Posts

Showing posts from February, 2013

Wordless Tuesday

Image
Assalamualaikum. Cuma nak tanya, promosi ni sampai bila? Terima kasih. Ikhlas, Anita.

Bandung Trip - Hari 3

Image
Assalamualaikum. Tergendala hampir  makan bulan lamanya. Meh aku nak teruskan lagi kisah aku kat Bandara Bandung ni. Otak pun dah ingat-ingat lupa. Tapi aku usaha jugak nak perah selagi mampu otak ni. WELCOME TO PASAR BARU! =) Tapi apa yang pastinya, hari ke 3 kitorang shopping kat Pasar Baru. Lama dah mengidam nak datang shopping sini. Aku rasa majoriti orang Malaysia yang datang sini mesti akan singgah dan habiskan duit kat sini. So far agak murah lah berbanding kat Malaysia. Syurga bagi kaum Hawa pastinya. Kalau kaum Adam tu, datang tengok je. Tak pun datang teman para isteri tercinta yang pasti rakus berbelanja. hee. Berlantai-lantai sebenarnya Pasar Baru ni. Nak diikutkan kalau pusing sehari memang tak cukup. Plus dengan duit yang tak cukup jugak, memang sakit otak!  Bila sampai sini, kami disediakan pembantu dalam Pasar Baru ni. Pak supir tu yang suruh kawan dia tunjukkan jalan mana tempat yang barang kita nak beli. Agak rasa kurang best lah, seba

Alkisah my bestie kahwin! - Puan Ana =)

Image
Assalamualaikum. Tergendala seketika cerita pasal kawan baik daku yang sorang ni kahwin. Tak lain tak bukan Cik Norhana Mahat yang tersayang. Merangkap roomate waktu aku study zaman di bumi hijau dulu. Berjodoh beliau dengan Encik Azrap akhirnya! Alhamdulillah. Dulu aku deting-deting dengan ex aku, sesama dengan dorang ni jugak. Tapi jodoh dorang panjang, aku pulak tidak Upss. Tiada kaitan ni, merepek sudah. Abaikan. Before this aku ada cerita yang aku pergi Johor masa kawan aku ni tunang dalam entry ni.   Ambik gambar pun posisi yang lebey kurang je dalam bilik!  ni posisi masa nikah yang ni posisi masa tunang! Sebijik, sama je tempat yang kitorang duduk. Cuma orang yang paling kiri je bertukar. hee Gerak lah daku seawal subuh dengan cik Iela, kononnya nak tengok si kawan aku yang sorang ni nikah. Gigih aku bangun 4.30 pagi terus mandi siap-siap pergi ambik kawan aku yang lain dekat UPM.  Sampai sana dalam pukul 6 lebih aku mesej tak reply-reply. Rupanya tidur lag

Wordless Friday - I'm just a girl

Image
Assalamualaikum. kredit - google Ikhlas, Anita.

Tentang warna apakah?

Image
Assalamualaikum. Daku sedang keliru untuk memilih warna nih! Meh bagi pendapat sikit, warna apa yang sesuai dengan kulit muka aku ni. Hurm. Yellow soft? Orange soft? or Pink soft? Ikhlas, Anita.

Muhasabah Diri

Image
Assalamualaikum. Sekejap ada sekejap tak ada belog aku ni. Macam chipsmore? Aku ingatkan tak ada yang perasan kewujudan belog daku ni. Tapi bila dalam mode private temph hari, ada yang bertanya. Mana blog? Kenapa tak boleh baca? Kenapa remove? Kenapa dan kenapa? Terharu plak sebab ada yang masih mahu mengambil tahu perkembangan diri Cik Anita yang semakin kembang ni. Tak perlu mengulas panjang, rasanya pada yang tahu akan permasalahan yang melanda. Itulah ceritanya. Tak mampu nak berkongsi semua di sini. Perlu ada had yang sepatutnya. Tatkala diri kita dilanda musibah, tidak kira musibah kecil atau besar. Tidak semua orang yang berada di sekeliling kita akan sama-sama duduk mendengar permasalahan kita. Mungkin ada antara mereka yang tersenyum  sumbing or tersenyum kambing dan bercakap yeay.   Sedikit merasakan ouh mungkin ada benarnya. Barangkali? Itu hanya satu kebarangkalian. Perlu positif sebenarnya. Ikhlas, Anita.

PERMOHONAN MAAF

Image
Assalamualaikum. Entry ini sebenarnya entry permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik homestay yang berkaitan. kredit - google Berkaitan dengan entry  sebelum ini, entry (Singapore Trip - Homestay ). Homestay bungalow Nong Cik Johor Bharu. Terdapat sedikit masalah teknikal yang secara tidak sengaja saya lakukan. Saya ingin membuat pembetulan bahawa, tiada gangguan sebenarnya yang berlaku pada kami yang menghuni homestay ini tempoh hari. So far apa yang berlaku before this, hanyalah bayangan atau ilusi. Apa yang ingin saya nyatakan di sini, semuanya selamat kalau kalian nak duduk menyewa di rumah ni.Rumah pun luas dan sangat selesa. Diharapkan segala kesulitan dan salah faham harap di maafi. =) Sekian terima kasih. Ikhlas, Anita.

Insan pemaaf bebas sifat buruk sangka & dendam.

Image
Assalamualaikum... Berulang kali aku membaca artikel ini di pejabat pagi ini, meh nak share sikit dengan kalian plus sedikit coretan minda yang terkandung di jiwa di kala ini. *      *      * SIFAT pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali-Imran, ayat 134) Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati. Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam. Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi dengan meng

Day 6 - A photo of a former crush.

Image
Assalamualaikum... The next gambar? A photo of a former crush? Jeng jeng jeng... * * * * *   Tengok? Amar Asraf senyum kat aku! *jangan jeles* p/s: semua orang pun tengah suka beliau ni, suka bermusim kan? Macam suka dekat Aaron Ajis tu. Dulu aku jatuh cinta giler, tapi sekarang macam dah tak suke. =P Ikhlas, Anita =)

Bandung trip - Hari 2

Image
Assalamualaikum. Meneruskan agenda Bandung yang baru suku jalan. Maka ceritanya ialah, pada hari ke dua ni aku ke Tangkuban Perahu. Masa 1st plan tu, rasa macam nak tak nak jer pergi sini. Sebab konon misi ialah shopping semata.  Tapi koje gila ke apa, duduk 5 hari nak menyoping saja. Memang bankrap habis lah aku. Makanya pergilah aku seawal jam 9 pagi bergerak dari rumah penginapan orange homes ni. Aku tengah sarapan dalam pukul 8.30 pagi tapi supir dah tunggu nak ambik. Rajin sungguh supir yang aku dapat ni. Sebagai tips tambahan, harus perlu tahu nak masuk ke Tangkuban Perahu ni kena dalam RM19 per person.  Datang cuaca masih di pagi hari, maka sejuk lah di atas sana. Before this asyik sangat teringin bila orang lain ambik gambar kat sana. Sekarang aku plak yang pergi! Wee. Alhamdulillah.  View Tangkuban Perahu Kat Tangkuban memang ramai sangat orang yang berniaga, dan ramai jugak yang akan tawar barang yang dijual kat korang. So kalau rasa tak berkenan, t

Day 5 - A photo of you making a funny face.

Image
Assalamualaikum. Nak sambung task yang tergendala ni, 'Cabaran 10 hari 10 gambar'.  Setelah minda aku ni penat berteka-teki pasal aku yang before-before this. Susahnya nak jaga hati semua pihak. Dan penat juga lah nak buat semua orang senang dengan kita. Permudahkan urusan dengan senyum dan maafkan semua orang. Itu yang terbaik. Ada dua picca yang aku rasa macam funny! Kalau korang rasa tak funny diam-diam jer. Maaplah, agak cekci sikit picca aku ni. Tapi layankan aje. Picca last week aku pergi kenduri umah kawan baik aku cik Ana. Bosan-bosan depan pelamin aku jadi cam gini. =P Dan one more picca ni, kerusi ajaib tema dia! Hanya aku je yang boleh nampak kerusi tu. HAHA. Kot sesiapa yang rasa nak tambah idea, mehla join task ni. Senang saja! p/s tak taulah kot entry aku ni boleh jadi isu gak ke? err T_T Ikhlas, Anita.

Perhatian kepada 6 si cantik manis!

Assalamualaikum. Ha cukup dah masa, ada 6 si gadis manis bertuah yang dapat ole-ole tak seberapa dari Bandung. Pemenang yang bertuah ialah seperti di bawah ni yer. Mereka ni antara yang drop komen dalam entry Giveaway Istimewa. SHIDA GHAZALI PUAN STOBERI BAYU KENANGAN MISS YUI CAHAYA CIK DILA Pada nama-nama yang berkenaan di atas ni, meh cepat-cepat email alamat kalian yer. Email di sini, shahadatina@gmail.com.  Jangan lupe sertakan number fon sekali. Terima kasih atas kesudian kalian menjenguk di teratak buruk saya nih. =)  Ikhlas, Anita.

Apa kes?

Assalamualaikum. Hmmm *mengeluh dulu* Kalau ada sesiapa yang ingat, before this aku ada cerita pasal tempat penginapan aku holiday kat Singapore tu. Kalau tak ingat aku tak boleh nak pulihkan ingatan korang entry yang mana. Sebab aku dah remove atas menjaga hati pihak berkenaan. Nak dijadikan cerita, kalau ada yang follow belog aku ni dari zaman dedulu sampai sekarang. Mesti akan tau aku pernah dulu kena tindakan gara-gara dunia belog ni. Outspoken maybe? Then now, tak ada lah sampai kes kena saman ke apa ke. Just aku mengeluarkan opinion  aku je sepanjang aku duduk homestay tu. Tak ada lah 100% buruk. Ada lah jugak aku puji kan. Aku suka je rumah penginapan tu.  Then dia kata aku ni menjejaskan periuk nasi dia. Plus takkan maafkan orang macam aku. T_T Sumpah lah hai takkan lah sanggup aku nak buat orang sampai macam tu. Dia kata aku tak bersyukur sebab duduk homestay tu. Aku tau nilai duit tu. Memang susah nak cari. Mana mungkin lah aku tak bersyukur. Kalau ada keku

Trip Bandung - Hari 1 & penginapan

Image
Assalamualaikum. Hari 1 ni cerita tak banyak. Sebab flight gerak pergi Bandung pukul 8.30 malam. Sampai sana pun dalam 10.30 malam. Asalnya masa book tu gerak jam 3 petang. Tapi last-last delay pulak. Paham jelah, nama pun tiket tambang murah kan.  Tapi jadik macam rugi sikit lah, sebabnya dah book hotel untuk 5 hari. Tapi hari yang 1st tu just duduk kejap je. Tapi still cas yang sama. Tak apalah, sebab hotel pun tak semahal mana. Tapi bila pikir balik, kalau lah ada yang murah lagi? Jimat sungguh aku ni. Pilihan hotel aku ialah Orange Homes . Aku book go through by YM then lepas tu baru email. Kira cepat lah respons hotel ni. ·           Penginapan Hotel Orange Homes Jl. Babakan Jeruk 1 No. 76 BANDUNG - 40163 - INDONESIA Phone   : +6285 321 412 367              : +62222014955 Aku tau pasal hotel ni sebab aku baca belog-belog orang. Then last choice antara yang termurah bagi kewangan macam aku. Satu malam dalam RM90 include sarapan pag