat SUKA akan gambar yang kat atas ni. Yerp. Kami memang cantik-cantik dan ayu giitu. Hehe. Perasan! Dah tu, kalau aku tak puji diri sendiri, ada korang nak puji. Aih. Tak usah diharap lah kan. :D Apatah lagi dah final year ni. Jadik ambik jelah apa-apa gambar pun untuk disimpan menjadik kenangan di hari tua. Sayang kalian semua! Ana, Anis, Ekin & Iela. Sebenarnya banyak sangat gambar, tapi aku pilih yang ini ajelah. Nak banyak-banyak sangat kang ada yang tergoda pulak. hihi. Mekap tebal-tebal dan selepas itu muka aku naik jerwat macam bertih jagunggg. Cis!!

Asyik benda yang sama.

Image
Aku dalam tekanan lah. Bahagia je kejap. Lepas tu... Putus... Sambung... Putus... Sambung... Putus... Sambung... Putus... Sambung... Putus... Sambung... Putus... Sambung... Putussss... Bila semua ni nak berakhir ye. Ke aku perlu kahwin nak selamatkan semua ni. Tapi aku risau itu bakal menjadi keputusan yang salah untuk aku seumur hidup. Ya Allah. Tunjukkan aku jalan yang benar. Aku selalu masuk jalan yang bersimpang, simpang yang gelap pulak tu! Hurm. Ke aku ni yang keras hati dan suka cakap ikut perasaan. Kadang aku rasa memang salah aku sebab menjadi seorang yang tak penyabar. Kalau betul ini salah aku... Entah. Nak tutup mulut aku! kalau boleh jahit kejapppp

Beribu cup cakes!

Image
Phewee.. Memula je aku dah berpeluh dah nengok cup cakes yang seriban kat bawah ni. Jangan korang tak tahu ye, separuh daripadanya aku yang adun, bakar dan packing! Memang mahu pitam rasanya. Tapi alhamdulillah dapat siapkan oder ni jugak. INI DIA Nampak macam mudah, tapi sebenarnya menguji kesabaran bila aku duk buat-buat bersama my sistah Sarina. Anak-anak buah tersayang duk kacau, siap baling lagi cup cakes ni..grrrr. Tapi sabor jelah. Ekceli aku hanya disuruh membantu oder untuk door gift kenduri kahwin. Kepada yang nak buat tempahan boleh lah pm aku di facebook ye. Rasanya sangatttt sedap!!! Serius aku tak tipu, rasa sekali mahu lagi. Buat sementara waktu ni, kakak ku belum siap lagi memproses belog beliau. Tggu dah siap aku peromot dan paksa korang yang baca ni beli! haha.

Master yag MUSTAHIL.. :(

Image
Kenapa perlu aku cakap mustahil? Sebab aku merasakan aku tak dapat family support macam kawan-kawan aku semua. Aku sedar adik beradik aku ramai dan bukan ada duit yang banyakkk dan aku redha tak dapat nak sambung sesama kawan-kawan tercinta sambung master! semoga berjaya sahabat2 sayangku ANA, EKIN dan Azie! Seriously aku JELES tahap anak babun~ Bila dorang semua apply master tu dan aku tidak. Sebenarnya aku boleh balik awal ke kolej kalau aku nekad nak mintak master tu. Tapi bila difikirkan balik, kalau aku mohon dan dapat dan tidak pergi. Aku lagi kecewa! Jadi tak isi borang itu adalah jawapan yang terbaik. (sabarlah hatiku... :) ) peluang aku sambung master ini nanti, akan muncul bila aku dah kerja kelak. InsyaAllah. Doakan agar aku mampu bekerja dan mencari uwang yang banyak selepas bergraduat ini nanti dan dapat support adik-adik aku yang masih di bangku sekolah. Walaupun kecewa, tp aku berusaha utk gumbiraaa...

Selalu begini..

Apabila berbicara soal jodoh, soal ketentuan pasangan hidup masa depan. Mungkin ramai yang akan mencebik meluat. Tak sudah-sudah dia ni! tapi sememangnya itu lumrah kehidupan yang aku tempuh dan aku alami dan aku tak pasti bila semua ni akan berakhir. Kadang-kala aku rasakan pabila aku di kala penghujung lewat 30an, barulah semua masalah ini akan selesai. Mungkin pada masa itu, baru aku rasakan aku akan menemui cinta yang baru yang mampu untuk aku senyum ke akhir hayat. Terlalu berbasa-basi bahasa yang aku gunakan ini. Hal ini kerana, aku sedar luahan aku ini tidak akan dibaca oleh sesiapa pun sehingga suatu masa untuk aku kembali membukanya menjadi tatapan umum. Rindu zaman kanak-kanak yang tidak mengerti akan masalah! Tapi sampai bila aku mahu menjadi kanak-kanak dan menyusahkan orang tua ku... Tapi di usia aku begini pun, aku masih belum mampu tidak menyusahkan langsung mereka. Ah parah! Maaf. Aku tidak merasakan 2011 ini tahun kebahagiaan buat aku. Masih berbulan-bulan aku perlu me

Masih dalam mood private belog :(

Image
Hype... :) Rindu rasanya mahu mencoret dan mencarut di belog kesayangan Anita nih tanpa bersorok-sorok macam gini. aishh.. Tapi masa masih belum mengizinkan lagi. Ada siapa-siapa yang rindu ke tak eh dengan daku? kompem tak ada la tu... Anita memang minah perasan. Malas lah nak type panjang-panjang, bukan ada orang yang boleh baca pun! bye.