Posts

Showing posts from October, 2015

Semoga maju jaya anak-anak PT3

Image
Assalamualaikum.  Aku tak taula nak panggil anak-anak, adik-adik atau pelajar-pelajar.  Sebab adik aku lagi kecik dari dorang ni. Baru darjah 6 adik aku yang bongsu.  Okeh takpelah, cuma nak ucap semoga hati mereka terusan peroleh ketenangan untuk jawab exam besok. Subjek pertama besok adalah subjek yang aku ajar.  Debar-debar lah hai jantung cikgu. Serius susah hati. T_T  Harap dapat faham & jawab ikut cara yang pernah dipelajari. Jawab ikut cara KBAT. Sebab sekarang ni soalan KBAT di mana-mana.  Baru kini memahami perasaan cikgu zaman sekolah duluuuu. Terus rindu!  Muka kelas terakhir pagi tadi. Selagi mampu ada ruang untuk curahan ilmu. Usaha dah sehabis baik.  Maka tawakkal je yang mampu.  Selamat maju jaya sekali lagi.  Cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu bagi. 

First time buat ayam penyet!

Image
Assalamualaikum.  Aku sebenarnya dah bertahun mengidam nak cuba masak ayam penyet. Akhirnya impian terlaksana. Nak kata sedap aku tak taulah. Tapi dari 5 bintang aku bagi 4 bintang setengah.  So, sedap la kan? Hihi Jenuh aku pagi petang google resepi & bukak you tube cari resepi sedap untuk ayam penyet.  Maka setelah penat lelah aku pilih resepi yang Sheila Rusly pernah share dekat FB dia. Sebab nampak lebih menarik & menggiurkan.  Bahan-bahan A perapan ayam (kisar) - Bawang besar - Bawang Merah - Bawang putih  - Kunyit hidup - Halia  Bahan B (diketuk)  - Serai - Lengkuas  Bahan C ( goreng tanpa minyak & tumbuk separuh lumat) - Jintan manis - Jintan putih  - Ketumbar - Buah pelaga Dah siap semua bahan A, B & C. Masukkan dalam air yang mendidih. Air tu agak-agak la ikut banyak ayam yang kita masak. Lepas tu siap-siap let ak garam, gula, pak aji, lada putih & santan. Nanti akan jadi macam ni.  Masak lebih kurang dalam 30 minit sampai pecah minyak. Garam dan serbuk per

Pisang Penyet

Image
Assalamualaikum.  Petang tadi sempat penyet-penyet pisang. First time aku dengar & buat.  Resepi baru belaja dari housemate orang sabah.  Asyik pisang cheese je. Bosan katanya.  So petang tadi kami pun buat pisang penyet goreng.  Sedap!!!!  Meh nak kongsi step. Pisang yang di pakai adalah pisang abu. Jangan ambik yang mentah sangat & jangan masak sangat. So pilih pisang yang baru nak masak sket.  Lepas tu kupas & goreng half cook.    Half cook.  Lepas tu angkat & tos pisang tu. Penyetkan dia. Ketuk la pakai pape yang boleh buat pisang ni penyet. Pastikan tak tebal & nipis sangat. Lenyek ala-ala camni. Tapi kawan aku kata salah lenyek. Kenapa jadi panjang? Patutnya melebar. Haha Dah lenyek tu goreng balik!  Sampai dah naik warna kuning & garing boleh angkat dan hidang.  Ini hasilnya. Hehe. Serius aku suka, sedap rasa rangup-rangup sedap gitu. Then manis sbb pisang abu kalau dah nak masak kan memang rasa manis.  Syarat dia kena makan dengan sambal belacan.  Sambal

Gambar jadi besar rupanya

  Sebenarnya kan.   Aku dah lama tak bukak belog aku ni pakai lappy.   Apa-apa je yang aku update, aku pakai apps blogger dalam handphone. Mudah dan cepat sebab sambil nak tidur pun boleh update.   Tapi kadang tak jugak update.   So aku akan cerita syok sendiri letak mana-mana gambar yang berkenan dalam hati. Tak pernah pulak terfikir kondisi yang sebenar kalau baca pakai laptop.   Aku terus tergelak besar.   Mak aiii. Besar gedabaq gambar-gambar aku. Tak tersusun lah pulak tu.   Nampak segala jururawat kat muka. Tak ada dah watermark kat gambar-gambar aku tuh. hmmm    

PT3 08 hari lagi

Rungsing.  Sungguh aku rungsing dan seram memikirkan students nak periksa 08 hari lagi.  Macam ni rupanya keadaan pabila mengajar kelas yang ada peperiksaan besar.  Barulah aku paham keadaan cikgu-cikgu aku dulu.  Betapa bimbang dorang rupanya.  Tapi anak-anak murid buat tak tau macam tak ada apa.  Hadoi la.  Semoga semua pelajar yang bakal menduduki PT3 akan berjaya.  Lagi-lagi subjek BM.  Amin. 

Percutian Kapit

Image
 Hai.  Lambat nak kongsi cerita. Tapi nak dipendekkan cerita aku ke Kapit cuti merdeka yang lepas.  Aku pergi bertiga. Aku, Encik Suami & kawan serumah aku Gwen Myra.  Ini gambar bertiga masa mula-mula sampai Kapit. Punyalah excited nampak tulisan Kapit tu. Padahal lepas tu banyakk je tulisan tu di mana-mana.  Haaa.  Tau tak KAPIT?  Aku rasa satu Malaysia kenal Kapit. Kaya dengan keindahan alam. Dekat majalah 3 pun ada cerita pasal Kapit nih.  Tapi sebenarnya aku pun belum tengok lagi yang Majalah 3 tu.  Lagi satu, memula plan ramai-ramai pergi. Tapi last-last tinggal kitorang je.  Eh panjang pulak cerita aku. Meh aku pendekkan sekali lagi.  Sabtu - 29 Ogos - Gerak dari rumah ( Mukah ) pukul 8 pagi. So terus naik kereta & parking di terminal feri Sibu. So far dua hari kitorang parking situ dalam RM18. Memula rasa macam tak selamat, takut tinggal. Tapi sebab parking berbayar so konfiden sikit.  Ambik feri ekspress pukul 12 tengah hari, sampai sana 3 jam perjalanan. So sampai dal

Perempuan memang begini - 4

Image
Apa kaitan selfie & perempuan memang begitu? Selfie? Memang sinonim dengan orang perempuan.  Tapi ada je perempuan yang tak gemar. Tapi bukan aku. Aku perempuan yang gemar. Hehe Perempuan jugak suka wefie dengan pasangan. Tak kira lah suami, tunang atau kekasih.  Bukan apa, cuma nak cakap aku pun macam tu.  Lagi-lagi dalam kereta. Orang sebelah sibuk memandu, kita sibuk nak bergambar berdua.  Kat kedai makan, sibuk nak bergambar jugak.  Nampak tempat cantik nak lagi bergambar sama.  Padahal tak ada apa yang special pun. Nak jugak selfie tak kira tempat.  Nanti encik suami akan cakap, dah-dah la tu. Kan ramai orang ni.  Alaa biarlah. Si perempuan bersungguh-sungguh nak jugak.  Err? Perempuan memang begini? Contoh- contoh paksaan wefie. Berjuta lagi koleksi. Kalau bagi semua nanti pitam pulak nak layan gamba aku.  Semua pun aku yang ajak bergamba.  Perempuan memang begini? Haha

Hai Oktober

Image
Kejapnya masa berlalu.  Sibuk ke sana. Sibuk ke sini. Tengok-tengok dah masuk Oktober.  Rasa macam baru je sambut tahun baru. Dah nak sampai ke penghujung.  Banyak lagi perkara yang tak terlaksana dengan hebat yang berlaku tahun ni.  Banyak kerja yang aku hasilkan hingga kini, aku rasa aku mampu lebih dari itu.  Hai lah badan.  Aku pun tak tau kenapa aku post gambar sayur nih? Hehe