Posts

Showing posts from July, 2014

Tragedi MH17

AL-FATIHAH... Takziah kepada kaum keluarga yang terlibat. Tak mampu untuk mengungkapkan apa-apa. *sebak*

Cerita tentang kereta baru putih & gadis

Assalamualaikum. Rasanya semua dah tau perihal gadis yang mengamuk sakan bila kena langgar dengan uncle secara tidak sengaja itu. Sungguh tak sopan kejadian itu secara tidak langsung oh malunya gadis melayu & bertudung tetapi sebegitu lagaknya. MAAFKAN aku... Aku bukan nak memihak kepada siapa-siapa. Tetapi berhentilah menyebarkan kesalahan orang lain.  Akibat penyebaran ini?? Bukan satu Malaysia yang akan menonton drama itu, bahkan satu dunia. Adakah kita dididik untuk menyebarkan aib orang lain? Seperkara lagi, sehinggakan maklumat peribadi si gadis serta maklumat kereta segalanya dikongsi di serata alam maya. Hmmm. Kejahatan itu adakah perlu dibalas dengan kejahatan? Sebarkan kebaikan itulah yang terbaik. Ambil pengajaran dari kejadian tersebut agar diri kita sentiasa sabar apa jua kemungkinan yang berlaku di luar sana. Orang disekeliling kita sentiasa bersedia akan menghakimi kita. Wallahualam.

Bola oh bola...

Image
Mesti SEMUA-SEMUA orang tau! German dah menang. Okey! TAHNIAH GERMAN. Aku memang tak mungkin nak menatap 120 minit depan tv, cuma kebetulan waktu sahur pukul 4 tadi aku tengokla kejap. Masa tu 0-0 lagi. Nak la jugak tau apa perkembangan. Tapihabis makan aku buat apa yang patut terus tidur.  Bangun balik jam 6.30 pagi bukak FB terus sebab nak tau sapa menang, okey tau dah German menang 1-0! Kalau pasal FIFA 2014 , aku cuma nak cakap apa yang aku ingat... GERMAN menang worlcup & Brazil kalah teruk tempoh hari sebab Neymar tak sihat. Tu jeee. HAHA. Entah pape. Aku nak kerja! bye. Eh lupa, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAKKK yang dah join GA  tuuu. Nanti aku singgah pada kalian yang komen & letak link join GA tu.  Pada yang belum join, cepat-cepat tauuu! InshaAllah hadiah akan bertambah. =) Ikhlas tak tengok bola, Anita.

Baju raya baru beli ONLINE...

Image
Assalamualaikum. Meh nak kongsi cerita sikit, aku ada beli baju raya kat instagram. Kali pertama dalam sejarah aku beli kat instagram. Beli online tu dah memang banyak kali. Banyak kali juge beli tapi dah depan mata rasa tak puas hati. Tapi ni aku cari pasal beli lagi.HEHE. Agak-agak apa yang berlaku? Baju ni pun sejujurmya aku tak puas hati. Sedih. Tapi faham jelah aku ni, kurang cerewet. Aku masih layankan saja. Macam nak repair tang tangan dia yang gedebeh, tengok patung ni pakai cantikkkk je! Sebab patung ni selim kot, aku ni kan besar dari patung ni. Adoi laaa... Bab besar tu takpela, boleh repair kan... Tapi...tapi... tang warna, macam mana nak repair?? Sebab cuba korang tengok apa jadi pada warna? Huwaaa. Jauh gila warna baju ni dalam gambar yang atas tu? Ke sebab pencahayaan dia yang kurang terang kat atas tu?  Ha   jangan lupa join GA tauuu. InshaAllah kalau ada rezeki korang dapat baju raya free!!  Ikhlas, Anita.

Bila Bujang Masuk Dapur di TV9

Image
Assalamualaikum. Siapa ada tengok BILA BUJANG MASUK DAPUR kat TV9 petang semalam? Jam 6.30 petang. Rancangan masak-masak orang bujang Aiman Hakim & Shah Iskandar. BEST!!! Kalau belum tengok kena ingat yer, setiap hari KHAMIS JAM 6.30 PETANG! Pastikan korang tengok minggu depan.  dua pengacara sama hebat & sama hensem gitu. Aku memang tengok tak tengok sangat, sebab 6.40 dah bukak puasa dekat sini! So korang boleh tengok okey sesambil tunggu masa untuk bukak puasa tu. Wajib tau tengok! Kalau nak ulang tengok, boleh tengok kat tonton.my. Sebab... penerbit rancangan ni encik Tunang saya! HEHE. Macam biasa, aku akan sentiasa support kerjaya si encik tunang selagi mampu. Faham jelah, berbulan encik tunang aku busy tak layan aku sangat sebab kena setelkan dua program puasa. Yang satu lagi program Zikir hati.    ending credit Encik tunang =) Diingatkan Zikir hati hari Ahad ni jam 11.30 malam di tv3! Program bawah Encik tunang aku juga.  SELAMA

Hari Guru = Queen of The Day!

Image
Assalamualaikum. EHEM EHEM! Sempena sambutan hari guru yang di sambut beberapa minggu lepas, sekolah aku sambut sangat lambat. Sebab sekolah busy, tapi tak apa. Abaikan semua tuu. Apa yang penting aku dapat anugerah QUEEN OF THE DAY! Terkejut beruk aku masa tu. Almaklumlah, aku kan orang baru. Bila dapat award macam tu, malu-malu kuceng lah aku. Simple je aku hari tuh, tapi dapat pulak Queen Of The Day! Yeayy~ =P Sambutan simple je... Makan-makan sambil tengok persembahan budak-budak, persembahan guru-guru & penyampaian anugerah. Macam ABP tu... Macam-macam anugerah lah ada, cikgu paling gelamor, paling berfesyen, paling berseni dan banyakkk lagi! Aku tak ada la menang apa-apa anugerah pun. Sebab baru sangat pun lagi. Kot la aku akan memang tahun depan ke? Perasan sungguh.  Baju hari guru Persembahan pelajar Lunch terus dalam dewan Kawan-kawan satu jabatan Seangkatan guru-guru muda Itu je aku nak cerita, tak nak lah cerita panjan

WW : A Wedding That Will Move You: Rowden & Leizel

Tersedu sedan aku tengok video ni. Kenapa pulak aku over nak nangis-nangis. HEHE. Sebab... hanya tuhan yang mengerti. Tabahkan aku Ya Allah. Kejap lagi ada yang tanya kat aku lepas baca entry ni. Kenapa?? Jangan marah ye kalau aku tak jawab. Aku tak membelakangi sesiapa, tapi percayalah apa yang aku lakukan atas ujian dan kehendak Tuhan yang berjanji pada aku bahawa aku mampu menempuhi semua ini. Jawapan tu akan menyusul, bukan sekarang... Tetapi mungkin beberapa tahun yang akan datang. =) Ikhlas, Anita.

Jum tonton ZIKIR HATI 2014 di TV3!

Image
Assalamualaikum. Rancangan ZIKIR HATI sempena bulan Ramadan ni,  setiap hari AHAD jam 11.30 MALAM di tv3. Dah lepas malam semalam episod pertama dengan Najwa Latip. Ada sesiapa yang tengok tak? Aku memang suka banget dengan Najwa Latip nih. Aku pun tak tau kenapa. Zikir Hati 2014  Kalau tak sempat tengok  jum tengok minggu depan pulak. Agak-agak kenapa aku promot suruh korang tengok? Sebab... aku nak support Mr. Tunang aku punya kerja. Beliau as a tenaga kerja untuk program Zikir Hati ni. Sebab betapa aku tak dilayan dek beliau busy kerja. HAHA. So aku kena hargai hasil kerja Mr. Tunang aku nih. Faham tak perasaan sebagai si kekasih yang tak dilayan berharian sebab sibuk kerja. Tapi aku ni mengada asyik nak merajuk saja. Okeylah, itu sahaja. Jangan lupa tengok Zikir Hati Ahad depan okey jam 11.30 malam kat TV3!