Posts

Showing posts from July, 2020

Senyuman 2020

Assalamualaikum. Terbuka hati untuk membuka laman Anita ni setelah sekian lamaaaaaaaa terkubur. Tak taulah, sambil taip ni pun rasa macam tersenyum-senyum. Nostalgic sungguh pada sesiapa yang ada coretan di laman blog macam gini. Mungkin masih ramai lagi yang aktif di luar sana, tapi tak gelamor macam dulu dah kan.  Update setahun sekali pun okey lah kot lepas ni. haha. Tak ada siapa pun nak rindukan penulisan kita ni.  So far, hari ini 1 Julai 2020 semuanya berada dalam keadaan baik-baik. Selepas PKP yang menyesakkan jiwa pada mulanya, namun tersembunyi 1001 hikmah yang tak terungkap dengan kata-kata.  Jangan tak percaya, naik 10 kilo hokey. Saiz baju dari M, L dan kini XL. Menangis pun tak guna, sebab penyesalan tak kunjung tiba. Makan asyik rasa sedap saja. Makan sahur pun boleh tambah nasik. Macam mana nak tolong?  Cuba juga lah nak diet, tapi mulakan dengan minum air kosong banyak-banyak dulu. Kurangkan nasik. Bukanlah tak makan langsung. Aduhai. Nantikan i kurus ya