Senyuman 2020
Assalamualaikum.
Terbuka hati untuk membuka laman Anita ni setelah sekian lamaaaaaaaa terkubur. Tak taulah, sambil taip ni pun rasa macam tersenyum-senyum. Nostalgic sungguh pada sesiapa yang ada coretan di laman blog macam gini. Mungkin masih ramai lagi yang aktif di luar sana, tapi tak gelamor macam dulu dah kan.
Update setahun sekali pun okey lah kot lepas ni. haha. Tak ada siapa pun nak rindukan penulisan kita ni.
So far, hari ini 1 Julai 2020 semuanya berada dalam keadaan baik-baik. Selepas PKP yang menyesakkan jiwa pada mulanya, namun tersembunyi 1001 hikmah yang tak terungkap dengan kata-kata.
Jangan tak percaya, naik 10 kilo hokey. Saiz baju dari M, L dan kini XL. Menangis pun tak guna, sebab penyesalan tak kunjung tiba. Makan asyik rasa sedap saja. Makan sahur pun boleh tambah nasik. Macam mana nak tolong?
Cuba juga lah nak diet, tapi mulakan dengan minum air kosong banyak-banyak dulu. Kurangkan nasik. Bukanlah tak makan langsung. Aduhai. Nantikan i kurus ya..
Okey sambung balik, sempena PKPP sekarang ni. Semua orang pun meneruskan new normal / norma baharu. Harap rakyat Malaysia terus sihat dan bebas COVID 19. Allah sebaik-baik perancang.
Kena mengajar SPM jugak untuk tahun ni. Lain macam perasaan duduk jauh-jauh dalam kelas tu. Fokus nak pastikan 100% pelajar dapat A+. Cabaran hebat jugak tu. Maka kena korbankan rasa nak rehat petang-petang, kena kejar budak untuk sesi intervensi. Moga diri ini Istiqamah.
Moga Allah berikan kesihatan yang baik pada aku jugak, supaya senang nak beribadah.
Betul lah, bila badan dah makin besar ni. Rasa malas dalam banyak benda. Haih. Ada je kan yang tak kena.
Okeylah, itu sahaja coretan 2020. Aku pun dah ada anak 2. Ke aku dah cerita kat sini? Rasa macam belom. Cepat sungguh masa berlalu. Maknanya diri kita ni pun dah tua ya.
Comments