Posts

Showing posts from May, 2012

Segmen masakan : Menu orang Bujang

Image
Assalamualaikum... Lama gila aku tak update pasal makan-makan air tangan aku. Bukan tak masak, masak sebenarnya. Cuma tak terambik gambar. Macam biasalah, dah kenyang lepas tu baru ingat. Lagipun bukan menu yang best pun. Menu simple aje dong. Orang bujang lah katakan. Dahla simple aku masak, plus tak sedap lagi. Memang tak terliur pun korang tengok apa menu aku nih. Hehe. Tapi aku memang akan masak sayur! Itu memang wajib. Sebab aku rasa tak lengkap hidup ni kalau makan tak bersayur. Then sayur yang aku masak, biasanya masak air (bening). Macam di bawah ini.... tadda...  ayam goreng tepung + sayur petola + nasik putih + kicap + air sirap + tv Sekian dari chef tak mahir. Eh ada cili potong sebenarnya, dalam sayur tu. So aku makan, aku gigit-gigit dan telan cili tu untuk rasa pedas-pedas. Ikhlas, Anita.

Kerja ini...

Image
Assalamualaikum. Alaaa.  Mula-mula pos aku dah mengeluh sebab rasa last entry aku Friday yang lepas. Sepatutnya aku kena maintain ada entry setiap hari. Harini dah hari Rabu, baru nak ada entry baru. Sungguh. Sungguh aku tak menyempat langsung bila pagi petang ada kelas. Nak buat entry auto publish pun tak menyempat. Apatah lagi nak blogwalking. Cemano nak buat? Internet kat rumah enggak ada. Broadband aku tak bayar.Padan muka aku. Meh aku nak tunjuk sikit muka student aku yang separuh nih. Nak diikutkan ramai lagi, ini yang sempat aku snap sikit ajer. Takkan nak snap banyak-banyak kan. Nanti apa pulak dorang pikir lecterur dorang nih. Sengal ke apa. Ke batak ambik gambar. teehehe. gelap gelita kan? hiks. ;P So maaf yer kalau  aku tak reply komen kalian. Bukan sengaja. Betul-betul tak sengaja! Nanti aku free aku singgah balik. Ikhlas, Anita.

The 1 month Anniversary punya cerita

Image
Assalamualaikum. Alkisahnya nak kongsi bersama, walaupun hakikatnya tak perlu pun nak ada entry gediks ni. Tapi aku nak say a milion thanks buat YUI sebab aku dah beli sesuatu pada dia untuk hari anniversary aku yang sebulan!  Sebulan pun nak kecoh kan. Aku tempah bantal perhiasan untuk Mr. N aku. Ehemm.  Masa bantal comel ni sampai, aku teruja gila. Dats why lah aku siap bergambar dalam opis. Sebab pos pakai alamat opis.  Siap suruh kawan-kawan aku amikkan gambar bagai. Aduhai kenapalah dengan aku sekarang nih. *gatal kan?* muka orang teruja! wehhhu.  teruja kuasa dua! =p Nak diikutkan, sebenarnya opis mate aku suggest suruh aku jahit sendiri je. Tapi tangan aku ni kaku ya Rabbi. Takut tak menjadi jer. So malas nak pikir banyak, tempah jer dan bayar. Tak mahal pun, tapi aku puas hati dan jahitan dia sangat kemas. Apa yang aku mintak, itulah yang aku dapat hasilnya. Berbaloi-baloi. Thanks sekali lagi untuk Yui. Aku bagi masa malam 23hb yang lepas, balik d

Musim kenduri kahwin bermula!

Image
Assalamualaikum. Start minggu lepas dan dalam dua minggu lagi ni, musim orang kahwin-kahwin. Almaklumlah, musim cuti sekolah memang cam gini. Then dah start jugak para sahabat tercinta memasing nak menamatkan zaman bujang! Aku jelah yang sempat tak sempat nak pergi kenduri yang banyaks! Bertindan-tindan tarikh plus lokasi jauh-jauh. Cemana nak pergi? Serba salah dibuatnya. Kang tak pergi semua kang, baru adil kan? Tapi kalau tak pergi kenduri orang, cemana orang lain nak datang kenduri aku? Ha. Karma gak tu. So permulaan kenduri untuk kali ni is rumah isteri Ecam di Sungai Buloh. Pergi yang pihak isteri walaupun tak kenal isteri kawan aku ni. Nak diikutkan kenduri rumah kawan aku ni minggu depan 27hb, tapi disebabbkan tarikh tu 3 orang kawan aku yang kat kampung pulak nak kahwin. Maka aku kena adjust lah cam gitu. Pergi macam biasa lah, dengan Mr, N. Menjadi driver aku ke sana sini. hihi .Sedondonlah kami berwarna gelap hitam plus kelabu. Sepadan tak kami? eh? Entah pape

Misteri tentang bilik darjah

Assalamualaikum. Berteka-teki sebenarnya hati nih. Sama ada nak kongsi cerita ke tak perihal kelas tempat aku mengajar nih. Nak kata seram sangat tu, tak kot. Tapi kalau orang yang pengecut macam aku ni. Memang seram lah. Siap meremang bulu roma kalau cerita dalam opis. Alkisahnya... Opis tempat aku kerja ni, dia bahagian bawah tau. Then kelas pulak kat bahagian atas. So kalau nak masuk kelas ke apa, memang kena naik tangga yang a bit gelap kalau tak pasang lampu. So okey jelah benda tu tak ada hal. Masa aku masuk kerja sini dulu dalam masa sebulan pertama, prinsipal pernah borak-borak yang beliau pernah stay up sampai ke subuh buat kerja. Then pc yang beliau dah matikan, then siap tarik plug bagai boleh hidup dengan jayanya dengan berdendang lagi-lagu yang mendayu. So kami abaikan benda tu walaupun takut. Maybe tu salam perkenalan untuk prinsipal. Nak dipendekkan cerita, dah banyak kali benda ni terjadi. Selalu sangat aircond yang kami pasang, akan selalu mati sendi

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum... kredit doodle muslimah. Ikhlas, Amita

Hari 27 - Makanan dan minuman kegemaran anda

Image
Assalamualaikum. Teruskan lagi 30 hari cabaran nih! Sampai hari ke 27 dah. Lagi 3 hari lagi nak habis. Fuhhhh. Tak menyempat nak taip entry. Kelas pagi petang sekarang. Rasa macam terkejar-kejar. Kalau duk nak menatap belog je rasa cam rugi masa sebab tengah banyak kerja. Kan? T_T  Tapi kalau tak ada entry baru, cam tak syok lah pulak. Sebab BE tengah ada 4 ketul sekarang ni aktif!  Oke lah, makanan kegemaran & minuman kegemaran? Macam buat biodata budak-budak zaman dulu harus ada benda kegemaran bagai nih. Nostalgic sungguh. Oke makanan kegemaran, macam-macam aku suka sebenarnya. Almaklumlah makhluk pemakan. Tapi sebenarnya juga, aku suka pada makan-makanan yang berasaskan seafood! Lagi-lagi kalau ada sotong, udang, kerang dan seangkatan dengannya. Tak kisah lah, sup seafood ke, tomyam seafood ke, nasik goreng seafood ke. Cumanya aku bit allergic akan gatal-gatal plus resdung. Tapi aku makan jugak. Degil aku ni. kredit google Then minuman kegemaran is sudah se

Burger Bakar Besar Punya!

Image
Assalamualaikum. Ini cerita minggu lepas sebenarnya masa aku balik kampung. Tak tercerita sebab gambar tak menyempat nak transfer kat PC. Sebenarnya kami yang beramai-ramai membuat burger special besar punya sempena 'Hari Ibu'. Kalau sempat aku upload lah burger yang emak potong menggantikan kek. Katanya sebab dah bosan asyik kek saja. So kitorang ganti lah dengan buat burger nih.  Ala..daging cincang tu, beli je kat kedai. Bawak balik, uli-uli lepas tu tambah dengan segala perisa. Then roti burger yang besar tu, akak aku buat sendiri. Maka jadiklah burger bakar besar punya! Serius sedapppppp. Tambah dengan cheese dia, sos black paper, sayur mayur. Fuhhh! Memang terbaik untuk membesarkan lemak-lemak di perut. Kenyangnya aku sampai tergolek-golek makan burger ni. Ini memang betul!  Sampai ke sudah makan tak habis. hehe.   .daging sebelum di bakar. besar gila kan?? Sorry lah! Pic memang tak clear. Sebab guna kamera hp aku yang sangat lah tidak canggih. J

Hari 26 - 15 fakta tentang anda

Image
Assalamualaikum. Meneruskan lagi 30 hari cabaran sampai korang bosan nak baca! Meh sini ketahui 15 fakta tentang Cik Anita yang korang tak nak tau pun sebenarnya. Walaupun nampak simple task ni, susah jugak sebenarnya nak fikirkan fakta yang the best tentang kita. Tapi hasilnya gini lah. Aku bantai saja... Maka ini lah faktanya : Beliau seorang PEREMPUAN sejati! Tidak bernafsu songsang. Tidak Hot lah pulak. =P Gadis bujang pastinya hokey. Single but not available until im ready yet! Taken by Mr. N. (gatai*) Seorang tenaga pengajar yang sangat budiman. Penggemar pada perkara makan. Suka masak. (tapi kadang malas jugak) Tidak kreatif langsung. Contoh, lukis orang lidi pun tak pandai!  Puteri air mata / air terjun. Kuat touching lah lebih kurang. Cepat marah tapi cepat sejuk + cepat memaafkan. Penggemar kasut tumit tinggi dan tinggi! Ada 2 lagi heel yang aku dah beli tapi tak pakai sampai ke sudah. Tidak kedekut bab duit ni. Tapi kalau dah tak ada duit senyap seribu.

Hari 25 - Makna disebalik link blog anda

Image
Assalamualaikum. Meneruskan 30 hari cabaran! Dah masuk entry hari ke  25.  Tinggal 5 entry jer nak setelkan task ni. Kalau dah siap baru lah aku lega.  Makna di sebalik link belog aku? Alah... Jawapan dia senang aje dong. Aku pernah bagi tau sebelum ni. Kat entri yang mana aku dah tak ingat. (malas nak godek entri lama sebenarnya) Makna dia? Oke. Terbalikkan nama belog saya ini "ANITADAHAHS". Dan anda akan tahu nama sebenar saya. Kretip tak i?  ini dia www.anitadahahs.blogspot.com (iklan muka tuan rumah) Sekian terima kasih. Ikhlas,Anita.

Wordless Wednesday - Just Smile

Image
Assalamualaikum & selamat hari Rabu. kredit : sini p/s: Masa aku terjumpa gambar ni kat FB, terkekeh-kekeh aku gelak sorang depan pc! Sebab kenyataannya kalau dah malas kadang-kadang. Memang tidur dengan kain baju yang dah kering tu. Bukan lah selalu, tapi memang akan jadi camni punyaaaaaa. hua hua hua. Ke korang tak? kan? Ikhlas, Anita.

Selamat Hari Guru :)

Image
Assalamualaikum. Hari guru rupanya kan hari ni. Tapi tak ada sapa nak wish kat aku. Kesian gila kan statement aku.  Maka kami hanya berwish antara kami dalam opis ni. Kesian sekali lagi.  Tapi tak ada apa pun sebenarnya. Tu luahan hati yang entah hape-hape.  Kalau mengajar kat sekolah yang banyak budak-budak. Memang lah kan kalian akan dapat hadiah yang macam-macam. Tapi tenaga pengajar  macam aku, memang tak lah kot. Suasana dia dah lain.  Sebabnya bila di fikir  balik, waktu aku jadi student kat bumi hijau dulu. Tak pernah pulak aku wish benda alah ni kat aku punya pensyarah-pensyarah. So no komen lah. Memang camtu lah kot trend dia. Maka dengan itu, sekali lagi... Selamat hari guru untuk warga blogger yang menjadi pendidik, kawan-kawan, ahli keluarga dan untuk aku juga! Semoga hati kita dikekalkan keikhlasan untuk menjadi pendidik yang berjaya dan berdedikasi InsyaAllah.  sumber - SINI Ikhlas, Anita.

Makan-makan 'pecal' & sahabat.

Image
Assalamualaikum. -Iklan dulu muka si gadis ayuuu- .3 serangkai dalam opis yang tak pernah pisah. Ini cerita minggu lepas juga sebenarnya. Hari yang sama waktu makan-makan bihun + nasik lemak masa sarapan. Aku ada cerita kat entry INI . Then bila tiba tengahari, maka bekerjasama lah kami memakan-makan pecal bersama. Pecal yang aku bawak dari kampung, tinggal bancuh dan makan saja dong. Mak aku yang buat. Aku mana pandai sangat nak buat. Aku pandai makan aje. Makan dan besarkan badan.    kan? aku dah cakap dah aku makin besaq! kan? Miss Marina yang sangat banyak cakapnya. :P Pengantin to be. Akak yang comel sangat-sangat! the bahan-bahan. Disebabkan ada sorang kawan aku ni suka makan sayur segar, maka makanlah aku pecal dengan tomato! Tak pernah di buat orang. Tapi rasa dia sedap. Aku suka. Lain dari lain. Pecal ni mungkin sedap pada mereka yang suka makan sayur lah. Kalau tak suka tu, agak garu-garu kepala lah kot nak makan. Korang SUKA e

Hari 24 - Tempat yang paling anda gemari untuk makan

Image
Assalamualaikum. Meneruskan 30 hari cabaran. (mood lemau menaip entry nih) Then persoalan dia is, tempat yang paling anda gemar untuk makan? Ya sangat diakui aku memang pencinta pada benda makan-makan. Bagi saja apa, aku memang tidak memilih. Bagi saja makanan baru untuk dicuba, aku akan mencuba walau apa pun rasa. Tapi...yang halal dan bertepatan dengan syarak lah. Jangan yang tidak-tidak pulak. kan? Cuma bila dibagi soalan mana the best place untuk makan? Aku sedikit garu-garu kepala. Macam tak ada. Tapi aku nak share tempat makan ni yang aku akan pergi dalam keadaan sedih-sedih di suatu ketika dahulu. Eh sebelum tu, aku ni memang jenis tak kisah kalau makan sorang-sorang kat kedai makan! Oke. Pilihan utama is KFC.   sumber: sini Aku pun enggak tahu kenapa, kalau sedih sangat tu tak kisah walau apa jua problem melanda,  dekat KFC lah aku duduk... Kalau tetiba dapat makan KFC aku akan happy sekelip mata jer. Tu yg nak imbas kembali zaman-zaman aku dengan ex-cinta,

Mama Anita & Baby Aniq!

Image
Assalamualaikum. Ini satu lagi cerita yang ketinggalan zaman aku tak sempat nak cerita. Perihal my sahabat baik Mama Ika yang dah selamat melahirkan baby boy Aniq. Alhamdulillah selamat sudah. (sekarang dah nak habis pantang pun).  Aku balik kampung tempoh hari sempat lah menjenguk kejap dekat hospital & sempat jugak nak kiss dan hug baby Aniq nih. Sangat teruja hokey bila kawan baik kita ada anak! Lagi-lagi kawan yang kita kenal dari dunia hingusan sampai tak berhingus. Before this sempat lah aku pegang-pegang dan main perut kawan aku sorang ni. Berteka teki apakah gerangan jantina. Maka tepatlah tilikan kami semua, baby boy! sebab kelam semacam je muka kawan aku ni masa tengah sarat. hee. Sesuka hati je kan nak mengata orang muka kelam bagai. Ni masa aku menjenguk kat hospital. Baby Aniq Then the last picca ni masa my sahabat ni sanding tahun lepas. Eh tahun lepas ke apa eh? Aku tak ingat sangat dah. Pulak tu... 3 minggu lagi, my sahabat baik yang seb

Lapar Seafood Lasagna!!

Image
Assalamualaikum. Aku tak tau lah korang suka atau tak makan benda alah ni. Tapi aku sangat suka! Serius... Walaupun makan banyak dia akan muak, tapi aku tetap nak makan. Dah  seminggu dah ni teringin, tapi tak menyempat nak pergi sebab tak ada sapa yang nak bawak. (sedih) Sebab kalau nak makan sorang-sorang tak best. Ya Allah, sedapnya!!  p/s ke sebab aku lapar sangat sekarang ni, tu craving sangat tu sampaikan perut aku berkeroncong bagai nak gila. sobs.  Ikhlas, Anita.

2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang?

Assalamualaikum. "2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup bujang..." sumber - sini Rasanya kalau yang baca paper pagi-pagi hari, memang akan tau pasal topik yang aku rasa a bit hangat. Aku ada post benda alah ni kat FB, rata-rata yang komen dan like memang orang bujang belaka & lelaki. Sebab terasa hati ke apa? Lagi-lagi penyumbang dia 60.4% is kaum lelaki, selebihnya kaum hawa. Agak-agak kenapa lambat? Reason aku cuma satu je, sistem pendidikan kita. Yerlah, habis belajar pun rata-rata dalam umur 23 tahun. Lepas tu nak tunggu konvo dah berbulan, nak dapat kerja yang betul-betul kukuh untuk kumpul duit lagi. Paling-paling 2 ke 3 tahun baru dapat kumpul duit. Sebelum kahwin kena dulu berbakti pada mak ayah kan? Nak kahwin bukan murah yer sekarang. Aku tak taulah fakta dari mana aku dapat ni, tapi minima duit hantaran sekarang is 10 ribu hokey! Memang pitam jejaka-jejaka di luar sana. Tapi apakan daya, macam-macam mana pun kenduri tetap nak kenduri. Nak jugak k

Hari 23 - Dream wedding

Image
Assalamualaikum. Haaaaaaa. Panjang kan haaa aku.  Sebab aku cam tersuka dengan cabaran bila sebut-sebut  tang kahwin nih. Sebabnya kan, nak tau satu rahsia tak? (sekarang dah tak rahsia). Aku kalau sebelum tidur. Memang suka berangan kalau kahwin nak pakai baju ini, nak pakai baju itu. Tema pelamin begitu dan tema pelamin begini. Baju yang begitu dan begini. Tema yang begitu dan tema yang begini. *sakit otak melayan aku*. Habit memang dah lama dah. Padahal sebelum ni enggak ada encik cinta pun kan? Tapi sekarang bila dah ada bopren. Lagi lah terserlah kegatalan aku! Jum tampaq aku laju dan laju-laju. Abaikan kegatalanku yang semula jadi itu. Meh melayan angan-angan aku pulak. Memula jangan gopoh sangat nak terus sanding bagai. Nak berangan bertunang-munang dulu. So colour pilihan aku bertunang is soft pink macam yang kat bawah ini. Walaupun sebenarnya ramai dah yang tegur, pink sangat tidak sesuai dengan aku! Tapi aku mahu jugaaaak. -Majlis Tunang- kredit mOm

Jum sarapan!

Image
Assalamualaikum. Kalian dah sarapan? Aku sedang sarapan sekarang dalam opis, tapi sempat jugak sambil makan sambil nak update! Makan banyak-banyak pulak tu. Nasik lemak (Kak Dira beli) & bihun goreng yang aku masak. TERrajin pulak kan aku nak bawak makan-makan kat opis. Tapi tak ambik gambar pun sebab terlupa. Dah nak habes makan baru teringat. Nasik lemak - kredit sini   Bihun goreng - kredit sini p/s : sebenarnya aku bukan bawak bihun goreng je. Ada bawak pecal juga! Lengkap dengan semua bahan, bihun, tauhu, tauge, timun dan lain-lain.  Bebudak opis ni ada yang bawak buah lagi. Tu menu untuk kitorang makan lunch nanti. Memang hari makan sedunia. Dalam hati cakap nak diet lah bagai, tapi mulut dan nafsu makan sungguh serakah. (senyum simpul) Ikhlas, Anita.

Hari 22 - Tarikh tarikh penting dalam hidup anda

Assalamualaikum. Meneruskan cabaran 30 hari hokey! Part ni aku agak tergaru-garu sebab nak kena ingat dan mengingat tarikh-tarikh penting orang penting dalam hidup kita! Ramai kot yang penting ni. Family + kawan-kawan baik + Mr tersayang. Aku start dulu tarikh penting untuk family aku. || Birthday keluarga ku yang tersayang || Ayahanda: Cuma ingat SEPTEMBER =P Bonda: 13 JUN Abang Ayob : SEPTEMBER Kak Ina : 20 OCTOBER Kak Linda: 06 SEPTEMBER Kak Shima: 09 MARCH Kak Jua: 25 DECEMBER Kak Ety: 14 AUGUST Zeni: 24 JUNE Najah: 20 JUNE Husna: 21 APRIL Hakim: 15 OCTOBER || Birthday <3 || Mr. N : 05 September || The Anniversary || 23 April 2012 || Birthday my bestie || Zan: 04 NOVEMBER Ika: 03 MARCH Syuhada: Tak ingat lah. sobs. Jilah : 06 MARCH Nana : 04 AUGUST Ira : 21 DECEMBER Ana: 14 FEBRUARY Ekin: 22 MARCH Azie: 07 JULY Fara: 29 OCTOBER  Iela Vincci :  Aku tak tau! SORRY :D (please drop ur komen & bagitau! ) Bucha

Hari 21 : Benda yang anda wajib bawak keluar dari rumah?

Image
Assalamualaikum. Dah basi dah 30 hari cabaran ni! Kalau ada sesiapa yang ingat lah kan. Aku ada jalankan misi update belog '30 hari cabaran' nih tahun lepas kot. Tapi malang sungguh. Aku tinggal camtu je. Memang tak konsisten sungguh. Lagi-lagi tempoh hari aku hilang mood update belog hampir berbulan lamanya.  Apa yang aku perasan, ada jugak rakan-rakan blogger lain yang tak siap dengan cabaran ni. Kan? upsss. =P Maka aku terus nekad hari nih, nak siapkan jugak. Walaupun korang memang tak minat nak tau! Mehla aku cakap sikit, apa barang yang WAJIB aku bawak bila keluar dari rumah. Ini  bukan pergi kerja lah ye. Ini barang yang aku bawak kalau nak keluar merambu-ramba. Benda biasa, mestilah... 1. Beg tangan. 2. Beg duit 3. Handphone! 4. Compact powder. 5. Cologne baby johnson (sebab nak wangi sentiasa) hee Itu sahaja dong. So next  tunggu cerita hari ke 22 pulak! Ikhlas, Anita.

Titanic 3D

Image
Assalamualaikum. Lupa lah nak update, yang aku tengok wayang last week dengan Mr. N dekat OU. Nak diikutkan dah berapa minggu dah Titanic 3D ni keluar panggung. Kan? Cuma kitorang yang tengok lambat. Sebabnya tiap minggu nak tengok asyik penuh jer sit sampai ke depan hidung. Tapi disebabkan mulut aku ni asyik merengek-rengek je cakap nak tengok jugak kat Mr. N, maka dia beli lah tiket wayang lepas balik kerja. Yela, sebabnya Mr. N ni opis dia kan sebelah OU, maka dia berdesup jalan dah sampai. Lagi-lagi dia nak belanja, so bila dia tanya nak tak tengok Titanic? Mula-mula cam malu alaaa tak nak. Tapi lepas tu cakap NAK jugak. hee. Jugak sebenarnya nak tengok Battleship. Tapi cerita tu pun penuh jugak. So next week lah kot tengok cerita Battleship nih. Maka menonton lah kami cerita Titanic 3D midnight jam 11.30. Habis dalam 2.30am lebih kurang. So far, Titanic memang cerita dia best kot. Rasanya memang semua orang pernah tengok. So aku mengharapkan cerita 3D dia sangat ohsem de

Salam Jumaat :)

Image
Assalamualaikum. Jumaat datang kembali. Alhamdulillah plus yeay! kan?  kredit : doodle muslilmah Sesungguhnya aku bukanlah yang terbaik untuk bercakap tentang perkara yang sebegini, dan aku akui perkara itu. Tapi untuk saling ingat mengingati itu tidak salah sesama kita. :) Wallahualam. Ikhlas, Anita

Cabaran seorang tenaga pengajar.

Assalamualaikum. Ada cerita yang kurang best terjadi dalam kelas sebenarnya hari nih. Biasa bila dah sebut cerita dalam kelas tu, memang berkaitan dengan student-student aku lah. Kelas pagi tadi jam 9.30. Bila terjadinya kes ni pagi tadi, aku baru terpikir bahawa aku ni maybe seorang tenaga pengajar yang tidak tegas dan suka gelak-gelak dalam kelas. Mengapa perlu nak garang-garang sangat kan? So aku harus mengajar my student untuk tidak stress dalam my kelas. Aku nak mereka enjoy dengan cara aku. Kalau tak paham ke apa, terus tanya. Bukan simpan-simpan dan finally kau tak dapat apa-apa. Aku juga sangat sempoi dan tidak terlalu tegas dalam perihal nak jawab fon dalam kelas ke apa. Sebab aku menitikberatkan, if ada perkara emergency ke apa or samting yang sangat penting kan? Kenapa perlu mengharamkan fon dalam kelas? Yes. Aku terlalu positif. Cumanya, pagi tadi ada seorang student ni yang sangat sempoi dan selamba badaknya pegang my hand. Ya Allah! Berdesup jantung nak marah

Tak ada tajuk :P

Image
Assalamualaikum. Mood aku sangat noti lah sekarang plus mood cam gatai nak menggatai. :P Maapkan aku kalau korang semua nak termuntah baca belog aku ni sekarang asyik ada sebut pasal Mr. N je memanjang. Dulu... Ye dulu memang diakui, aku cam geli gelaman terbaca post yang cintan-cintan dan rasa cam alamak korang ni. Pasal apalah nak cerita pasal cinta-cinta saja. Sekarang ni, hamik aku. Karma datang kembali namanya! Aku tengah berperasaan separuh tidak normal. Dalam hati ada taman bunga dong. Bunga yang sangat banyaks. Waduh-waduh. Aku sedang angau! Oke jum muntah lagi dan lagi sesamaaaaaaaa.... :D Ni picca malam semalam lepak kat dataran Shah Alam dengan adik Zeni sekali.Thanks tu Miss Photog oke. Walaupun aku sedang angau, semalam aku hampir nangis depan Mr. N sebab sangat terkejut!!! Tak ku sangka-sangka, dalam masa hampir bertahun. My ex-cinta mesej aku dan bertanyakan khabar. Hmm. Sebelum ni, aku menangis-nangis mesej dia. Sampaikan tahap merayu-rayu cam orang se

Majlis pertemuan Jodoh Riduan Asmara

Image
Assalamualaikum. Ini cerita Ahad lepas sebenarnya. Aku mengajak Mr N pergi kenduri kahwin classmate kat Kuala Selangor. Plus nak kenalkan beliau dengan sahabat-sahabat baikku. Memula dia cam segan, tapi aku paksa jugak ikut. Maka, beramai-ramai lah kami berkonvoi pergi ke Kuala Selangor. Semua tak tau jalan kan. Jadinya aku lah yang tunjuk jalan kononnya. Mr. N tukang bawak kereta. Kereta dia kan, aku mana ada kereta dong. Pergi total semua ada 5 kereta. Walaupun yang bawak kereta memasing ada yang lambat, ada yang laju sampai lah jugak rumah pengantin. Pulak tu yang kahwin classmate lelaki. Sangat terkejut pada mulanya bila tau si Riduan ni kahwin. Kami yang perempuan-perempuan ni belum sampai seru lagi. Cepat sungguh kan dia? Untung lah badan. Aku ni bila lah ye? Tak sabor dah ni. Muahaha.  the bestie! <3  Romantik sungguh si pengantins. Tahniah diucapkan buat Encik Riduan Asmara dan isteri atas pertemuan jodoh yang diharapkan kekal kebahagiaan dunia ak