Wednesday, March 27, 2013

Kisah hujung minggu - Makin aku cinta.

Assalamualaikum.

Ini entry gediks tau! Kalau rasa macam tak suka entry gediks boleh dah close kat atas tu.
 
Alkisahnya...

Kejadian yang terjadi beberapa minggu yang lepas aku duduk je seharian kat rumah. Kereta pun problem bocor plak masa tu. Sabar jerlah nak duit sesaja  Maka kegiatan aku seharian tengok tv, kemas rumah, masak & dengar radio. Nak ajak Mr. N berjalan, dia pun tak ada,  ada kerja yang perlu di uruskan di Seremban.

So bila dah pepetang sikit tu, dia msg aku suruh dengan radio hot fm. Katanya nak tuju lagu kat aku. Aku jenuh pikir lagu apalah yang dia nak bagi, ternanti-nanti lah juga. Tapi bila dah pukul 6.20 petang tu. Jeng jeng jeng...

Dengan ucapan dari beliau, memohon  maaf sebab terpaksa kerja hari ahad. Semua ni adalah kumpul duit untuk kahwin.

*Tears*

Bergenang air mata aku bila ucapan tu macam tu. Sebelum ni aku je yang banyak gedik-gedik tanya jum lah tunang, jum lah  kahwin bagai. Tapi respons dia sangat biasa. Sebab pernah jugak dia cakap, dah pikir banyak ke nak kahwin dengan dia? Errrr. Kadang terasa hati, hmmm. Betul ke dia ni nak aku? Ke aku je yang syok sendiri dengan bf sendiri =P

Tapi bila dah cakap macam tu, so just tunggu the next step. InsyaAllah  kalau jodoh antara kami panjang. Tak payah nak cerita sebenarnya kan? Tapi entah aku suka nak bercerita.Thats why belog ni ada nama dunia Cik Anita.



Dua-dua pun TING TONG! <3 br="">

 
Ikhlas,
Anita.
 

Wordless Wednesday - SMILE

Assalamualaikum.

kredit : google

pstt:
Sentiasa berusaha untuk positifkan diri dan belajar 'SENYUM' tidak kira apa pun terjadi. *keluhan yang terpaksa dirahsiakan* Pasal s***n? Eh? Upss?  Sabar Anita. Sabar itu sangat banyak hikmahnya.



Ikhlas,
Anita.

Tuesday, March 26, 2013

Day 8 - Your most recent photo of you.

Assalamualaikum.

Masuk hari ke 8 - Most recent photo of me?

Ini je yang ada... Tak ada plak gambar aku sensorang. Takkan aku nak letak muka aku angkat buah nanas kan? hehe. Sebab ada je gambar sorang tapi macam tak senonoh. Tu nantilah aku update yer.


Saje nak poyos tunjuk baju kurung baru i ni. Beli kat Bandung tempoh hari. Perasan cantiks seharian daku pada hari itu. Padahal tak ada sapa pun yang nak puji daku. Muehehe.

P/S:
Apa pun tahniah buat Puan Farkha dan pasangan. Kenal  dari zaman sekolah sebenarnya dorang ni, tapi ditakdirkan bercinta bila masing-masing bekerja. Mana nak tau jodoh kan?  Macam kes aku jugak lah kot ni.

Ikhlas,
Anita.

Monday, March 25, 2013

Majlis Perpisahan Pelajar

Assalamualaikum.

*entry tertangguh*

Oke seperti yang sedia maklum, bulan lepas aku ada buat sedikit majlis makan-makan dengan student. (aktiviti kelas). Just majlis makan-makan yang simple je aku gabung dua kelas. Banyak benda yang aku arrange sendiri. Dari segi beli kek, air, kfc, ballon dan segalanya. 

Rasa macam susah gak rasanya nak handle majlis dengan student antarabangsa ni. Macam tak reti sangat aku nak suruh itu dan ini. Mungkin berbeza budaya dan cara. Tapi so far semua pun berjalan dengan lancar. 

 Hasil hiasan student. Simple sangat kan? Tapi just nice.

Kebetulan hari Selasa kan, so aku beli lah KFC. Sebab ada Tuesday treats pun. Memang berbaloi-baloi murah. Nak ikutkan aku nak je bagi makan nasik ayam ke, nasik lemak ke. Sebab nak kenalkan makanan Malaysia pada dorang nih. Tapi tulah alasan dorang, diorang memang tak gemar sangat. Sebab everything rasa manis. Yeke? Aku rasa ye jugak kot. Sebab sambal-sambal kita kan rasa manis. So tak kena pada selera tekak dorang.
Gapo dio muka aku happy sangat tu? =p

Aku pun tak pasti lepas ni nak buat lagi ke tak majlis macam ni. Sebab memikirkan semuanya aku sendiri.  Takut terkejar-kejar. (Tapi student kelas lain pun dah request juga). Keliru nak buat ke tidak.

Maybe buat hari Graduasi jelah kot. Tu pihak kolej yang anjurkan. So aku just tolong-tolong je. Mungkin lebih mudah untuk semua pihak.

Nak ikutkan, cara aku simple je, aku akan try the best buat student happy dengan cara aku mengajar dalam kelas sampailah akhir semester. Tapi kalau kau dah buat mood aku tak best, jawab sendirik lah. Tu yang ada student tegur, kenapa aku berubah. Mula-mula baik, tapi lepas tu jadi bad? =)

Sekarang ni, apa yang aku rasakan bila aku dah mengajar, aku dah faham kenapa dulu zaman aku jadi student ada lecterur yang mula-mula nampak baik tapi lama kelamaan macam tak okey. Tu sebab attitude student yang makin lama makin naik minyak. Kan? ke karma? hish.

Semoga aku terus ikhlas mengajar. InsyaAllah.
 

Ikhlas,
Anita.

Rahsia Warna & Tarikh Lahir



Assalamualaikum.

Nak tau rahsia warna korang mengikut tarikh lahir? Ke korang dah tau? Kalau dah tau baca sekali lagi pun tak apa. Saja nak suka-suka gembira di pagi hari. Contohnya macam ni, aku lahir 14 Ogos. So warna yang berkaitan dengan aku ialah  HIJAU!

Jum tengok warna apa untuk kalian, ada macam sama ke tidak?

  •     23 hingga 1hb Disember - Merah
  •     2 hingga 11hb Januari - Oren
  •     12 hingga 24hb Januari - Kuning
  •     25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
  •     4 hingga 8hb Februari - Biru
  •     9 hingga 18hb Februari - Hijau
  •     19 hingga 28hb Februari - Perang
  •     1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
  •     11 hingga 20hb Mac - Lime
  •     21hb Mac - Hitam
  •     22 hingga 31hb Mac - Ungu
  •     1 hingga 10hb April - Biru
  •     11 hingga 20hb April - Perak
  •     21 hingga 30hb April - Putih
  •     2 hingga 14hb Mei - Biru
  •     15 hingga24hb Mei - Emas
  •     25 hingga 3hb Jun - Krim
  •     4 hingga13hb Jun - Kelabu
  •     14 hingga 23hb Jun - Maroon
  •     24hb Jun - Kelabu
  •     25 hingga 4hb Julai - Merah
  •     5 hingga 14hb Julai - Oren
  •     15 hingga 25hb Julai - Kuning
  •     26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
  •     5 hingga 13hb Ogos - Biru
  •     14 hingga 23hb Ogos - Hijau
  •     24hb Ogos 2hb September - Perang
  •     3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
  •     13 hingga 22hb September - Lime
  •     23hb September - Olive
  •     24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
  •     4 hingga 13 Oktober - Biru
  •     14 hingga 23hb Oktober - Perak
  •     24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
  •     12 hingga 21hb November - Emas
  •     22hb November hingga 1hb Disember - Krim
  •     2 hingga 11hb Disember - Kelabu
  •     12 hingga 21hb Disember - Maroon
  •     22hb Disember - Teal Merah
  
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

 TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

*Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

 Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

 Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

 Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

 Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

 Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

 Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua) 
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta…! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri! Kredit : SINI


P/S
Jangan percaya 100% tau. Ambik yang baik untuk jadi pengajaran. Yang buruk pulak jadikan sempadan. Tapi macam ada yang tersama sikit lah. Eh? =)



Ikhlas,
Anita.
 

Friday, March 22, 2013

Day 7 - A photo of you and your best friend.

Assalamualaikum.

Oke jum ke Hari 7 - A gambar saya dengan kawan-kawan baik saya!

Alhamdulillah aku bersyukur sebab dikurniakan sahabat-sahabat baik yang sangat memahami! Ini antara mereka kesayangan saya.  Kalau ada yang tak tersebut tu, maaplah. Tapi ada ke? Daku cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian. *hugs* Walaupun kadang-kadang rasa mampu tak mampu je.

Bersama Cik Ulfah Zahira (Nak tunang 30hb 3 2013 ni) 
Kalau tak ada sen, aku Hello dia. Dan kalau dia tak ada sen, dia pun Hello aku. =P

Bersama Mama Ika & Mama Zan (Dua-dua pun dah kawen dan jadi MAMA)

 Bersama Mama Ana ( Dah kawen & mode bulan madu!)
Pendengar yang sangat setia & sangat memahami juga. Susah dan senang sebenarnya.
 Tapi bila dah kahwin ni, banyak perkara yang membataskan kami untuk berjoli sesama. =p

 Bersama Cik Ekin ( Tak single & akan dijemput ke majlis pertunangan pada bila-bila masa. Eh?)
Sahabat yang sangat ceria dengan gelak ketawa & gosips.

 Bersama Cik Iela ( Status sebenar masih ragu-ragu. Single kah? =p )
Sahabat  yang sangat memahami sebenarnya. Kurang berhubung sebenarnya lately. 
Entah kenapa aku pun tak pasti.

 Bersama Mama Farah ( Sudah ada anak lah. Muka awet  muda sangat nih..)
Sahabat yang matang dan banyak pengalaman kehidupan.


Bersama Cik Azie ( 100% single) Meh sapa nak kenal meh =D
Sahabat yang penuh dengan falsafah kehidupan.  
Juga memberikan motivasi untuk terus belajar dan belajar.
Semoga menjadi Dr. Hazie. InsyaAllah.

 Bersama Cik Effa ( Tidak single juga. Tapi tak ketahuan pula bila nak tamatkan zaman bujang)
Sahabat yang sangat tenang dan jiwa sentiasa positif! 
Kalau rasa negatif je kepala otak ni, mesti contact beliau ni & auto akan jadi positif.
 HEHE

Cik Eei ( Yang bakal menamatkan zaman bujang akhir tahun ni. InsyaAllah)
Sahabat yang memberi & menerima. Bersusah senang bersama selagi mampu. 
Aku plak yang positif kepada beliau.

 

Sekian...


Ikhlas,
Anita.


Ber-Groupon akhirnya!

Assalamualaikum.

Apa yang akhirnya ni? Over sangat kan? Padahal akhirnya sebab baru reti nak beli membeli kat groupon ni. =P

Selama ni aku tengok je orang beli, memang aku malas nak ambik pusing. Ramai jugak aku baca kawan-kawan belog yang beli kat groupon ni. Kawan-kawan opis beli pun aku still buat tak reti je. Memang malas nak belajar, sebab aku tau sikap aku ni macam mana. Kalau dah tau beli barang kat online, memang kerja aku menyoping online saja.

Nie sekarang aku dah pandai beli tiket kat Air Asia, masalah lah jugak. Pantang murah je tangan aku gatal klik-klik nak beli. 

Oke abaikan semua tu, aku sebenarnya nak cerita yang aku dah TERbeli pakej urut mengurut ni semalam. 2jam 15 minit siap dengan body scrub + massage + sauna dengan harga RM35. Murah tak? ke biasa-biasa saja sebenarnya?

Nak diikutkan, memang dah lama aku teringin beli. Hari-hari tengok kat groupon dengan milkadeal tu. Tapi entah semalam lancar je aku beli! Padahal tak pernah beli pun seumur hidup.

Lagi-lagi tengok lokasi dia kat Batu Caves kan. Aku selamba je beli sorang, sebab ajak-ajak kawan dorang macam nak tak nak je. Memikirkan lokasi dekat Batu Caves je kan, so tak ada lah risau aku kot sesat jalan bagai drive sensorang.

Tadda, terbeli juga aku akhirnya!


Ikhlas,
Anita.

Thursday, March 21, 2013

Tips penting ke Bandung!

Assalamualaikum.

Okey ini entry last tentang Bandung. Berkurun lamanya nak siapkan entry holiday yang dah basi ni. Nak diikutkan banyak lagi lokasi lain yang tak sempat nak update. Entah sempat entah entak. Jum lah kita nengok apa tips yang tak seberapa dari aku... =)

1. Beli tiket murah! 

Yeay. Ini sangat WAJIB!
Nak jimat haruslah beli air asia promosi punya. Kalau kaya OR punya uwang yang banyak beli lah MAS, tapi turun Jakarta lah. Sebab MAS takde tiket ke Bandung. Macam yang aku punya ni harga just nice lah aku rasa, beli before raya bulan 7 tahun 2012, then fly end of January 2013. So dalam RM250 sorang pergi dan balik lebih kurang. Tapi rasanya boleh dapat yang lagi murah, tapi kena rajin tengok yer.

2. Study!

Depends pada kalian. Tapi entah kenapa aku sangat menekankan harus study,  kalian kalau yang rasa macam nak travel sendiri without agensi perlancongan. Harus study apa yang patut dan tak patut korang buat kat sini. Contohnya dari segi tempat yang korang nak pergi, jenis hotel, nama Jalan, pasal makan, tukaran wang, pak supir dan banyak lagi. Tapi... kalau dah join mana-mana agensi pelancongan tu. Rasanya macam tak perlu untuk study hard. Just untuk tambah info, itu oke je. Untuk mengelakkan penipuan.

3. Sediakan tentatif program

 contoh tentatif program yang aku buat sendiri

Masa aku siapkan tentatif program ni, kawan aku si Ira boleh pulak gelak-gelak dia kata aku semangat sangat.   Tapi bagi aku sangat penting, sebab kita perlu tahu kemana dan pukul berapa perancangan kita sehari-hari. Aku buat start gerak dari malaysia, semua aktiviti kat sana dan sampai balik Malaysia lagi. Ni aku sertakan contoh tentatif program sepanjang ke Bandung. Tak lah totally sama dengan apa yang kita rancang! Depends on keadaan. Kadang kalau ada banyak masa yang lebih, boleh bawak ke depan or tolak ke belakang. Paham tak? Aku tak reti nak attach benda ni kat sini. So kalau nak contoh tentatif ni boleh emel aku. Nanti daku bagi.  =)

4. Tukar wang Rupiah di Malaysia!

Tukarlah duit siap-siap sebelum anda terbang ke Bandung. Dua ke sebulan nak pergi, rajinkan diri cek currency duit kita dengan duit kat sana. Sebab setiap hari nilai dia beza-beza. Boleh cek online. Tapi kadang kalau pergi money changer tak boleh nak sama sangat. Waktu aku pergi, memang kebetulan tengah rendah. 1 juta IDR tu dapat malaysia punya duit RM307. Murah kan? Tapi baru je beberapa bulan ni dah naik balik.

3. Asingkan wang mengikut keperluan.

- sampul yang dah berisi duit -

 -total sampul yang aku dah asingkan. gigih tak? hehe-

Aku ada baca kat belog mana entah before this, tak sure nak kreditkan. Tapi bagi kita yang berdarah muda dan holiday pun duit suam-suam kuku. Perlu buat macam aku buat. Asingkan siap-siap duit tu dari awal hingga akhir. Asingkan dalam sampul. Supaya tak berlaku duit tu nanti tak cukup ke apa. Contohnya macam ni : (Bajet duit dalam sampul surat tu mengikut kemampuan kita)

3.1- Duit bayar supir – Untuk 4 hari
3.2- Duit makan – Untuk 4 hari
3.3- Duit hotel – Untuk 4 hari (sampai sana bayar terus, xla pening-pening nanti tak cukup duit di kemudian hari)
3.4- Duit urut & SPA – Kalau teringin. Tak wajib* hee
3.5- Duit orang kirim beli barang
3.6-  Duit Tiket masuk Trans Studio
3.7- Duit taks untuk balik * WAJIB 75K IDR
3.8-  Duit shopping – Ikut bajet korang selepas dah tolak semua benda yang wajib!

So total ada 8 sampul surat. Kira kalau last day tu ada balance lagi, boleh lah beli mana-mana souvenier yang tak cukup. Kadang nampak gelang-gelang tepi jalan tu pun macam nice jer.

* Kat sini aku rasa, ini sangat membantu dari segi menguruskan kewangan untuk lebih lancar. 

5. Tak perlu bawak baju yang banyak.
Kalau kalian niat memang dah nak shopping, bawak lah baju dalam nilai yang ala kadar je. Kalau datang 3 hari, cukuplah bawak satu ke dua je. Yang lain-lain beli je kat sini. Bawak yang dalam-dalam tu je yang banyak. Sebab seharian berjalan,  keluar pun dah pagi. Balik hotel je tau-tau dah malam. Memang tak sempat nak tukar baju sangat.

6. Sediakan wang kertas RM1 beberapa helai
Aku tak taulah sama ada ni tips ke tak. Tapi bagi aku rasa macam penting jugak. Ini adalah untuk niat bersedekah kalau kalian rasa tak kisah. Sebab bila kita sampai sana, contohnya kat imigresen or kat kedai ke. Dorang ni boleh cam kita ni orang Malaysia, then akan ada yang cakap. Akak enggak ada ole-ole dari Makaysia? So masa tu tak ada lah ole-ole apa kan. Just hulur je RM1 tu. Dah cukup buat dorang senyum panjang.

7. Semua pun kena TIPS!
Budaya di Indonesia yang mula-mula aku rasa macam terkejut,  iaitu apa saja bentuk pertolongan dan bantuan haruslah ada tips.  Tolong jaga belakang jalan pun tips, kemana pun tips. So baru aku tersedar itulah cara dorang bekerja kat sana.

8. Cubalah makanan di tempat orang.

Kalau dah namanya pergi melancong tempat orang, maka sila lah cuba mencuba apa yang patut. Kalau dah pergi indon kan, perlu ke cuba Spaggeti? Pizza? Kfc? Mcd? Huks. Memang tak lah kan? Kat Malaysia pun banyak. Maka  cubalah ayam penyet dia, ikan gurame, soto, bakso, teh botol dan banyak lagi!! Semua pun sedap banget.

9. Print siap-siap invoice Hotel

Disebabkan aku  tempah hotel online, so untuk melunaskan pembayaran seterusnya juga sebagai bukti pembayaran. Anda jangan lupa ye print benda alah macam ini. Untuk memudahkan urusan. Datang hari pertama tu, terus setelkan hotel. Tak usah nak bayar last day, kot lah duit terpakai shopping? Naya je.


10. Buat jadual duit Malaysia & Rupiah.


Kalau yang tak biasa tu, macam aku lah sejujurnya. Ada jadual duit macam ni, sangat senang! Kita ni manalah terel nak congak-congak terus. Sebab aku mate memang problem sikit. Hiks. So aku printkan siap-siap untuk kawan-kawan aku.( size kecik je besar tapak tangan). Mula-mula je pakai ni, tapi bila dah hari ke 2 or hari ke 3. Dah hafal sket dah 100k IDR tu dalam harga berapa so far and so forth. Aku ambik benda alah ni dalam satu laman belog, tapi tak pasti belog mana. Aku cari balik dah tak jumpa. Tapi kalau ada sesiapa nak. Boleh emel kat daku yer. Aku dah edit sikit.

Fuh sekian...

Aku rasa macam ada banyak lagi ni tips yang tertinggal. Kot la nanti kalau aku teringat, aku buat tambahan di kemudian hari.  Hope tips yang aku sertakan ni dapat membantu pada kalian yang nak study. 


SELAMAT BERCUTI UNTUK TAHUN 2013! =)


 Ikhlas,
Anita.