Teka-teki dan Jawapan

Ada jawapan sekali:

Soalan 1:
Kenapa kalau Ibu sang babi dan anak-anak babi kalau berjalan tunduk je depan, tak toleh pun kanan atau kiri?
Jawapan:Anak-anak malu sebab dia anak babi.

Soalan 2:
Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak dipanggil kereta?
Jawapan: Teksi.

Soalan 3:
Kita berdiri dia baring, kita baring dia duduk.
Jawapan:Tapak kaki.

Soalan 4:
Dalam banyak-banyak jam, jam apa paling besar?
Jawapan: Jamban

Soalan 5:
Dalam banyak-banyak buah, buah apa banyak rambut?
Jawapan: Rambutan

Soalan 6:
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang jujur.
Jawapan: Manggis

Soalan 7:
Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
Jawapan: Air terjun

Soalan 8:
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar Haid?
Jawapan: Kura-kura.

Soalan 9:
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak?
Jawapan: Siput Babi

Soalan 10:
Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan: Motor, sebab bertongkat

Soalan 11:
Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan: Sungai besi

Soalan 12:
Binatang apa yang tiada kepala?
Jawapan: Kutu

Soalan 13:
Ada 10 ekor beruk, dan 10 ekor monyet. Sekiranya semua beruk menjadi monyet, beruk menjadi apa?
Jawapan: Beruk jadi banyak.

Soalan 14:
Kasut apa yang paling keras?
Jawapan: Kasut bata.

Soalan 15:
Dalam banyak-banyak bola, bola apa yang pemainnya hormat?
Jawapan: Golf

Soalan 16:
Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang banjir dulu sebelum hujan?
Jawapan: Bahrain.

Soalan 17:
Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Dan akhirnya tinggal sang ibu yang malang.Apakah itu?
Jawapan: Mancis kotak

Soalan 18:
Buah apa yang kita langkah dulu sebelum makan?
Jawapan: Buah dam

Soalan 19:
Ikan apa yang sentiasa sejuk?
Jawapan: Ikan jaket

Soalan 20:
Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang tak pernah duduk?
Jawapan: Ikan

Soalan21:
Solat apakah yang tak ada tahiyat?
Jawapan: Solat mayat

Soalan 22:
Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati?
Jawapan: Pokok pisang

Soalan 23:
Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang pergi sekolah?
Jawapan: Bas sekolah

Soalan 24:
Kuih apa yang bungkusan di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin

Soalan 25:
Ada tiga kepala. empat tangan, dan lima kaki.
Jawapan: Tipu!

Soalan 26:
Apakah yang seluruh tubuhnya ada di kepala?
Jawpan: Kutu

Soalan 27:
Nenek siapa yang berjalannya suka melompat-lompat?
Jawapan: Nenek si katak.

Soalan 28:
Siapakah yang dipanggil akan mendongak ke atas?
Jawpan: Orang tinggi memanggil si rendah.

Soalan 29:
Apakah dia yang jauh di mata, dekat di hati?
Jawapan: Usus

Soalan 30:
Binatang apakah yang ada zip?
Jawapan: Zebra

Soalan 31:
Dalam banyak-banyak barang, barang apa yang orang suka cari?
Jawpan: Barang yang hilang.

Soalan 32:
Apakah yang merupakan tongkat yang ada waranti?
Jawapan; Tongkat Warrant

Soalan 33:
Permainan apakah yang disukai oleh orang ramai?
Jawapan: Permainan gembira.

Soalan 34:
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang bijinya di luar?
Jawapan: Gajus

Soalan 35:
Ikan apa yang berat?
Jawapan: Ikan yang ditimbang.


Selesai sudah teka teki bersama jawapan! Dah tersalah post pantun tadi. ZZZZZ


Comments

Unknown said…
Somthing wrong...no.13..kalau kalau 10 beruk jadi monyet dan dah ada 10 monyet asli..kenapa beuk yang banyak
Jack said…
Sbab kau budu
dds said…
Thanks utk teka teki. Boleh juga visit www.tekateki.org untuk banyak lagi teka teki.
azmi othman said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Kenapa manggis buah jujur pula ?
Unknown said…
Sebab tanda pecahan macam bintang di buntut manggis menunjukkan berapa ulas yg ada dlm buah tersebut... Never fail, always correct.
dds said…
Hai semua. Saya ada buat website teka teki jom tengok kat https://www.tekatekilawak.com.
Unknown said…
Boleh bg jwpn x..Kuih apa malu nak makan di pg raya

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA