Alkisah berkursus di Bagan Lalang!

Assalamualaikum.

Baru aku berkesempatan nak cerita pasal kursus aku tempoh hari. So far best la sebab dapat balik semenanjung jumpa kawan-kawan walaupun tak dapat jumpa family. Best jugak sebab dapat makan sedap, walaupun terasa la sedikit penat ya ampun.

Tapi walaupun seronok, mata aku tetap ngantuk masa kursus tu. Aku pun tak paham kenapa. Mungkin semua aktiviti indoor, maka tilam hotel melambai-lambai senantiasa. 

Sebenarnya kan, ini la kali pertama aku ke Bagan Lalang. Sedih tak? Dulu walaupun aku duduk KL, aku tak pernah pun pergi. Tapi bila dah duduk jauh ni pulak dapat pergi. Pelik tapi benar.

Kitorang terbang dari Sibu. Semua cikgu baru wajib pergi! Secara tidak langsung kami guru-guru baru ni menjadi sangat akrab. Sebabnya susah senang bersama kat sini.


Lapan cecikgu bujang! 
Aku antara cikgu yang tua umur sebenarnya. Mereka yang lain adik-adik belaka. Hehe. 
Ada antara cikgu ni yang umur 22 tahun ye. Cuba teka mana satu yang sangat muda belia? 

Mehla layan gambar dekat Bagan Lalang pulak, air pantai dia tak boleh lah mandi. Tapi untuk bersantai-santai angin pantai boleh je. 


Ini je cikgu yang baya umur dengan aku. Plus satu rumah. Dah nak nikah dah bulan Mei ni.


Adakah aku sudah selim sekarang?mih mih mih


Ini kumpulan masa kursus. Ada orang belanja askrem free. Yeay!


Ini pulak sebenarnya aktiviti yang kitorang kena fikirkan, apakah pembangunan yang boleh kami bina area pantai ni? Jenuh la memikir sebelum buat pembentangan malam tu.

* * *

Then bila waktu malam je kitorang ambik masa yang ada untuk makan sedap-sedap kedai ikan bakar tepi pantai. Aktiviti malam akan habis jam 11 setiap malam. Maka melepak lah sampai satu pagi. Menghargai masa duduk semenanjung katanya.

Tapi tak tau mana satu kedai yang sedap? Maka belasah je kedai mana-mana. Tapi tak oder pun makan yang super power, sebab tak bergaji. Maka oder kerang je, makan ramai-ramai! hehe. Pergi kursus tak berduit pun sedeyh jugaaa.


Macam biasa, HP sentiasa di tangan! Sangat tak bagus.



 Jejaka kerang.


Sempat jugak bergambar sebelum balik. Tak sengaja terkawan  mesra kesan kursus tempoh hari waktu sebelum posting. Bila dapat jumpa gembira kemain!! Sekarang masing-masing balik lubuk sendiri. Doa orang ke negeri Sembilan, dan sorang lagi balik Kedah. Aku ja yang balik Sarawak!

Majlis penutup.

Okeh itu sahaja buat sementara waktu perihal kursus di Bagan Lalang. Lepas dari kursus ni aku sempat singgah ke UPM menumpang tidur dekat sana. 

Perancangan nak beli barang hantaran tak menjadi kenyataan pun disebabkan sedikit masalah yang tak dapat dielakkan.  

Nanti tu aku cerita lain hari pulak ye. Itu je setakat ini. Sebab minggu depan aku nak terbang ke Semenanjung lagi. hehe.

Wassalam.


Ikhlas,
Anita.



Comments

Teratak pena said…
Jangankan Nita akk ni pun tak pernah jejak kat bagan lalang walaupun tidaklah jauh mana
Rizziela said…
bestnya..pernah g tp blm pernah bermalam
Lynn Damya said…
Haha, apetah lagi aku yg duk JB ni, mmg xpernah jejak ke situ..haha..weh aku ternampak kerang yg banyak ! sedapnya! lama xmakan kerang..wuwuwu
puanstoberi said…
1) Laut tu boleh mandi. Ramai je yg mandi. Akak pun pernah gak mandi. Tp kena tunggu air pasang. Kut tak, air tak dalam.

2) Makan kedai senandung malam tu yg best. Akak biasa makan situ. Yallah hai, tetiba teringat ketam. Adeh.

3) Kalau program Mara - harus la selalu balik kursus kat semenanjung nih. Huhu.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA