Posts

Showing posts from August, 2015

Pelajar vs Guru

Image
"Cikgu saya baru lepas baca blog cikgu". "Ayat cikgu cerita dalam tu sempoi je". Eh bila masa korang online & sempat baca blog saya ni? Kan belum cuti lagi ni.  "Waktu kelas komputer, tak tau nak buat apa. Jadi saya search blog cikgu". Aku pun tetiba rasa, alamak... Ada ke cerita yang bukan-bukan aku kongsi?  Aku pun kadang-kadang lupa bahawa khalayak student sangat ramai & mereka bila-bila masa sahaja akan singgah kat Dunia Cik Anita nih.  Walaupun mungkin cerita kosong je, tapi ada jugak yang nak tau perkembangan kisah dalam ni.  Aku perlu lebih matang dalam berbicara lepas ni. Cerita yang positif-positif sajalah nampaknya.  Sesiapa pelajar yang baca entry ni, sila komen ya.  Terima kasih sudi singgah. Jangan kuat online sangat. Nak exam dah kan? Budak- budak zaman sekarang akan selalu cakap camni,  "Cikgu jum wefie!!! Baru kitorang semangattttt nak belajar!!" Aku pun ok kan saja. Tapi kalau aku tak ok aku, aku akan cakap kodak habis. 

Wajah kudaku lari gagah berani

Image
Dah berusia dua hari kuda aku ni.  Inilah wajahnya.  Tadaaa.. Kuning hitam gitu. Alhamdulillah.  Menambah satu lagi harta kecik. Walaupun mungkin ada yang merasakan,  hekeleh motor murah je.  Tapi aku suka. Senang nak ke sekolah kalau ada apa-apa aktiviti.  Aku fikir banyak kali nak pos kereta dari Semenanjung ke sini. Kot-kotlah tahun depan aku dapat pindah? Dah nak pos balik ke sana.  Bukan murah beb.  Pos kereta je rm2000. Kalau pergi balik dah rm4000. Fuh. So lepas ni taklah aku susah hati nak tumpang-tumpang kawan pergi pekan. Tak jugak serabut nak pinjam-pinjam kereta kawan.  Bukan diorang tak bagi, diorang ok je. Hehe. Tapi kalau ada kenderaan sendiri kan lagi senang. Sebab banyak urusan boleh setel cepat.  Biar lah aku basah kena hujan pun, yang penting aku ada kenderaan sendiri.  Tapi sebenarnya aku malu-malu kucing lagi nak bawak pusing maktab. Haih

EMAS bola Jaring.

Image
Alhamdulillah dapat EMAS weh.  Setelah hitam legam berkilat, dapat jadi juara is sangat berbaloi-baloi.  Nak diikutkan aku masuk bola jaring maktab pun kena paksa disebabkan last minit tak cukup orang.  Mula-mula nak ambik aku jadi pemain simpanan je, tapi atas bakat yang aku ada masa sekolah rendah dulu aku jadi pemain utama. HAHA. Perasan.  MAKA alkisahnya...  Bergerak dari Mukah ke Betong naik bas jam 10.30 pagi.  Tapi sebelum gerak tu, ada bacaan Yassin & majlis ikrar.  First time ada majlis ikrar macam ni sebelum bas bergerak. Sangat istimewa.  Ada pulak pelepasan naik bas oleh pengetua. Special kuasa dua kan? Rasa dihargai sangat.  Hehe Sampai ke MRSM Betong dalam jam lima petang. Ada sesiapa pernah sampai Betong? Jauh boleh tahan.  Sampai rehat-rehat malam tu ada game badminton. Aku tak main, tapi tumpang tengok je kawan-kawan main.    Game untuk bola jaring pagi sabtu start pukul 8 sampai 1 tengah hari. Menang semua set termasuklah final!!  Atas ni, satu-satunya gambar yang

Kuda ku lari gagah berani.

Aku beli kuda hari ni.  Maka aku pun nyanyi-nyanyi "kudaku lari gagah berani".  Gembira benar aku arini.  Setelah sekian lama aku mengidam nak beli kuda ku lari gagah berani.  Susah nak bergerak kalau nak mengharapkan kenderaan orang lain.  Maka kuda je yang aku mampu ada sekarang ni. Kereta aku kat semenanjung tu malas nak pos sini. Mahal gila ouh 2K kalau aku nak pos kereta ke sini.  Maka aku beli kuda saja.  Apakah kuda ku lari gagah berani itu?  Nantikan aku masukkan gambar kuda aku besok. HEHE

Selesai SUMASA

Image
Alhamdulillah.  09 malam tadi ni aku baru sampai Mukah dari Betong. Gerak tengahari tadi ni baru sampai.  Penatnya.  Lebih kurang 6 jam perjalanan naik bas. Tahun depan buat kat Kuching pulak SUMASA ni. Pitam dalam bas. Nak tau aku menang ke tak? Hihi Nantikan pos aku pasal bola jaring besok. Mahu tidur deh, penat ya amat.  Sebelum tidur aku belanja sikit gambar kontinjen Mrsm Mukah. Hehe

Edisi Hari Jadi - Mak Mertua

Image
Mak mertua aku ni memang sweet!  Bukan setakat hari jadi je, hari guru pun mak mertua aku wish. Hehe Senyum lebar-lebar. 

14 Ogos 2015

Hari ini hari jadi aku. Hehe Selamat hari jadi untuk diri sendiri! Makin bertambah usia. Semoga aku terus bersyukur dengan  nikmat bahagia &  teguran leka derita dari Allah.  Tapi nak cakap sket.  Encik suami lupa lagi hari jadi aku. Hmm. Berapa kali lupa da ni... Nak merajuk ke tak?  Hmmm (sedih sebenarnya) Tapi abaikan jela. Jangan merajuk-rajuk tak bagus untuk emosi. Lupa hari jadi aku je, yang penting jangan lupa aku. Ecewah. 

Wordless Khamis.

Image

Persiapan Pentas Hari Raya Perdana

Image
Jam 12.15 malam, aku baru balik ni siapkan pentas untuk sambutan Hari Raya Perdana maktab.  Gigih sungguh tengah malam pun tak siap-siap lagi.  Tak larat nak cakap banyak, meh tengok persiapan yang baru separuh siap.  Oke ke tak? Hehe Buat secara berperingkat, ada banyakk lagi yang tak siap. Nantikan yang siap besok okeh.  Selamat malam! 

Bola jaring.

Image
Setiap petang ada latihan bola jaring.  Aku memang bukan kaki sukan. Tapi sebab untuk mewakili maktab, aku gagahkan diri. Membantu kawan-kawan & nama maktab. Penat weyh lagi-lagi dengan kerja kat sekolah yang macam-macam. (Siapa cikgu akan paham) Semput!  Tapi dah hari-hari training maka boleh laaa. Walaupun tak power mana pun. Jadik WD je.  Nak main jadi C tu memang tak mungkin. Tadi ada perlawanan persahabatan. Alhamdulillah menang. Tapi tak taula untuk sukan Mara Sarawak nanti menang ke tak sabtu ni.   Belanja sikit suasana petang tadi. 

Jatuh tangga

11.08 malam Aku TERjatuh tangga tadi masa nak turun ke maktab ada intervensi dengan student pukul 8.30 malam. Malang sungguh nasib. Sorang-sorang pulak tu.  Tetpeleot dan gedebuk jatuh macam nangka.  Aku salah step & tak perasan ada lubang  kat tangga tu.  Hmmm.  Kat tangga sorang-sorang, sambil terduduk aku kesat air mata dengan menahan kaki yang sakit amat. TERnangis. (ratu air mata sungguh) Bila dah stabil, aku bangun terus ke sekolah.  Sadisnya aku rasa.  Tapi apa yang aku nak simpulkan, kita perlu kuat untuk tempuh apa jua cabaran yang datang walaupun seorang diri.  Kalulah ditakdirkan aku patah kaki, mungkin aku masih gigih mengensot ke sekolah cari penyelamat.  Boleh macam tu?  Eh, tapi telefon kan ada? 

Merajuk

Image
07.50 pm Sepanjang hampir dua tahun kat sini, kerja di perantauan orang, belum pernah lagi aku betul-betul merajuk dengan kawan-kawan sendiri. Sebab aku pun tak kenan orang yang merajuk.  Tapi semalam datang ngade-ngade.  Ampunkan aku.  Kita ni kalau hidup tempat orang, mana boleh nak sesuka hati merajuk bagai. Mana mungkin ada yang nak datang melayan rajuk kita ni.  Tapi entah semalam aku sensitif betul.  Kawan serumah aku pergi open house tapi tertinggal aku.  Bukan sengaja pun. Aku sedar tu. Sebab line hp problem dek angin puting beliung. So tak dapat call aku, maka mereka membuat keputusan pergi tanpa aku.  Bila aku dapat call balik, tup tup dah kat sana. Hehe Sentap kejap.  Terus aku OK BYE & lapar sampai ke petang.  Mengada-ngada sungguh aku ni.  Rasa menyesal pulak. Hee

Nasik Lemak

01.17 pm Baru siap masak.  Masak 3 in 1. Untuk sarapan. Untuk lunch. &  Untuk dinner.  Senang sebab malas nak keluar. Masih belum ada transport. (Bila nak ada ni) Masak nasik lemak je pun. Sambal dengan telur mata je. Nasik letak santan & halia. Kosong habis nasik lemak aku masak nih. Tu je barang yang ada kat dapur. Bilis pun tak dek! Hadoi Tapi tak ada gambar. Lupa nak ambik.  Tapi macam sedap gak. Hehe

Perempuan memang begini - 2

... 07.54 malam ALKISAH SUAMI & ISTERI PJJ Dah bergayut selamat 10 minit & tak ada idea nak cakap apa.  Suami : Ok lah tak ada benda nak cakap. Saya ada kerja nak buat ni.  Isteri : Alaaaa nak cakap jugak.  Suami : Cakap la nak cakap apa.  Isteri : Tak ada idea nak cakap apa. Tapi nak cakap dengan awak. Suami : Dah-dah la tu.  Isteri : Tak peduli nak cakap jugak apa-apa pun.  Suami : Ok cakap lah.  Isteri : (senyap)  Suami : (senyap)  Isteri : Awk tak nak layan kan. Sampai hati awak.  Suami : Hmmm  Isteri : K bye ( letak telefon tiba-tiba sentap sendiri) Gaduh yang tak ada motif. Konon-konon nak manja.  Lepas tu mengharap si suami call pujuk balik. Tapi harapan tak ada. Haha  Kan? Perempuan memang begini. Hehe

Perempuan memang begini - 1

... Encik suami aku memang tak berkenan kalau aku tanya, rindu saya tak?  Nanti dia jawab, hmmm tak ada soalan lain ke?  Perempuan memang begini.  Walaupun dia dah pesan jangan tanya camtu banyak-banyak kali. Gila ke suami tak rindu isteri?  Sebab aku sebulan tanya berpuluh kali. Mau tak naik hangin?  Tapi degil gak nak tanya. Rindu ke dak? Ok.  Perempuan memang begini. Hehe

Kahwin dua ratus ribu.

Image
7.26 malam. Minggu lepas pergi kenduri ex-bos masa aku kerja kat Bukit Bintang.  Kenduri buat kat Resort Cyberjaya. Lupa lah resort tu nama apa.  Bila sembang-sembang habis 200 ribu untuk kenduri bos aku tu.  Fuyo!  Berganda-ganda dari majlis aku. Almaklumlah dapat kawen dengan Dato'. Terus bos aku tu dapat gelaran Datin.  Tahniah Datin Waty & Dato Azmi.  Aku lupa nak ambik gambar suasana majlis. Suka banget semua pun guna rose merah segar. Penuh satu dewan bunga rose gitu. Ala-ala anak PM. Eh?  Jum layan gambr syok sendiri.  Sebelum gambar-gambar ni terhilang dari memori henpon.  Balik kenduri, bawak bunga-bunga pengantin. Hehe. 

Kem siri.

Image
01.40 pagi - Padang Maktab Aku bertugas menjadi sentri sebenarnya ni. Sambil-sambil update. Syiok update camni.  Hmmm. Aku sejak zaman sekolah lagi memang bukan penggemar aktiviti bercamping nih.  Sekarang nak tak nak, aku kena jaga budak-budak bercamping.  Sampai aku pencen barangkali? Eh. Ada kisah seram sebenarnya. Hihi

Tak jumpa.

8.30 pagi Habis kelas duduk kejap layan hp dalam bilik guru ni.  Aku godek-godek blog list yang sepatutnya ada dalam blog Anita nih. Tak jumpa.  Kalau dalam laptop ada je aku tengok blog list tu terletak belah kanan. Tapi pakai apps blogger ni tak jumpa pulak. *garu-garu kepala* Kena godek habis-habisan ni.  Kalau tak susah aku nak blogwalking.  Hmmm.  Habis taip 8.34 am. Yeay aku taip post ni 4 minit je! 

29 Mei 2015

Image
Baru nak lena tapi kepala tiba-tiba rasa macam nak fikir.  Eh bila tarikh aku nikah hari tu?  Kenapa otak aku jem kejap ni. Berminit lamanya aku fikir bila tarikh aku jadi bini orang.  Baru dua bulan hoi jadi isteri orang! Kenapa aku lupa nih.  Terus aku taip kat sini!  29 Julai 2015! Padahal aku adalah insan yang hafal semua tarikh-tarikh yang entah pape. Tapi boleh terlupa kejap harini.  Bahaya aku nih. 

Post via handphone

Tangan tiba-tiba menekan 'app store' & mencari apps blogger. Terus sign in dan menulis entry ini. 😅 Menulis begini lebih indah barangkali. Menukar cara penulisan yang lebih santai & ringkas.  Sebab..  Bila diri ini sudah tidak meninggalkan nota di sini, aku rasa banyak sangat benda yang indah aku tak pahat. Sayangnya!  Alih-alih bukak hp asyik COC?  Macam mana nak hilangkan ketagihan COC  ni? *nangis*