Posts

Showing posts from July, 2011

Hari 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

Image
Assalamualaikum. Aku bukanlah pengganas untuk gaduh teruk bertumbuk bagai. Tapi aku rasa menyesal akan satu pergaduhan yang tidak disengajakan antara aku dengan adik aku. Setahun yang lalu. Pergaduhan yang aku rasakan sangat teruk dan tak matang dalam usia aku dewasa begini. Ye! Rasa yang menyesal amat-amat. Maafkan kakakmu ini wahai adikku sayang. Tidak perlulah aku menyatakan pergaduhan berpunca dari apa, cumanya perselisihan faham dan pendapat mengakibatkan kitorang sama-sama naik berang dan naik hantu. Jugak atas ketidak sabaran aku, aku telah melayangkan penampar siam kat pipi gebu si adik. Tapi dia langsung tak melawan. Hurm. Dan aku mendapat tahu juga dari satu pihak, bahawa adik aku sangat kecewa atas tindakan aku yang sangat kasar pada dia apatah lagi naik tangan. (menyesal gila) Sebenarnya kami sangat rapat dan berkongsi apa jua cerita, namun setelah kejadian itu kami seakan menjarakkan diri dan tidak peduli sesama sendiri. Aku yang sememangnya puteri air mata, beralih arah

Suasana rumah baru...

Image
Salam. Aku dah hampir seminggu duduk rumah baru. Tanpa tv. Tanpa kipas. Tanpa dapur. Tanpa peti ais. Tanpa almari. Tanpa toto. Tanpa mesin basuh. Dipendekkan cerita tanpa semuanya.. Yang ada hanya seterika! Nyawa untuk aku bekerja dengan selesa. Dan cerek elektrik untuk minum dan makan megi setiap malam. Baju-baju dan aksesori aku hanya susun di tepi dinding. Tudung-tudung aku hanya ikat di langsir tingkap. Setiap malam keadaan sangat sunyi sepi, rutin setiap malam aku ulang baca novel-novel lama ditemani bacaan yassin yang dialunkan oleh hp ku untuk menghindarkan rasa seram. Walaupun begitu keadaan sangat tenang dan aku sukakannya. Dan malam tadi... “Tuk tuk tuk..ketukan di pintu bilik.” Aku pandang sepi pintu tu. (aku baring di ruang tamu) Aku meneruskan bacaan novel dan aku terdengar lagi; “Tuk tuk tuk...” ketukan itu lagi. (siapa yang nak ketuk pintu bilik dalam rumah? aku dalam rumah sorang-sorang je...) Ah sudah! Aku akan seram lagi sepanjang hidup.... T_T bunyi apakah itu aku ma

Hari 7 - tiga perangai baik anda

Image
Assalamualaikum. Tiga perangai baik? Satu: tak tahu. Dua: tidak pasti Tiga: tidak tahu lagi. Pabila aku fikir-fikir, macam dah tak ada perangai baik kat aku ni. Aku tak tau apa yang baik pada aku, sebab kebaikan kita kan orang lain yang nilai. Nanti aku cakap aku baik camni, barangkali ada insan lain di luar sana yang tidak mengakuinya. Tapi sukar sebenarnya mahu menilai diri sendiri? Apatah lagi menilai orang lain. Tapi aku merasakan, aku seseorang yang mudah memaafi walaupun telah disakiti. Juga tidak kedekut dalam perihal keewangan. Bergantung pada situasi kewangan lah jugak. Tiga, aku suka menyapu.hihi Empat, Mampu menjadi pendengar yang setia, disebabkan itulah aku rasa aku punya banyak sahabat baik. Tapi belum tentu orang lain mampu dengar aku punya cakap. Lima? Anda tentukan sendiri. :D (dah lebih tiga dah) *sebenarnya tak ada idea untuk menyatakan kebaikan diri sendiri. Aku pun kurang pasti dengan kebaikan aku ni. Baik ke?

Perihal jeles, terjeles, dan menjeles.

Image
Salam. Sebelum aku cakap banyak, aku mintak maaf pada seorang gadis yang aku kenal pasti baru-baru ini. Kalau kau rasa jeles dengan aku, apalah motif ko add FB aku. Aku jarang untuk approved orang yang aku langsung tak kenal. Tapi disebabkan aku kenal ko sebagai gf kawan baik aku. Maka aku approved ko dengan hati terbuka. Aku tau sebab ko add aku, ko nak tengok gambar boifren ko kan. Nak cek sama ada boifren ko tu ada amik gambar dengan aku ke tak. Ye. Sebelum ni aku memang dah private gambar-gambar tu, tapi disebabkan aku tau niat jahat ko tu. Maka aku bukak untuk tatapan ko sahaja. HAHA. Jahat gila aku! kau jahat, maka aku pun jahat. ;p (ini tak patut, sepatutnya kalau orang buat jahat kat kita, kita kena berbaik-baik sahaja.) Buat pengetahuan ko, aku tak ada niat pun nak sakitkan hati ko. Tapi disebabkan atas kejelesan kau tu, habis muka-muka aku di FB bf ko, muka aku di FB kawan-kawan bf ko pun kau suruh padam. Wth?? Habislah tak gelamor aku lepas ni. Ishk3 Aduhai. Cik abang awak j

Hari 6 - tiga perangai buruk anda

Image
Assalamualaikum :) Perangai buruk aku? satu: MALAS lipat kain.maka otomatik dua: Tak pandai susun baju. Dan; tiga: Kuat lah haiiiii menangis! Yang part menangis tu aku paling menyampah. Tapi aku sukar nak bendung. Ada tips tak bagaimana untuk mengawal air terjun jatuh dari kelopak mata? Pasal yang kain tu, Mak aku selalu cakap “Pandai je bergaya tukar-tukar baju, tapi lipat kain tak pandai”. Ampun mak...memang tak pandai. Upsss.. memang jatuh saham aku sebab berterus terang kelemahan yang ini. Aku dah cuba sedaya upaya untuk lipat kemas-kemas, tapi kain tu tetap nak senget jugak. :D Jadi untuk mengelakkan kain aku nampak serabut, maka aku gantung je semua baju-baju aku. Ha teringat roomate aku dulu, memang aku tabik spring dengan dia kalau lipat kain. Mahu terhiris jari kalau terkena bucu baju dia. Oke done* Mintak 3 je kan? Kang kalau aku bagitau lebih-lebih habis lah jatuh saham aku. :D eh tapi macam nak cakap jugak yang aku ni boros dan kuat makan.

Hari 5 - status anda ? relationship anda?

Image
Kenapalah ada pertanyaan begini. Oke-oke! Status? Yeah COMPLICATED! a.k.a single ;) Malas ah nak cerita panjang lebar. Aku tau ada seseorang yang menanti dan kau tak jemu mencari aku 8x sehari (sebab aku kira). Cuma, aku MALAS.MALAS.MALAS. nak bagi harapan pada mana-mana lelaki sebab aku takut akan dikecewakan lagi! Penat lah. Bukanlah nak salahkan lelaki, tapi aku pun salah jugak. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan? Jadi sama-sama salah. Terpulang juga pada dia kalau nak salahkan aku. Redha jelah. Selagi aku belum bersedia untuk kahwin, maka aku malas nak carik sesiapa yang serius! Dats why aku kawan je dengan semua sorang. Kalau ko rasa nak perasan, perasan lah. Aku tak cakap i love you kan kat ko? Ko je sesorang cakap love u kat aku. Kejam kan aku. Risau sebenarnya dengan hukum karma sebab aku buat orang lain macam tu. Then aku pun akan kena dengan orang lain jugak. Tak mustahil kan? Dah terkena jugak ekceli. Tapi malas ah nak fikir. Abaikan. Sekarang ni, biar aku syok sendiri

Hari 4- Benda yang anda buat bila sorang-sorang?

Image
Assalamualaikum. Aku rasa macam tak pasti apa yang aku buat bila sorang-sorang. Tapi kalau dah bosan keseorangan biasanya aku akan tidur lah. Then layan tengok tv, tak pun layan baca novel. Online? Benda yang aku rasa semua orang buat. Sama je. Tapi kalau ada duit lebih, aku akan pergi tengok wayang walaupun sorang-sorang. Pergi makan sedap-sedap. Itu dulu, sekarang dah kerja rasa penat je badan. Ah. Jawapan yang utama ialah TIDUR! Tidur memang syok. Oke. Tidur. Aku kunci jawapan ini. T I D U R!

Kematian itu pasti.

Image
Ajal itu akan datang menjemput kita pada bila-bila masa saja. Ini peringatan untuk aku, juga untuk sahabat-sahabat yang lain. *** Isnin pagi aku datang kerja, aku mesti belek-belek FB tengok mana-mana info yang penting. Then terbaca satu status yang sangat mengejutkan, pabila sahabat lama kembali ke rahmatullah tanpa diduga. Alfatihah buat Nurul Syahidah Azman, sahabat yang sangat baik, cantik, lemah lembut dan penyabar! Arwah Syaz ;( (Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Amin.) Aku langsung tak dapat info dari kawan-kawanku yang lain akan perkhabaran pemergian beliau, mungkin disebabkan aku sering bertukar nombor. Juga mengejutkan bahawa selama ni beliau menghidapi penyakit kanser paru-paru. Dan tiada sahabat handai yang mengetahuinya. Baru je bulan lepas aku tengok picca-picca arwah pergi Umrah, kelihatan sihat dan tiada apa-apa masalah. Terasa seperti kepala dihempap batu dan pulih dari hilang ingatan, kerana aku berasa sangat leka dengan kehidupan. Aku

Wordless Wednesday...

Image
Salam hari Rabu... * grrr * (o_O)

Wordless Friday ;)

Image
Salam Hari Jumaat :) Perempuan itu umpama p e t a n i. kredit manakala... Lelaki itu umpama p e m b u r u. kredit *sila fikirkan dan kaitkan dengan persekitaran hidup anda. Kerana ia penuh dengan kebenaran.

Perihal Baju Raya! :)

Image
Salam. Soalan aku, korang dah beli baju raya? Mesti dah la tuuuu... :D Aku belum. Maka tahun ni baju raya dah tak suruh mak jahit sendiri, sebab dah kerja lah konon. Tak mau nyusahkan mak, then aku nak pergi beli sendiri. Beli yang dah siap saja. Senang dan cepat! Sebab kalau nak tempah pun, tukang jahit pun dah tak nak ambik. Baju raya aku tahun ni tema kaler oren. Aku belum pernah beraya sepanjang hidup dengan baju oren yang terang benderang. Tapi tahun ni aku nak! Nak yang macam ini!!! ( sumber ) Aku dah hampir menangis pagi ini sebab tergoda dengan baju yang seperti di atas. Jugak menangis bila tengok harga dia. Syahdu gila! Over sangat ke tak ye? aku perlu cari baju yang mengancam macam ni ekceli, sebab aku nak pakai baju ni untuk kakak aku kahwin akhir tahun ni. Jadi jimatlah kat situ nanti tak payah modal lagi beli baju. (bukanlah minat kaler oren sebenarnya) Bila dah ada baju yang cantik, maka kasut cantik pun harus ada. Aku tak tahulah kenapa aku ni gila kasut, sampaikan fami

Wordless Wednesday: P058 V-Square

Image
Salam hari Rabu :) kredit: SINI Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2 description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan :) sumber: WW

hari 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tidur

Image
Baring! Benda wajib kan? Kalau tak baring macam mana lah nak tidurrrr..kroh kroohh krohh. (berdengkuq) Selalu aku buat sebelum tidur? Biasanya aku akan memuhasabah diri aku masa baring-baring melayan mata yang kuyup. Aku akan pikir dan pikir dan pikir lagi apa yang aku cakapkan pada orang waktu siang hari. Kadang waktu-waktu sebelum tidur lah aku rasa menyesal pada perkara-perkara yang mungkin aku tersalah cakap. Dan biasanya kalau aku rasa aku ada buat salah, aku cuba takkan ulang apa yang aku salah buat tu. Tapi kekadang buat jugak salah lagi. Hish. Jugak benda wajib aku buat sebelum tidur cek mesej inbox. Reply mana-mana text yang aku tak sempat nak reply di siang hari. Then buang semua mesej! Juga aku akan call mana-mana orang yang aku rasa nak call. Tapi sekarang dah tak call orang sangat dah. Malas. Jimat pun ye sebenarnya. Sekarang topap rm 5 seminggu pun susah nak habis. Sebab aku sedang batak dengan fon opis ;P Agak-agak boleh kantoi x bil banyak? hehe Jugak aku wajib mencari

Ikhlaskan hatiku untuk bekerja Ya Allah...

Image
Salam. Di pagi isnin aku dah mengeluarkan status untuk memotivasikan diri di FB. Dan secara tiba-tiba aku teringat akan kata-kata kak reen a.k.a puan stoberi yang pernah menyatakan selamat datang ke alam pekerjaan dan dugaan kerja yang macam-macam tempoh hari. Ya. Pagi ni sebenarnya aku dah terasa down ya amat-amat. Hari ni genap 3 minggu aku kerja kat sini. Tapi aku terasa seolah-olah terkial-kial nak menyiapkan apa yang perlu disiapkan. Juga sebab aku rasa report yang aku hantar ke opis KL minggu lepas sangat banyak salah dan menyusahkan ramai pihak. Termasuk bos dan leader aku sendiri. (dah berpuluh kali aku cek, tetap ada jugak salah) T_T Walaupun bos dan leader aku tak pernah memarahi aku, tetapi aku sedar akan perubahan air muka leader aku yang sangat keruh dan tak nak senyum pada aku pagi tadi. Sedangkan hari-hari biasa dia pemurah senyuman. Maka aku berpikiran positif bahawa beliau tidak sihat. Tapi. Aku juga sangat terasa hati pabila kerja yang aku buat dibanding bezakan deng

hari 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

Image
Salam. Cloudy with a Chance of Meatballs! (movie kartun) Dah pernah tengok tak? kalau dah, korang rasa best ke tak eh? Ada jugak orang yang cakap cerita ni kureng besh. Tapi bagi aku best sebab sepanjang aku tengok rasa enjoy dan bergelak-gelak sakan dengan girlffen-girlfren aku. Masa tengok movie ni, kitorang je yang gelak bagai nak naik gila. Comfirm semua orang meluat dengan kitorang. Lokasi wajib masa study dan tengok wayang ialah The Mines. Seminggu sekali memang wajib jejak Mines sebab naik bas free! :) Oke. Sekarang aku rasa rindu pada Mines yang selalu buat duit aku habis. Grrr. kekasih pertama Cik Dila. (single) ;p kekasih kedua Cik Ana :) *gambar taken lepas tengok wayang cerita yang dinyatakan di atas. rindu korang!!! Lama dah aku tak layan tengok wayang, last cerita Nur Kasih The Movie tu je. Kalau ada sesiapa yang tak ada teman ke, mehla ajak aku! :D

hari 1 - lagu yang anda dengar hari ini

Image
Salam hari Jumaat. Aku rasa sangat tenang dan damai hari ni. Mungkin aura hari Jumaat yang berkat! :) Tentang lagu yang aku dengar hari ni? Aku rasa lagu ni bukan hari ni je aku dengar. Tiap hari aku masuk opis mesti aku pasang kalau bos tak ada. Mungkin dalam sehari sepuluh kali aku dengar. Nak tidur malam pun aku dengar. Tak rasa jemu lagi. Kang kalau dah bosan aku dengar lagu lain la kot. Ekceli aku tak pernah beriya-iya nak hafal ke apa, tapi mebi aku dah dengar je berhari-hari maka otomatik aku ingat lirik dia dari A sampai Z. Satu lagi, aku suka dengar lagu ni sebab lirik dia yang syahdu. Sangat-sangat memuhasabah diri aku. *** For the Rest Of My Life I praise Allah for sending me you my love You found me home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along OOOOO And theres a couple words I want to say For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by

30 hari cabaran

Image
Salam... senarai cabaran : hari 1 - lagu yang anda dengar hari ini hari 2 - movie yang paling best pernah anda tonton hari 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido hari 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang hari 5 - status anda ? relationship anda? hari 6 - tiga perangai burok anda hari 7 - tiga perangai baek anda hari 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami hari 9 - perasaan anda hari ni hari 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku? hari 11 - gadjet yang anda ada hari 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda hari 13 - apa yang ada dalam beg duit anda hari 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini hari 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu? hari 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka hari 17 - gambar bilik idaman anda hari 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri hari 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda hari 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi? hari 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah har

Wordless Wednesday: Black & White

Image
Salam hari rabu... Wajib berhitam dan putih beramai-ramai di dalam opis hari ini. :) *ikut je arahan kakak-kakak opis ni. malas nak banyak cakap.memang dah budaya kerja sini kot.kang kalau tak ikut tema jadi bahan gosippsss pulak. upsss! gosip tu memang takkan tak ada kan? :D

Minum-minum petang yang haram. grrr

Image
Bos belanja minum. Yeay! Ye. Memang best. Tapi aku sedikit muyskil nak best. Aku hepi je bila bos nak belikan air minum. Berhari-hari aku minum. Aku pikir mesti dia beli kat kedai mamak. Tapi tadi ni, aku terpikir. Eh kat mana dia beli air sebenarnya? Then aku bertanya: “Mana beli?” Dia pun jawab, “kedai C*** simpang sana”. Gulp. (aku telan air liur) “Eh. Boleh ke saya minum ni?” Aku bertanya lagi. “Boleh ma. Ramai orang M***** minum sana.” Ok aku dah rasa lega masa dengar dia cakap camtu. TAPI... boleh pulak dia cakap: “Apa mahu kisah, zaman sudah berubah ma. Orang M***** zaman sekarang ramai sudah makan b**i ma dalam itu kedai. Sedap ma...” Wth!? Aku jawab, “ mana boleh itu macam tokey”. Then aku sengih-sengih dan belah masuk opis. T_T Ikutkan aku, aku nak pulang je air minum tu. Tapi aku kena hormat sebab dia bos aku. *kejap lagi pukul 5 otw balik, aku buanglah air tu tepi jalan...hurm. Aku rasa air tu masa haram hukum dia, sebab kedai C*** tu kan jual ba alip ba ya. Komferm la beka