Posts

Showing posts from March, 2013

Kisah hujung minggu - Makin aku cinta.

Image
Assalamualaikum. Ini entry gediks tau! Kalau rasa macam tak suka entry gediks boleh dah close kat atas tu.   Alkisahnya... Kejadian yang terjadi beberapa minggu yang lepas aku duduk je seharian kat rumah. Kereta pun problem bocor plak masa tu. Sabar jerlah nak duit sesaja   Maka kegiatan aku seharian tengok tv, kemas rumah, masak & dengar radio. Nak ajak Mr. N berjalan, dia pun tak ada,   ada kerja yang perlu di uruskan di Seremban. So bila dah pepetang sikit tu, dia msg aku suruh dengan radio hot fm. Katanya nak tuju lagu kat aku. Aku jenuh pikir lagu apalah yang dia nak bagi, ternanti-nanti lah juga. Tapi bila dah pukul 6.20 petang tu. Jeng jeng jeng... Dengan ucapan dari belia u , memohon   maaf sebab terpaksa kerja hari ahad. Semua ni adalah kumpul duit untuk kahwin. *Tears* Bergenang air mata aku bila ucapan tu macam tu. Sebelum ni aku je yang banyak gedik-gedik tanya jum lah tunang, jum lah   kahwin bagai. Tapi respons dia sangat biasa. Seba

Wordless Wednesday - SMILE

Image
Assalamualaikum. kredit : google pstt: Sentiasa berusaha untuk positifkan diri dan belajar 'SENYUM' tidak kira apa pun terjadi. *keluhan yang terpaksa dirahsiakan* Pasal s***n? Eh? Upss?  Sabar Anita. Sabar itu sangat banyak hikmahnya. Ikhlas, Anita.

Day 8 - Your most recent photo of you.

Image
Assalamualaikum. Masuk hari ke 8 - Most recent photo of me? Ini je yang ada... Tak ada plak gambar aku sensorang. Takkan aku nak letak muka aku angkat buah nanas kan? hehe. Sebab ada je gambar sorang tapi macam tak senonoh. Tu nantilah aku update yer. Saje nak poyos tunjuk baju kurung baru i ni. Beli kat Bandung tempoh hari. Perasan cantiks seharian daku pada hari itu. Padahal tak ada sapa pun yang nak puji daku. Muehehe. P/S: Apa pun tahniah buat Puan Farkha dan pasangan. Kenal  dari zaman sekolah sebenarnya dorang ni, tapi ditakdirkan bercinta bila masing-masing bekerja. Mana nak tau jodoh kan?  Macam kes aku jugak lah kot ni. Ikhlas, Anita.

Majlis Perpisahan Pelajar

Image
Assalamualaikum. *entry tertangguh* Oke seperti yang sedia maklum, bulan lepas aku ada buat sedikit majlis makan-makan dengan student. (aktiviti kelas). Just majlis makan-makan yang simple je aku gabung dua kelas. Banyak benda yang aku arrange sendiri. Dari segi beli kek, air, kfc, ballon dan segalanya.  Rasa macam susah gak rasanya nak handle majlis dengan student antarabangsa ni. Macam tak reti sangat aku nak suruh itu dan ini. Mungkin berbeza budaya dan cara. Tapi so far semua pun berjalan dengan lancar.   Hasil hiasan student. Simple sangat kan? Tapi just nice. Kebetulan hari Selasa kan, so aku beli lah KFC. Sebab ada Tuesday treats pun. Memang berbaloi-baloi murah. Nak ikutkan aku nak je bagi makan nasik ayam ke, nasik lemak ke. Sebab nak kenalkan makanan Malaysia pada dorang nih. Tapi tulah alasan dorang, diorang memang tak gemar sangat. Sebab everything rasa manis. Yeke? Aku rasa ye jugak kot. Sebab sambal-sambal kita kan rasa manis. So tak kena pada selera te

Rahsia Warna & Tarikh Lahir

Assalamualaikum. Nak tau rahsia warna korang mengikut tarikh lahir? Ke korang dah tau? Kalau dah tau baca sekali lagi pun tak apa. Saja nak suka-suka gembira di pagi hari. Contohnya macam ni, aku lahir 14 Ogos . So warna yang berkaitan dengan aku ialah  HIJAU! Jum tengok warna apa untuk kalian, ada macam sama ke tidak?     23 hingga 1hb Disember - Merah     2 hingga 11hb Januari - Oren     12 hingga 24hb Januari - Kuning     25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu     4 hingga 8hb Februari - Biru     9 hingga 18hb Februari - Hijau     19 hingga 28hb Februari - Perang     1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)     11 hingga 20hb Mac - Lime     21hb Mac - Hitam     22 hingga 31hb Mac - Ungu     1 hingga 10hb April - Biru     11 hingga 20hb April - Perak     21 hingga 30hb April - Putih     2 hingga 14hb Mei - Biru     15 hingga24hb Mei - Emas     25 hingga 3hb Jun - Krim     4 hingga13hb Jun - Kelabu     14 hingga 23hb Jun - Maroon

Day 7 - A photo of you and your best friend.

Image
Assalamualaikum. Oke jum ke Hari 7 - A gambar saya dengan kawan-kawan baik saya! Alhamdulillah aku bersyukur sebab dikurniakan sahabat-sahabat baik yang sangat memahami! Ini antara mereka kesayangan saya.  Kalau ada yang tak tersebut tu, maaplah. Tapi ada ke? Daku cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian. *hugs* Walaupun kadang-kadang rasa mampu tak mampu je. Bersama Cik Ulfah Zahira (Nak tunang 30hb 3 2013 ni)  Kalau tak ada sen, aku Hello dia. Dan kalau dia tak ada sen, dia pun Hello aku. =P Bersama Mama Ika & Mama Zan (Dua-dua pun dah kawen dan jadi MAMA)  Bersama Mama Ana ( Dah kawen & mode bulan madu!) Pendengar yang sangat setia & sangat memahami juga. Susah dan senang sebenarnya.  Tapi bila dah kahwin ni, banyak perkara yang membataskan kami untuk berjoli sesama. =p  Bersama Cik Ekin ( Tak single & akan dijemput ke majlis pertunangan pada bila-bila masa. Eh?) Sahabat yang sangat ceria dengan gelak ketawa & gosips

Ber-Groupon akhirnya!

Image
Assalamualaikum. Apa yang akhirnya ni? Over sangat kan? Padahal akhirnya sebab baru reti nak beli membeli kat groupon ni. =P Selama ni aku tengok je orang beli, memang aku malas nak ambik pusing. Ramai jugak aku baca kawan-kawan belog yang beli kat groupon ni. Kawan-kawan opis beli pun aku still buat tak reti je. Memang malas nak belajar, sebab aku tau sikap aku ni macam mana. Kalau dah tau beli barang kat online, memang kerja aku menyoping online saja. Nie sekarang aku dah pandai beli tiket kat Air Asia, masalah lah jugak. Pantang murah je tangan aku gatal klik-klik nak beli.  Oke abaikan semua tu, aku sebenarnya nak cerita yang aku dah TERbeli pakej urut mengurut ni semalam. 2jam 15 minit siap dengan body scrub + massage + sauna dengan harga RM35. Murah tak? ke biasa-biasa saja sebenarnya? Nak diikutkan, memang dah lama aku teringin beli. Hari-hari tengok kat groupon dengan milkadeal tu. Tapi entah semalam lancar je aku beli! Padahal tak pernah beli pun seumur hid

Tips penting ke Bandung!

Image
Assalamualaikum. Okey ini entry last tentang Bandung. Berkurun lamanya nak siapkan entry holiday yang dah basi ni. Nak diikutkan banyak lagi lokasi lain yang tak sempat nak update. Entah sempat entah entak. Jum lah kita nengok apa tips yang tak seberapa dari aku... =) 1. Beli tiket murah!  Yeay. Ini sangat WAJIB! Nak jimat haruslah beli air asia promosi punya. Kalau kaya OR punya uwang yang banyak beli lah MAS, tapi turun Jakarta lah. Sebab MAS takde tiket ke Bandung. Macam yang aku punya ni harga just nice lah aku rasa, beli before raya bulan 7 tahun 2012, then fly end of January 2013. So dalam RM250 sorang pergi dan balik lebih kurang. Tapi rasanya boleh dapat yang lagi murah, tapi kena rajin tengok yer. 2. Study! Depends pada kalian. Tapi entah kenapa aku sangat menekankan harus study,   kalian kalau yang rasa macam nak travel sendiri without agensi perlancongan. Harus study apa yang patut dan tak patut korang buat kat sini. Contohnya dari segi tempat yan