Wednesday, July 16, 2014

Cerita tentang kereta baru putih & gadis

Assalamualaikum.

Rasanya semua dah tau perihal gadis yang mengamuk sakan bila kena langgar dengan uncle secara tidak sengaja itu. Sungguh tak sopan kejadian itu secara tidak langsung oh malunya gadis melayu & bertudung tetapi sebegitu lagaknya.

MAAFKAN aku... Aku bukan nak memihak kepada siapa-siapa. Tetapi berhentilah menyebarkan kesalahan orang lain.  Akibat penyebaran ini?? Bukan satu Malaysia yang akan menonton drama itu, bahkan satu dunia. Adakah kita dididik untuk menyebarkan aib orang lain?

Seperkara lagi, sehinggakan maklumat peribadi si gadis serta maklumat kereta segalanya dikongsi di serata alam maya. Hmmm. Kejahatan itu adakah perlu dibalas dengan kejahatan?

Sebarkan kebaikan itulah yang terbaik.

Ambil pengajaran dari kejadian tersebut agar diri kita sentiasa sabar apa jua kemungkinan yang berlaku di luar sana. Orang disekeliling kita sentiasa bersedia akan menghakimi kita.


Wallahualam.

6 comments:

sweet tooth said...

CA, sgt setuju dgn u. masyarakat kita ni dah jadi suka sangat dengan benda2 yang sensasi...sampai lupa nak jaga aib orang... I pun malu dgn tingkah that lady... tapi tak perlu kot sampai nak disebarkan, biarpun utk iktibar.

sweet tooth said...
This comment has been removed by the author.
ienalina ismail said...

Setuju dengan Cik Anita. Manusia sekarang lebih suka menyebarkan aib orang. Tapi lupa nak jaga aib sendiri.

Ida Reen said...

ambil pengajaran saja dari kisah ini. Dan doa moga tak terjadi pada kita pula..

Siti Aisya Ibrahim said...

Setuju dengan Anita... kite tak patot sebarkan aib orang... :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

stuju tu nita..

 

Copyright © 2013 | Dunia Cik Anita | by Cik Bulat