Posts

Showing posts from February, 2012

Berehat mencoret seketika. :)

Assalamualaikum. Ramai sebenarnya yang sudah bertanya kenapa tiada coretan baru. Dan tidak kurang juga ada yang menyuruh aku mencoret apa-apa saja cerita. Maaf kepada peminat setia yang singgah di belog ini. Buat pengetahuan kalian, belog ini akan berehat seketika. Mungkin dalam masa sebulan ini tiada coretan yang akan hadir. Mungkin juga sehingga dua bulan. Tetapi itu tidak berani aku nak janji 100%, kot lepas ni tetiba rindu nak update. Ada lah dia. hee. Dalam masa yang sama, sekiranya aku punyai kelapangan masa yang banyak. Akan ku singgahi belog kalian. Doakan daku dalam kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan! InsyaAllah. Ouh sebelum lupa, aku sudah punyai rumah baru di Batu Caves. Betul-betul dekat area kuil Batu Caves tu. Kalau sesiapa ada tau Petronas Batu Caves, rumahku ada di situ. Yeeha. Kot ada yang nak keluar minum-minum dengan aku. Jummmmm. Ikhlas, Anita.

Nak tanya...

Assalamualaikum. Cuma nak tanya, kalau masak asam pedas kan. Sedap guna air asam jawa atau asam keping eh? Ke boleh kalau nak guna dua-dua sekali? Sekian itu sahaja pertanyaan daku. ;P Ikhlas, Anita

Special day untuk Cik Ana tersayang!

Image
Assalamualaikum. Entry istimewa ni khas untuk Cik Norhana bt. Mahat sempena hari istimewa beliau. Selamat Hari Lahir yang ke 25! Wah. Sebelum pergi jauh, meh aku nak bagi special gift kat ko. Special cake of the year for ur birthday yang ke 25 ni. Cantik tak? muahaha. Dah tak ada dah nak bagi kek terkejut-kejut tengah malam. Tunggu kot-kot lepas ni sebilik ke. Kan? Ye kok ye kalau ada rezeki. InsyaAllah. kredit here. (potong ye, pastu suap sendiri) Bila lagi nak melangsungkan majlis? Soalan aku yang sangat tidak digemari ramai dan juga tidak digemari oleh cik Ana ini juga. Aku memahami perasaan itu. Sebab seangkatan dengan beliau. Tapi aku sahabat baik tak apa tanya camtu,jangan orang lain yang tak ada kena mengena. :P Aku harap ko panjang umur, murah rezeki dan perhubungan persahabatan kita kekal dunia akhirat InsyaAllah. Juga dipermudahkan urusan kerja kita dalam apa jua bidang. Juga jangan selalu gaduh-gaduh dengan Encik Cinta tuh. Jangan juga kuat jeles-jeles. Cool bebeh. :D Masa

Merendah diri itu perlu pada tempatnya.

Assalamualaikum. Ada yang tegur aku, kenapa tak update belog? Tak ada cerita baru pun? Eh ada yang setia nak baca rupanya. Terharu aku nih sambil lap-lap air mata dan hingus. Tak ada idea yang super duper nak cerita buat korang baca happy nak baca. Tapi ada benda yang kliser aku nak cerita. Situasi 1 : “ Yelah.. siapalah aku ni. Belajar pun tak pandai.” Situasi 2 : ”Aku sedar orang macam aku ni, tak layak pun nak berkawan dengan ko...” Situasi 3 : “Kau ada masa depan yang cerah, tak sepadan pun dengan aku kan?” Terlebih dahulu aku rasa, aku nak minta maaf sangat-sangat pada apa yang akan aku cakap kan kat atas nih. Mungkin akan ada yang terasa dan mungkin tidak sama sekali. Tapi, bagi aku merendah diri yang di tahap dewa terendah itu sangat tidak wajar. Tapi tak juga kita wajar untuk meninggi diri? Paham tak? Tengok pada situasi yang bagaimana lah. Siapa pun kita, setahap tinggi mana or rendah mana pun pelajaran kita, kita tetap manusia dan makhluk ciptaan Allah. Sejujurnya, kalau set

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum. Kembali dengan hari rabu & entry yang ringkas dan bermakna. :) ^_^ *serius aku tersenyum dan tersentuh! ouch. :) Ikhlas; Anita.

Salam Maulidur Rasul :)

Image
Assalamualaikum. Singgah sebentar untuk mengucapkan... kredit sini ikhlas; ANita.

Perihal bekas Rumah Sewa yang Tersayang

Image
Assalamualaikum. Aku dalam mood yang meroyan sekarang ni bila memikirkan keadaan rumah sewa lama aku. Ada benda yang aku nak kongsi pada korang. Dah hilang langsung dah sedih tinggalkan rumah sewa. Alkisahnya... Aku dah keluar dari rumah sewa since nak 2 weeks, tapi barang-barang memang banyak yang aku tinggal. Memandangkan aku dah bayar duit sewa untuk next month, then ada jugak duit deposit rumah tu. Maka aku sangat lah selamba badak tinggalkan barang dalam rumah tu yang kononnya aku rasa selamat. Aku tinggalkan rumah tu dengan bilik yang berkunci. Memang aku nak ambik barang dalam minggu ni sebenarnya. Tup-tup dapat satu mesej dari akak serumah tu. (akak bilik sebelah). Mesej yang bertanya pada aku bila nak ambil barang? Jugak menyuruh aku ambik barang dalam kadar yang sangat segera kononnya ada orang lain nak masuk. Mesej yang banyaklah tanda seru dia!!!! Apa maksudnya? Tanda marah ke apa? Memula tu aku rasa cam positif je. Sebab akak aku ada cakap, jangan nilai maksud orang hanya

Contest Blog Paling Kemas

Image
Assalamualaikum. here :) * Merajinkan diri join contest comel-comel camni. Jum join jum kalau kalian rasa belog korang kemas. Aku rasa belog aku ni kemas lah jugak sikit-sikit. keh keh keh. ;P Ikhlas; Anita.

Sahabat baik bertunang. Tahniah Zan! ;)

Image
Assalamualaikum. (mulakan entry dengan gambar yang berkaitan denagn topik utama perbincangan) :D Alkisahnya... TAHNIAH pada sahabat baikku cik Ruzana yang sudah menjadi tunangan pada pilihan hatinya Tuan Ubai yang kacak lagi bergaya. Yehhu. Aku tumpang gembira pabila sahabat baik selamat menjadi tunangan orang. Sahabat baik yang ku kenal dari tingkatan 1 lagi. Mengingatkan kisah zaman hingusan, nak tergelak sorang pun ada. Dengan beliau ini juga, zaman sekolah menjadi sejarah yang masam-masam manis. Dan satu kisah yang aku sangat tak boleh lupa is, entah macam mana kami beramai-ramai nak mewarnakan rambut. Maka dengan riang hati gembira, berwarna-warna macam minah saleha kononnya. The prob is, warnakan rambut dekat asrama. (pengaruh rakan sebaya) :P Bila sekolah buat sport check, habis dengan rakus rambut kitorang digunting-gunting dengan buruknya! Masa tu menangis-nangis lah kami. Tapi sekarang ni bila teringat, alahai budusnya! Hihi. Sangat memberikan pengajaran jangka masa panjang o

WW: Asmidar - Biar Sampai Ke Bintang

Image
Assalamualaikum... Kita layan lagu Asmidar ni dulu eh di hari Rabu yang indah ni. Mula-mula dengar cam tak besh, tapi banyak kali dengar best pulak. Banyak perkara yang nak dikongsi sebenarnya, maybe after petang ni baru ada masa untuk BW lama-lama, dan update belog. Sibuk mengalahkan perdana menteri aku ni. hoh. Ikhlas; Anita.