Posts

Showing posts from November, 2011

Misteri Anak Patung Menangis!

Image
Assalamualaikum. Tadi cerita sedih-sedih yang memang menyampah nak baca. Sekarang meh baca cerita agak seram lah bagi aku. Seram 101%! Berbalik cerita yang berlaku kat kampung jugak. Alkisahnya... Kakak aku masa kahwen aritu, ada dapat hadiah daripada anak murid dia. Then adalah dapat hadiah anak patung seramik, ada 4 ketul seramik comel-comel. Salah satunya yang comel dapat anak kucing. Sapa yang suka kucing memang akan berkata alahaiii comelnyeeeeew. Sebab aku bukan penggemar kucing. Aku cuma cakap eh dapat anak kucing yer. So rasa biasa-biasa ajelah. hehe Then di pendekkan kisah. (kisah-kisah misteri yang perlu dilindungi) Diarahkan lah adik yang bawah aku ni untuk pecah-pecahkan anak patung tu. Yang ajaibnya bila adik aku baling tu, tak nak pulak pecah patung tu. Secara logik, benda seramik camtu kalau jatuh memang senang nak berderai kan. Jadinya adik aku ambik lah hammer ketuk anak patung tu. Tiba-tiba. Anak patung tu menangis dan menjerit. MasyaAllah. Walaupun dah dengar patung

Kisah di Hujung Minggu...

Image
Assalamualaikum. “Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman hidup, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya...” Oke. Tu mukadimah je dulu. Tapi memang hampeh tak ada kena mengena pun. Cuma nak cakap, semalam cuti aku balik kampung. Best lah balik kampung lagi2 kalau dah berkumpul adik beradiks. Cumanya jadi kurang masa nak rehat-rehat. Bila masuk kerja cam hari ni, ouh lemauuu. Majlis bertandang rumah abang ipar Ahad semalam. Aku tak ada snap pic banyak pun. Sebab kakak aku kureng sihat, makanya aku pun tak best lah nak suruh dia posing-posing bagai. Bila dah balik kampung tu, dengan sengaja tak sengaja aku tanya dengan mak aku pasal mamat INI. Then respons beliau sangat negatif. Yaaaaa. Negatif segalanya. Emak pun berkata “ Tak boleh, tak boleh, tak boleh..!” 3x mak aku ulang tak b

Salam Awal Muharram.

Image
Assalamualaikum. Seperti yang sedia maklum, semua orang tahu besok Awal Muharaam ye. Nak dipendekkan cerita, kita tukar buku ya kawan-kawan. Jadinya perlulah kita sedar bahawa umur kita bertambah, tapi bagaimana pula dengan amalan kita pada Allah. Harapnya bertambah juga InsyaAllah. hurm (rasa cam sebak pulak type entry ini). doa akhir tahun . dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. .doa awal tahun. .dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. kredit: Cik Myra p/s: Selamat berbahagia di hujung minggu!

Hari 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

Image
Assalamualaikum. Berdasarkan persoalan yang di nyatakan seperti di atas, jawapan yang agak miang keladi oleh cik Anita is... * * * * * Lelaki? HAHA. Orang lelaki memang mampu menarik perhatian kaum perempuan. Benar bukan? Begitu jugak lah sebaliknya. (jangan nak tipu). Tarikan semula jadi aku rasa lah. Jawapan ni yang aku rasa agak relevan. Takkan nak cakap, manusia yang kaya, manusia yang cantik. Itu semua jawapan kliser. Memang semua orang suka pada benda-benda yang gitu. Papetah lah aku cakap benda camni, tapinya mungkin pada lelaki seperti yang di bawah ini. Upsss? HAHA. .muka saya berjerawat sebab tu saya tutup muka saya. ^_^ p/s: aku mesti bergerak dan terus pergi jauh tinggalkan kenangan dengan ex cinta aku. Maaf sekiranya entry ini dibaca oleh kenalan/ kaum keluarga ex cinta. Bukan bermaksud aku terlalu cepat mencari pengganti. Harap memahami keadaan diri ini. Tak larat ouh mengharap pada yang tak sudi. =)

Hari 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri

Image
Assalamualaikum. Aku rasa macam tak ada lah. Apa eh paling mahal? Kalau ada pun, bukan duit aku pun. Duit PTPTN semua tu. Tak pun duit mak ayah aku. Sebab kerja pun belum stabil, mana mampu lah eh nak beli barang mahal-mahal benar. Mungkin soalan ni soalan coming soon yang aku boleh jawab. Barang yang paling mahal aku beli is kereta idaman ini. Wewwiit! .nama saya si comel putih gebus. kredit gugel. p.s hihi. tak menjawab soalan pun kan. Tapi memang benar lah, tak keluar kat otak aku ni. Barang apa yang paling mahal aku pernah beli.

Corat-Coret Kenduri: The Kenduri Day!

Image
Assalamualaikum. Ini part last cerita pasal kenduri. Penat dah korang ye menatap wajah-wajah kesayangan hamba di sini. Ke macam dah nak muntah sebab banyak benar gambarnya. :P Janganlah begitu ye, layan kan aje. (sebab kan daku dah cakap, daku tak create album untuk majlis kawen kakak ku ini di FB. Aku cuma nak abadikan dalam belog ini saja.) Picca pun tonggang terbalik tah mana-mana tak ikut sususan. Sebab aku pun pening sebenarnya nak edit satu-satu. :p .kakak-kakak yang datang dari KL. .main suap-suap yee. .tabur gula-gula acara wajib. .sanding luar rumah. .control ayu letuw. .with paksue from somalia. HAHA . baju pengantin cantik. . berarak keluar. . xtau nak describe apa. .setting meja makan pengantin. .dania dengan ayahanda Somalia. .anak buah yang keletah. . bersama kakak sulung. .cousin apish yang membantu. .muka tepung gomak baru lepas mekap. mekap x cair lagi. . balance orang yang rewang after kenduri. . before pakai baju cantik-cantik. . uncle Joe with kepala lembu. .