Posts

Showing posts from January, 2014

Salam Hari Jumaat

Assalamualaikum. Selalu cakap dalam hati, IKHLASKAN HATI. Ikhlas hati apa cik Anita oi? Ikhlaskan hati untuk semua perkara lah. Dengan dunia kerja, dengan kawan-kawan, dengan kekasih hati, dengan keluarga dan seangkatan dengannya. Selalu jugak cakap, JANGAN MENGELUH. Jangan mengeluh kenapa pulak? Sengaja nak cakap. Nak ingatkan diri sendiri. Jugak untuk peringatan kawan-kawan yang lain.  Oke kesimpulannya, ikhlaskan hati & jangan mengeluh. Aku bukan ada masalah pun, cuma bila orang sekeliling asyik mengeluh. Otak jadi penat. HEHE. Penat masak mengeluh? Penat naik train mengeluh? Tapi sekarang ni management office nak tukar baru. Haaa, part ni aku TERmengeluh! =P Ikhlas, Anita.

Passenger - Let her go

Assalamualaikum & Selamat Hari Ahad! Dari pagi sampai ke petang aku ulang lagu ni. Entahlah, rasa macam sedap je nak nyanyi kat mulut ni. Ikhlas, Anita.

Apabila Thaipusam?

Image
Assalamualaikum. Okey cuti lagi! Hari ini cuti Thaipusam.  Mak aiiii rumah aku jem gila. Aku intai je dari atas, memang tak sanggup nak keluar. Maka aku kurungkan diri dalam rumah saja. Nak balik kampung budget tak banyak.  kredit :google Sebenarnya kalau aku rajin, boleh nak melawat apa mereka buat kat Batu Caves tu? Jalan kaki lenggang kangkung pun sampai. Tapi ada ke orang Melayu yang melawat? Ikhlas, Anita.

Nak pergi Konsert Siti Nurhaliza!

Image
Assalamualaikum. *NAK PERGI!!!* (sambil hentak kaki) Rasanya ramai yang dah tau yang Dato Ct nak buat konsert February ni. Tapi mak aiii harga dia! Paling murah pun RM88. Ke ada sesiapa nak belanja yang RM800 tu? Aku tengah confuse nak pergi ke tak? Ke ada sesapa nak pergi kat sini? Jum pergi sama-sama! Tapi bayar sendiri-sendiri la. Yang MURAH tu jeee. Please. HEHE Ikhlas, Anita.

Eksiden | Jatuh moto

Image
Assalamualaikum. *Badan sengal seribu* Alkisahnya... kredit : google (ini gambar hiasan je, moto sebenar taklah begini. Tapi impian jugak ni! ) Semalam aku jatuh moto. Tapi tak ada lah aku jatuh parah. Tapi sengal jugak lah badan ni. Rasa macam terkejut beruk. Lepas jatuh tu, aku terdiam kejap. Rasa macam menggeletar. Syukur Ya Allah tak jadi pape yang teruk pada aku dan Mr. N. Nak dijadikan cerita, aku ni dah lama tak  keluar naik moto. Tapi sebab semalam cuti umum, malas nak sesak-sesak sebab dah nak Thaipusam, tu yang merempit pergi KL Festival cuci mata & makan-makan. Bila masa balik tu, boleh pulak ada bas turunkan orang kat kawasan yang tak sepatutnya, then orang tu turun tanpa tengok kanan dan kiri. Jadi? Bummmm kebabum orang tu Mr. N langgar!!!! Bila dah terlanggar orang tu, kitorang pun tergolek lah  sebab nak elak kereta yang park tepi jalan.  Nasib baik jugaklah, dengan kudrat Mr. N dia menahan moto tu daripada menghempap aku. Sampai terkehe

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul. Selamat berehat juga. Selamat duduk di rumah. Selamat mengemas rumah. Lama dah sebenarnya aku tak duduk rumah kalau cuti. Sebab Sabtu & Ahad aku kan kerja part time. Bila dapat cuti. Mata tak nak celik kalau boleh. Nak membongkang. Tak manis sungguh si anak dara. Dari malam tadi, dah 3 trip aku basuh baju. Boleh bayangkan tak? Aku tak basuh baju dari New Year haritu. *jum pitam* Nasib baik baju aku banyak. Selamat menikmati cuti! Ikhlas, Anita.

Cincin oh Cincin

Image
Assalamualaikum. Semua orang pun tau. Harga emas sedang turun sekarang. Yeay! dan Yeay lagi. Maka aku pun pergi survey! Walaupun tarikh kahwin belum "pasti". Tapi persediaan tu penting. Mahal jugak rupanya. Tengok ni? Nak 1K juga *pengsan kejap?* Ni baru satu cincin. hehe Cantik design dia aku suka. Tapi yang aku suka mahal-mahal belaka. Lepas tu Mr. N cakap, patutlah ramai orang laki tak nak kahwin. Cisss! Ikhlas, Anita.

Mahal!

Assalamualaikum. Sejak aku duduk office baru. *golden triangle katanya* Semua pun mahal. Makan mahal. Pergi kerja mahal. Balik kerja mahal. Duit pun tak menyimpan. Nak kahwin katanya. Sempat ke nak kumpul ni? Aduhai. Eh dah nak kahwin ke aku? JENG JENG JENG. Ikhlas, Anita.

Suka lagu Al-Haq.

Assalamualaikum. Kalian suka ke tak? Hari ni sesambil buat kerja, berjuta kali ulang dengar lagu ni. Selamat hari JUMAAT ye! Ikhlas, Anita.

Kereta kena rompak!

Assalamualaikum. *termenung lagi* DILEMA 2014 aku nyatakan. Penuh dengan cabaran. Sesak dengan dugaan. Cabaran yang menduga hati. Pabila hari petang semalam, Tunggangan hijau aku dirompak. Habis hilang bunyi kegembiraan (radio kereta aku) Hilang juga batteri yang menjadi nadi. Terdiam mengalir air mata. Ah perempuan, lumrah begitu. Tahu menangis untuk menenangkan diri. Nasib ada si pengarang hati datang membantu. Telefon mak mengadu diri. "Itulah kau kurang Doa pohon pada Illahi. Allah tarik nikmat kesenangan hati". Terkesan terus di hati. Ya Allah aku semakin dewasa tetapi selalu lali. Terima kasih atas peringatan ini. Ikhlas, Anita.

Tentang Cara...

Assalamualaikum. *berfikir seketika* Bukan berfikir seketika aku rasa. Terlalu lama. Perlu menukar cara pengolahan belog aku ini. Perlu lebih mudah. Perlu lebih ringkas. Perlu lebih menarik? Agar kurang rasa serbasalah dalam diri. Seringkali mengabaikan dunia kecil ini. Aduhai Nita... Ikhlas, Anita.