Posts

Showing posts from April, 2014

Wordless Wednesday - Harapan

Image
Assalamualaikum. =) kredit - google Suatu hari nanti pasti semua orang akan mengerti apakah harapan ini.  Ikhlas, Anita

D.I.Y Goodies Beg Comel

Image
Assalamualaikum. Sekali lagi kita berjumpa dalam sesi orang yang nak kahwin! Kalau rasa malas layan, kita jumpa di entry yang lain. Ke entry lain pun tak nak ambik tau pun? *_* Alkisahnya... Idea yang aku nak buat ni sebenarnya, dah jadi trend sekarang ni. Semua orang memang dah familiar kan. Aku tak tunjuk pun orang dah ramai boleh  imagine. Antara contohnya goodies yang macam kat bawah ini. Aku memang nak buat yang ala-ala macam ni untuk majlis tunang nanti. Tapi kalau majlis sanding tak kot, sebab nak kena buat banyak sangat plak nanti. Siapa yang nak buat? Aku dahla jauh.  Pilihan pertama. Aku macam nak design yang simple macam kat atas ni. Oder tulisan & design ikut kita suka. Lepas tu stamp! Tapi kalau beratus nak stamp jenuh jugak tu.  Pilihan kedua Hokey, pilihan corak kedua yang macam ala-ala kat atas ni. Dah macam bendera negeri Selangor pulak aku tengok. Macam menarik maybe warna merah kuning tu. Pakai apa eh tu? Tapi macam leceh sikit kan.

Segmen Masakan : Menu bujang

Image
Assalamualaikum. Kembali segmen masakan dapur Cik Anita. Kalau ada sesiapa yang perasan, dulu aku ada buat segmen diri sendiri. Segmen masak-memasak yang entah pape. Tak sedap pun nak cerita kan? Konon nak cerita yang aku ni rajin masak. Maka dekat sini aku meneruskan hobi aku yang aku rasa skill makin hilang kelaut sebab lama dah tak ke dapur. Tapi menu simple ya amat, ikan goreng, sambal ikan & kobis tumis jeee.  Semua masin! Lori garam tumpah dekat rumah aku. Menu simple tapi makan bertambah? Aduhai.. Macam mana ni? Risauuuuu. Sebabnya aku tengah berdiet untuk majlis tunang aku yang sebulan je lagi. Risau kang badan nampak berisi. Risau je lebih, tapi tak jaga pun. Bosan lah aku ni. Huh. Ikhlas, Anita

Pernah dengar tak PESTA KAUL?

Assalamualaikum. Apakah itu Pesta Kaul? Korang pernah dengar tak apa itu pesta kaul? Sejujurnya aku tak pernah tau pasal pesta ni kalau aku tak datang kerja dekat sini. Entahla, ke sebab aku ni tak banyak membaca bahan sejarah atau ilmiah tu yang jadi tak tau. Perayaan yang sangat gelamor sebenarnya dekat Mukah ni. Lebih kurang macam pemujaan semangat laut kot kalau tak silap. Dari apa yang aku tanya dekat anak-anak murid aku.  Jum baca sikit apa itu PESTA KAUL. Pesta Kaul Mukah, tradisi yang menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dengan seribu keunikan akan berlangsung pada 21 - 29 April 2012 di Taman Kala Dana dan sekitar bandar Mukah. Pesta Kaul berbentuk keramaian masyarakat Melanau yang diraikan setiap tahun ini dahulunya adalah perayaan keagamaan masyarakat Melanau pagan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tidak mengganggu mereka ketika mencari rezeki. Dahulunya, pesta kaul lebih berbentuk ritua

Makanan Kegemaran Sepanjang Zaman!

Image
Assalamualaikum. Dalam gambar mungkin nampak biasa. Tapi bagi aku ini lauk yang sangat luar biasa! Masa aku menaip ni pun merembes-rembes laju air liur aku. Sluurrrppp. Ya rabbi... a) Sotong sambal! b) Pucuk ubi tumis! c) Ulam petai! d) Telur masin! Lauk kegemaran sepanjang zaman! Alkisahnya, si sahabat baik aku cik Azie yang masakkan untuk aku. Bila aku lepas kurus dekat Bagan Lalang tu tempoh hari, aku singgah tidur sini. Maka cecepat dia terus pergi pasar beli barang masakkan untuk aku.  Aku waktu dia masak pung pang kat dapur. Aku baring dan tidur. HEHE. Betapa penatnya aku berkursus lah kan. Kebetulan aku terdemam pulak lepas kursus tempoh hari.  Maka aku berkasih sayang kejap dengan kawan aku ni.  Tau-tau bangun tinggal makan saja! Thanks again sayang. Aku tak ada bergambar yang senonoh pulak jumpa kawan aku ni tempoh hari. Maka aku letak la gambar kenang-kenangan dekat sini. Setelah beberapa tahun berlalu. Cepatnya masa! Juga

Terima Kasih Emak!

Image
Assalamualaikum. Nak teka tak apa aku dapat? Apa agaknya yang emak aku pos untu aku?  Cepat teka? Teka la? Malas teka? Ala... teka laaa..  HEHE  Pembayang pertama?? Pembayang kedua? Okey ini dia... * * * * * tadda... Sambal tempe!! HEHE. Sambal tempe pun nak pos? Mak aku pos sampai 5  kilo kauuu. Punya la berat sambal tempe. Belum lagi dengan harga pos dia. Boleh dapat tempe sebakul!!! Terima kasih emak. Sayang emak sangat. Nampak sangat anak emak ni anak jawa kan. hehe. Maka makan sambal tempe lah aku sepanjang hari. Ikhlas, Anita.

Alkisah berkursus di Bagan Lalang!

Image
Assalamualaikum. Baru aku berkesempatan nak cerita pasal kursus aku tempoh hari. So far best la sebab dapat balik semenanjung jumpa kawan-kawan walaupun tak dapat jumpa family. Best jugak sebab dapat makan sedap, walaupun terasa la sedikit penat ya ampun. Tapi walaupun seronok, mata aku tetap ngantuk masa kursus tu. Aku pun tak paham kenapa. Mungkin semua aktiviti indoor, maka tilam hotel melambai-lambai senantiasa.  Sebenarnya kan, ini la kali pertama aku ke Bagan Lalang. Sedih tak? Dulu walaupun aku duduk KL, aku tak pernah pun pergi. Tapi bila dah duduk jauh ni pulak dapat pergi. Pelik tapi benar. Kitorang terbang dari Sibu. Semua cikgu baru wajib pergi! Secara tidak langsung kami guru-guru baru ni menjadi sangat akrab. Sebabnya susah senang bersama kat sini. Lapan cecikgu bujang!  Aku antara cikgu yang tua umur sebenarnya. Mereka yang lain adik-adik belaka. Hehe.  Ada antara cikgu ni yang umur 22 tahun ye. Cuba teka mana satu yang sangat muda belia?  Mehla l

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum & Salam hari Rabu Kredit - Google Ikhlas, Anita.

Sebuah cerita tentang 'Anniversary'

Image
Assalamualaikum. Hari ini 23hb 2014.  Hari ini jugak sebenarnya kisah Anniversary kitorang yang ke-? Oke di rahsiakan. Kalau nak tau godek sendiri. Tapi rasanya ada je yang tau. Baru je. Baru je nak kenal hati lagi. Selalu je gaduh-gaduh tak puas hati. Especially aku lah buat perangai. HEHE. Ampun ye Mr. N! Jauh di sini, cuma yang aku mampu. Ucapan je kat sini. Tapi seperti biasa, Mr. N memang akan lupa taikh-tarikh penting begini. Kena sentiasa diingatkan. Itu yang kekadang stress dan aku ni merajukkkk. Sampaikan birthday aku pun dia lupa. Cemana tu? Takkan lah tak merajuk. Kan? Tapi memang tak dinafikan, kita orang pompuan ni selalu concern lebih. Itu yang semua benda terpahat kat kepala orang pompuan. Semua benda pun kita mampu ingat. Apa pun, selamat lah berulang tahun percintaan antara kita. Semoga segala perancangan untuk majlis membina masjid berjalan dengan lancar.  Walau saya jauh di sini, pastikan tetap SAYA dekat di hati. Maka bertahun kita jauh ni, ja

Hai Isnin!

Assalamualaikum. Hai Isnin! Hai semua. Aku baru sampai malam tadi. Aduhai letih gila. Kebas bontot perjalanan jauh. Nanti aku cerita. Banyak cerita best. Tapi ada jugak yang tidak best.  Beberapa hari bercuti a.k.a berkursus, balik je tengok atas meja. Banyaknya kerja! Wehhu.  Banyaknya jawatan untuk program terbaru. Pelbagai AJK yang naik juling mata aku tengok ni. hehe Banyaknya benda tertangguh. Banyaknya kertas tak semak lagi. Banyaknya banyaknya banyaknya. Ok bye-bye. Ikhlas, Anita.

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum. Kredit - google Aku cuma nak cakap HAHAHA. Ok bye! Ikhlas,  Anita.

Dapat baju baru yang surprise lah katanya!

Image
Hello. Ini cerita semalam sebenarnya. Kerana benda ini semalam, mood aku sangat berbunga-bunga sampai ke hari ini. Semalam jugak aku jadi super duper rajin. Rajin sampai baju berbesen aku basuh tanpa rasa sengal tangan. Seronok je menyental. Mental kan aku? HAHA Plus semalam jugak kan aku dapat kursus kat Bagan Lalang tu, rasa gembira lagi. Sebab nanti boleh jumpa Mr. N kejap. Kalau la sempat. Tapi tengok gaya macam busy jee. Alkisahnya... Semalam aku masuk pejabat sebab nak setelkan kursus dekat Bagan Lalang tu, aku tengok ada parcel untuk aku. Teruja gila aku bila dapat parcel  from dia. Maybe dah sampai last week, tapi aku tak tau pun barang tu dah sampai sebab opis tak inform. Opis cuma letak kat unit BM je. Sampai hati opis. Kalau aku tak masuk opis sampai tahun depan, maka berkurun la barang aku. Sobs. Patutlah Mr. N mintak alamat aku. Bila aku tanya nak buat apa? Dia tak jawab. Nak suprise la sangat katanya. Perangai dia memang begitu, so layankan saja.

Program Pembangunan Jati Diri di Bagan Lalang.

Image
Assalamualaikum! Bagi salam pun aku penuh semangat! Hehe. Entahla, rasa semangat kena pergi kursus dekat semenanjung 16 April nih. Walaupun hakikatnya daku tau, akan penat otak pergi kursus ni. Comfirm kena basuh kepala dan minda. Tapi rasa gagah sebab dapat terbang ke Semenanjung. Homesick kah aku?? Kursus start 16 April sampai 19 April 2014 dekat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Kali pertama pergi kursus, semangat waja lah aku.  Tapi kitorang decide nak balik Ahad 20hb tuu. So ada masa hampir sehari boleh berjalan-jalan dekat KL. Boleh lah kan beli barang hantaran. Yeayyy. Sebab apa kitorang? Sebab... semua cikgu baru wajib pergi kursus nih. Lagi best dua orang kawan aku, memang kampung dekat Bagan Lalang tu. Huh. Jeles! p/s : Tapi nanti kalau dah tiap bulan kena terbang, mampukah aku? hehe. Sebabnya hujung bulan ni nak ke Kelantan pulak as a guru pengiring budak-budak debate. Ikhlas, Anita.

Tiket balik Raya dah mula mahal!

Image
Assalamualaikum. Aku dekat sini memang ada hobi baru. Aku rasa bukan aku je. Kawan-kawan yang lain pun sama je. Kawan yang dah bertahun kerja sini pun tetap jugak ada hobi nih! Hobi cek tiket kapal terbang. Cek airAsia, cek Malindo Air & MAS Airline punya website. Jujur aku cakap, pepagi buta kalau online, memang benda alah tu lah yang aku tengok dulu. Menantikan kotla ada promoosi best! Tapi sekarang ni promosi yang takde kena mengena dengan aku. Ticket untuk aku cuti sekolah bulan Mei ni dah setel awal haritu. Aku beli RM290. Kira mahal jugak tu sebenarnya, boleh dapat murah lagi. Tapi sekarang ni ticket raya je belom beli lagi. Aku sedang risau ni. Ticket macam dah mula mahal. Haritu aku tengok rm360. Aku buat tak tau je. Lepas tu RM400. Aku dalam hati, sabar.... Nanti maybe turun. Lepas tu aku tengok RM450. Adoh, kenapa mahal banget. Tapi hari ni aku tengok RM586. Wallaweiiiii! Nak nangis tengok harga dia. Haiyaa Aku kalau nak beli yang paling murah R

Rambang mata tengok Veil

Image
Assalamualaikum. Sebelum memulakan entry ni, aku mintak maap yer. Kalau ada yang tak mampu nak melayan angan-angan dan cerita kahwin aku. Akan ada cerita susulan pasal kahwin kahwin dan persediaan kahwin. Hehe. Sebab memang tengah ligat otak aku ni mencarik idea yang bernas untuk majlis aku nanti. Pantang mengadap komputer, memang aku search je benda yang berkaitan. Hari ni aku rasa macam terkeliru nak pilih mana satu veil aku nak pakai.  Aku dah PM harga dan so far harga memuaskan. Sekitar rm180 termasuk pos. Cepat je orang tu balas bila aku tanya harga. Good. Macam tulah bisnes kan. Aku sebenarnya tak ada lah nak kahwin awal sangat. Ada yang berteka teki dan bertanya. Tapi belum sempat nak jawab lagi bila. Masih ada masa antara majlis tunang dan majlis nikah. Apa-apahal pun aku akan tunang dulu. Belum nak nikah terus. Sebab proses nikah kan berperingkat. Bila dah jauh ni kena schedule bebetul mana satu aku nak mulakan dari mula sampai lah akhir. InshaAllah. Tapi kalau

Bila kerja nak siap?

Image
Assalamualaikum. Selamat hari Ahad. Cuti kah anda semua? Hooray. Tapi walaupun cuti kerja harus di siapkan okey. Tapi ni aku sedang kemaruk nak update belog. Maka kerja aku buat sikit, mengadap belog lebih dari kerja aku sendiri. Nampak tak perangai curi tulang aku. Tapi aku layankan je kemaruk aku ni. Sebab idea tengah mencurah-curah ke ladang gandum. Jadi ada je modal nak cerita. Tu yang cerita dah lama berlalu pun aku share dengan korang. Bila aku tengok draft aku, mak ai.. dah ada 25 cerita. Tinggal nak susun je mana yang sesuai nak publish ke tak. Kalau sesuai aku auto schedule kan dia. Berbalik pada cerita belog aku ni,  bila aku tengok header aku, DUNIA CIK ANITA. Kalau aku kahwin kang, nak tukar ke jadi DUNIA PUAN ANITA? Errr. Rasa tetiba macam dah tua sangat! Ha oke lah nak pergi pasar! Nak tengok udang. Udang sesaja aku ni. Ikhlas, Bakal Puan Anita. HEHE

Terima Kasih | IenaLina |

Image
Assalamualaikum. Aku baru balik dari sekolah. Ada program gerak gemilang dengan pelajar tingkatan 5. Walaupun aku tak mengajar dorang, tapi aku kena jadi guru kelas salah salah satu tingkatan 5 tu. Maka perlu lah aku beramah tamah dengan mereka.  Alkisahnya berkaitan dengan tajuk entry...  Aku memang suka cek stats belog aku ni (traffic sources) sebab nak tau siapa yang tersinggah blog aku, then nak tau ada ke yang view entry aku. Tapi macam ada terpelik sikit, jumpa link ni harini... http://ienalinaismail.blogspot.com/2014/04/hasil-blog-walking-anda-ingin-menjadi.html Si cik adik manis IenaLina ni, terblogwalking dan singgah dekat teratak aku. Kebetulan tersinggah perihal entry yang pasal aku berjaya temuduga tu. Bahawa beliau sangat berminat nak kerja jadi seorang pendidik. Aku rasa aku faham apa yang dia rasa. Antara minat atau suka-suka. Siap ada buat special entry lah pulak. Terharu kejap.  Apa pun, pesan dari daku yang bukanlah sesiapa pun, tetapi usa

Thanks Nuffnang!

Image
Assalamualaikum. Sebelum aku terlupa,  thanks bebanyak dekat Nuffnang atas duit poket yang aku dapat bulan lepas! Yeayy. Lama jugak lah tersimpan nak dekat sebulan, sebab sibuk kursus dan menguruskan pasal pindah.  Baru-baru ni je aku berkesempatan nak clearkan cek nih. Pertama kali aku cash out duit ni!!Teruja lah jugak. Tak ada lah dapat banyak berjuta-juta lemon pun. Tapi alhamdulillah dapat lah sikit duit poket. Aku sebenarnya tertekan cash out! Saja-saja tekan tengok apa jadi. Ingat boleh UNDO. haha. Tak ada niat pun lagi nak keluarkan, ingatkan nak kumpul jadi lagi banyak. Walaupun hakikatnya secoet je. Maybe tuhan tu tau aku bakal dipindahkan ke sini dan memerlukan duit belanja. Hehe. Paham jelah kan, dengan situasi aku sekarang ni. Berguna la juga sikit sebanyak pada aku. Tapi sebenarnya, masa aku nak cash out, aku tak tauuu pun yang aku akan pindah. Nampak tak? Nampak tak bahawa perancangan Allah tu cantik. Dia akan jadikan sesuatu yang berlaku tu, akan ada h

Sambungan... apabila aku sudah berjaya! Alhamdulillah

Image
Assalamualaikum. Ini kisah yang aku janjikan apa yang berlaku selepas aku berjaya dalam temuduga tu. Rasa sedih, gembira, terkejut & terkedu semua ada! Kalau ada yang tertinggal part sebelum ni ada dekat SINI. Okeh Alkisahnya... Aku dapat mesej lagi, then mesej tu macam yang kat bawah ni. Aku dapat text ni bertarikh 21 February 2014 | 09.53 PM. MARA : TAHNIAH! Anda Berjaya ditawarkan Jawatan Guru Mara. Info lanjut sila semak dan hubungi nombor yang berkaitan untuk pertanyaan. Sebenarnya masa dapat mesej ni aku tengah tidur dan baca mesej dalam keadaan yang sangat mamai. Dulu aku memang tidur awal sikit kalau penat sangat balik kerja. Nanti memalam aku terjaga  baru bangun mandi dan keluar makan ke apa.  Masa tu jantung aku berdegup kencang. Eh betul ke ni dapat? Takkan dapat via mesej je?? Terkial-kial aku cuba bukak webiste Mara dan cek status aku dengan internet HP aku yang semput tu. Alhamdulillah memang betul dan sahih mesej aku dapat tu. Tapi bila

Pengalaman dan Tips Temuduga Sebagai Guru Mara

Image
Assalamualaikum. Alkisahnya ini cerita yang tertangguh dalam draft. Entah kenapa aku tak sempat nak publish temph hari. Maka aku pun sambung taip hari ni. * * * Di satu petang yang hening sedang daku memandu kereta balik kerja, tetiba dapat satu mesej. Masa aku dapat mesej ni 29 November 2013 | 06.10 pm. Mesej tu berbunyi seperti di bawah : M ARA : TAHNIAH! Semakan Temuduga Guru Mara. Sila layari portal MARA untuk keterangan lanjut. Sekian terima kasih.  Memula tu, eh yeke ni? Ke mesej tipu je ni. Paham jelah sekarang ni banyak sangat penipu. Tapi aku gagahkan diri jugak bukak. Maka bila aku cek, yeah. Ada nama aku! Tapi mak ai dekat sangat ni kat Penang! Pergi lah aku dengan kalut bagai sebab takut nak mintak cuti dekat bos. Sebab rasa macam jauh juga, maka aku ambik cuti dua hari dan stay rumah cousin yang duduk area Penang tu. Alhamdulillah pengalaman ditemuduga tu berjalan dengan baik. Sangat berjaya bagi aku. Walaupun menggeletar dan jantung berdegup kenca