Posts

Showing posts from March, 2010

Malam tradisi sastera rakyat 25 (mtsr)

Image
Malam tradisi sastera rakyat! Subjek Kesusasteraan Rakyat kelas Puan Hajah Halimah. Esaimen tau ni bernilai 40 makah! aku tah dapat berapa la agaknye.. Teater Legenda Gunung Santubong. Tarikh 20 Mac 2010 Tempat Panggung Percubaan UPM (Maap lah ye aku x sempat pun nak promote panggil korang dtg! Dah lepas pung) Ok mari dengar ye semua orang kampung, kot2 la kan ada orang kampung aku yang terbaca blog aku ni kan. (Kampung Kebun Baru..perak!) ;P Hanya sebab mtsr inilah, aku sangat x enjoy sem ini. Balik kampun pun apatah lagi.. Tiap sabtu ahad je ade training teater, aku bukanlah pegang watak yang utama pun jadi puteri ke ape. Penari keberett aje, hehe. Tapi hasilnya aku agak puas setelah berbulan-bulan training! Ha macam kat bawah ni ha, mana aku? aku yang main lompat buluh tu, apa macam? terel x? Orang tengok macam susah kan, tapi bila dah latih hari2 senang je! Jom main dengan aku. Aku dah terel! haha Tarian buluh ni sebenarnya tarian babak yang akhir, banyak lagi tarian lain. Tapi aku

TERlupa?

Salam tengahari! sebab jam sekarang ngam-ngam plak aku tengok pukul 12pm. Okeh, aku rasa macam dah lama pulak tak berkongsi kasih kat sini. Bukan xnak! tapi aku lupa email aku nak log ini dekat blog ni. Adooiih! Apekah malang orang macam aku banyak makan semut dalam gula. Hahaha! Aku dah beberapa hari try and error, finally berjaya. Lega aku rasa, banyak sangat buat email sampai bersepah-sepah dan sekarang menyusahkan aku. Mungkin kejap je lagi aku akan post cerita secara marathon! wohhoo.. Banyak cerita2 yang menarik la kot aku rasa nak kongsi kat sini. Tapi cukuplah benda ni je aku nak cerita. Aku nak mandi laaa.. Belom lagi mandi pagi untuk hari ini.. ;) sebelum lupa: Nanti ingatkan aku nak upload pic tarian!

Honda hebat!

Yerp! Aku punya Honda yang aku paling sayang. Aku bawak 28hb12 aritu masa mula-mula masuk daftar. Tadi masa aku parking je nak masuk kelas, tiba-tiba aku teringat sesuatu yang sangat penting. Macam mana sebelum ni aku tak pernah nak fikir. Hari ni dah 11hb 3! Aduhai, memang jahanam la jawabnya honda cayang aku nih. Dah nak tiga bulan dah aku TAK TUKAR MINYAK HITAM! TAK BASUH! Maap ye honda ex5. Esok aku hantar ko service ye. Esok jugak aku bersihkan baju kau.. ;p Jahat betul tuan punya honda ni, sangat sibuk.. Sebelum lupa:Gaya aku macam x sayang pun kan? ishk..

Mata hati

Image
Topik ini yang tak istimewa mungkin bagi kamu semua, tapi aku suka nak kongsi. ;) Eh PEMBETULAN! Bukan mata hati yang bermaksud 'kekasih' tau. Tapi apa yang aku nak bicarakan hari ini mengenai satu pepatah yang aku suka dan aku terapkan dalm diri aku sendiri iaitu : "TUKARKAN MATA DENGAN PANDANGAN..." Setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri dalam menilai diri orang lain, apatah lagi mengenai diri sendiri. Kadang-kala secara tidak sedar kita juga salah menilai diri kita, walaupun pintu mata hati itu kita bukak dan tutup setiap hari mengikut kemahuan diri kita. Tak perlu untuk aku rungkai secara panjang lebar, cuma gunakan fikiran kita untuk memahami mata pandangan itu sendiri yang aku kira terselit pelbagai makna yang tersirat dan tidak mudah untuk dilihat secara tersurat. Sebelum lupa: Lapar TERamat! tp malas mahu makan.. ;p Mata aku x comel.

Aku yang keji atau si dia?

Jam 8.12mlm - lepas solat maghrib jam 8 malam tadi, gred apakah agaknya yang diberi untuk solat yang aku tunaikan tadi. Mungkinkah D? atau sudah gagal. Astagfirlahalazim.. ;| Meneruskan agenda BICARA yang aku mahu kongsikan bersama kamu. Masih lagi perkara yang berkisarkan di dalam kelas. Subjek novel melayu (BBK 3307) Sungguh aku pun langsung tak menyangka perkara yang hampeh macam ni nak berlaku tapi aku nak cerita buat kamu-kamu semua. Ermm.. dalam nada berfikir sekarang ini bagaimana corak penceritaan yang aku mahu berikan. Begini: Aku bersama my girl Syikin telah diamanahkan untuk membentangkan slide tugasan yang dah kitorang siapkan. Ok, kami datang awal dan menjadi pembentang yang pertama. Semangat tu.. Hehe. Aku cuma tukang tekan je ponn.. Haha.. Ok, Syikin membentangkan dengan lancar dan baik dan mungkin caranya agak skema. Ok, aku tak kisah pun la kalau dia baca slide tu lambat. Tapi ade minah sengal unta ni tak makan ubat gila kot sebelum pegi kelas boleh pulak dia cakap

Teguran berunsurkan nasihat

Situasi sekarang: -My girl Ana sudah melangkah ke kelas. Tapi dia tak mandi sebab tak ada air, haha. ;D -Aku jugak lepas makan nasik lauk telur masak sambal dan sayur kobis. Total rm3. Burrrbb! Sangat kenyang tapi aku tak mahu tidur, sebab ada kelas sebentar lagi jam empat petang. Bicara aku sebenarnya hanya mengimbas kembali keadaan di dalam kelas tadi 10pg-12 tgri. Pensyarah yang sangat baik, banyak cerita tapi kami semua perlu menyalin nota dan beliau tidak akan sesekali memberi nota secara percuma. Amik! Padan muka kami. Itu menyebabkan kami sangat rajin dan tidak ponteng kelas beliau. Alkisahnya yang membuatkan aku berkira-kira dan berfikir-fikir untuk dikongsikan bersama adalah dengan cara beliau menegur salah seorang classmate aku. Secara tidak sengaja, pembelajaran yang diajar berkaitan dengan unsur yang melibatkan aurat perempuan itu sendiri. Maka dengan terang beliau menegaskan bagaimana kami ini sebagai perempuan dan wanita haruslah tahu akan batas dan cara menutup aurat it

Perlu atau tidak?

Jam 9.35 mlm Hujan lebat Sambil mendengar lagu ' Biarlah rahsia' oleh Siti Nurhaliza. (membuatkan aku jadi sangat syahdu) Ha, dah mula dah aku nak jiwang balik. Maaf ye ;) Sebenarnya aku cuma keliru dengan blog aku yang satu ni ha, keliru macam mana aku nak ceriakan blog aku ni. Perlu atau tidak aku nak letak pelbagai widget yang comel-comel tu. Aku macam teringin nak letak chat box sebab boleh sembang-sembang, ngorat-ngorat, letak lagu jiwang karat, letak banyak-banyak muka aku yang separuh comel ni. Haha.. Macam blog aku yang sebelum ini. Siapa yang pernah baca blog aku sebelum ni, tahu la macam mana kiut miut kan? Tapi bila aku pertimbangkan, AKU TAK LETAK. Ok? Ok sudah muktamad dan tidak perlu pertimbangkan lagi. Aku sedang bersabar sebenarnya, walaupun kesabarkanku senipis kulit kerang! Relevan mengapa aku tidak masukkan semua alah tu, aku perlu menjaga kualiti blog aku ni. Eh sekali lagi aku mula perasan, buat apa lah kau nak jaga sangat kualiti, bukan ada sapa yang nak t

Kedua

-Jam : 158 pm -Not feeling fresh! -Penat dan mengantuk! Apa sebenarnya motif di atas? Sila rungkaikan mengikut kesesuaian masa dan situasi! PENAT.. PENAT.. PENAT... maksud yang tersurat mestilah penat! ok tak apa, aku masih perlu bersabar dalam menghitung hari 20 Mac 2010.. Really can`t wait! MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT (MTSR) sebelum lupa: Ya.. Kau memang buat hidup aku sangat tak keruan. Moga cepat-cepat berakhir sem empat.

Pertama!

Salam perpaduan all readers... Sekali lagi melangkah ke alam maya bersama aku! Sekali lagi aku bersemangat berkongsi idea dan pengalaman barangkali? berkongsi kasih sayang pun ok? yeay! =) aku mmg sangat-sangat bersemangat ketika ini.. sangat suka pun ya! tp tak boleh suka2 sangat.. ok-ok aku mulakan bicara yang pertama, buat pengetahuan kamu kamu kamu semua.. ini merupakan blog aku yg KE TIGA! yeehha. ketiga? rasa pelik tak? mesti tak kan..ishk3 ikut suka pandangan anda.. 1st blog storiakudiadankamu.blogspot Sangat-sangat banyak kisah lampau, banyak kisah jiwa-jiwa je, skandal pun ada? haii, mmg xpatut lah aku ni, ada pakwe tapi cerita pasal skandal plak. Lepas tu ada plak cerita pasal sakit-sakit hati la.. Ada pasal kawan-kawan la, lepas tu banyak pasal cerita kesosialan mengenai aku. Sangat tak wajar aku kongsi bila aku fikir-fikir balik skrg ni, then blog ni jugak ada dapat tentangan dan kutukan yang tak membina. Sedih! Maka, aku pun bosan! nangis beb... Kamu semua tak nangis ye ca