Pantun dua kerat 30

Arahan Dr. Normaliza pantun perlu di copy and paste di belog masing-masing. Sekian.

Hasil Ciptaan Anitadahahs:

1. Masak lemak campur lada,buat jahat berpada-pada.

2. Syawal bakal tiba, tak sabar nak raya.

3. Hati girang penuh makna,bulan ramadahan bakal menjelma.

4.Buah ceri simpan di peti,sedang mencari si buah hati.

5.Kita insan punya matlmat, sayang dunia sayang akhirat.

6.Jangan telan ikan berduri, perlu mengaji amalan diri.

7.Buat rumah guna batu-bata, buang sampah jangan merata.

8.Mahu mengidam makan mempelam, ku ingin ucap selamat malam.

9.Pergi pasar beli selipar, banyak tidur jadi alpa.

10. Kuat makan badan jadi hebat, teringin makan sotong sumbat.

11. Mana si dia anak teruna, fikiran jadi gundah gulana.

12.Kita punya cogan kata, budi bahasa budaya kita.

13. Apa perlu ada pada jiwa, sayang sahabat cinta keluarga.

14. Minum air dengan gelas, gembira esok tiada kelas.

15. Anak tupai terjatuh, jadi anak perlu patuh.

16. Bangun pagi dah tengahari, perkara jahat perlu dihindari.

17. Perlu jangan mudah percaya, mulut manis banyak dukanya.

18. Hidup ini penuh cabaran, sabar sebahagian dari kehidupan.

19. Kita pelajar universiti putra, janganlah kita selalu leka.

20. Hati ini tertanya-tanya, adakah kamu sudah berpunya?

21. Sarapan pagi makan keria, takpelah pendam rasa asal bahagia

22. Waktu tengahari makan kangkung, rindu mak ayah di kampung.

23. Makan ketam kena ketuk, sungguh aku mengantuk.

24. Belah kelapa pakai parang, jadi orang jangan garang.

25. Pagi raya makan bahulu, sakit hati siapa yang tahu.

26. Basuh baju pakai berus, apa petua mahu kurus?

27. Malam minggu pergi pesta, berbahagia dengan yang tercinta.

28. Malam-malam makan stimbot, perut pun jadi gendut.

29. Ikan puyu ikan haruan, kalau lapar jom kita makan

30. Buah rambutan banyak rambut, adakah semua orang berserabut?

31. Makan roti dengan susu, gembirakah sahabat-sahabatku


Balas pantun Roziah Sujari:

1. Jalan-jalan tercucuk paku, sudah makan sakit perutku
Jawapan: Pergi bercuti ke pulau Goa, sakit sebab tak baca doa.

2. Anak tidur dalam buaian, teringin pulak makan durian
Jawapan: Mari kita singgah pekan,sakit perutmu terlebih makan.

3.Hari makinkelam, Teringin makan mempelam.
Jawapan: Makcik Azi hobinya makan,semalam suruh beli tapi tak nak kan?

4. Anak pakmat anak ghani, mandi sungai bestni.
Jawapan: Balik kampung mandi perigi,apa lagi jomlah pergi.

5. Anak ayam mati kebulur, balik nanti pasti tidur.
Jawapan: Minum teh dicampur halia,pasti tidur tak ingat dunia.

6. Ayah dibelakang kopek kelapa, orang yang jauh jangan dilupa.
Jawapan: Jangan kita jadi jakun,bila tidur tak mahu bangun.

7. Buatkan air untuk tetamu.takkan padam kasih padamu.
Jawapan: Air tawar untuk tetamu,kasih cintaku hanya untukmu.

8. Ayah dibelakang kopek kelapa.orang yang jauh jangan dilupa.
Jawapan: Tetamu datang memang tak jemu,aku memang cinta padamu.

9. Adik suka bermain layang,bertambah rindu bertambah sayang.
Jawapan: Mari shopping di kompleks pertama,kasih menjelma di bulan purnama.

10. Ayah dibelakang kopek kelapa,orang yang jauh jangan dilupa.
Jawapan: Ayah ada kuasa sakti,jauh di mata dekat di hati.

11. jangan malas membaca buku, Dr tersenyum berbunga hatiku.
Jawapan: bulah sywal penuh maknanya,bila tersenyum manis rupanya.

12. Jangan malas membaca buku, Dr tersenyum berbunga hatiku.
Jawapan: Pergi kedai beli soda,senyuman dr yang menggoda.

13. Makan bubur guna sudu, Dr marah saya terkedu
Jawapan: Kita perlu tambah ilmu,dr marah sebab salahmu.

14. Adik suka bermain layang, bertambah rindu bertambah sayang.
Jawapan: Aku suka pergi selayang,bila sayang duit melayang.

15. Pagi-pagi gosok gigi, ibu penyayang pemurah lagi.
Jawapan: Kasih dan cinta sampai mati,ibu sentiasa di hati.

16. Pak imam mengutus surat, tuntutlah ilmu dunia akhirat.
Jawapan: Dalam kelas banyak sembang,dunia akhirat perlu seimbang.

17. Sakit tangan tercucuk sembilu, semoga Dr ceria selalu.
Jawapan: Ombak laut sentiasa bergelora,dr ceria aku gembira.

18. Monyet panjat pokok kelapa.pakai kasut janganlah lupa.
Jawapan: pergi pasar beli juadah berbuka,kalau lupa nanti kaki terluka.

19. Muka manis lagsung tak kusut, Dr kata wajib berkasut.
Jawapan: Pergi kelas rasa kalut.pakai kasut tapak tercabut.

20. Sambil bejalan makan banana, Dr cantik sungguh pesona.
Jawapan: Kuih ini tersangat sedapnya,pesona sejuk mata memandangnya.

21. Sedap sungguh buah nona, Dr nanti beraya dimana?
Jawapan: Buah nona masam rasanya,Dr. beraya di UK agaknya.

22. Ibu cantik pakai celana, Dr ni rumanya dimana?.
Jawapan: makan delima dan banana,saya pun tak tahu di mana.

23. Jalan-jalan terpijak kaca, Apa warna Dr suka?
Jawapan: kaca dipijak luka jadinya,warna pink lah agaknya.

24. Anak cina kulitnya putih, Dr.. jari saya dah letih.
Jawapan: rambut cantik ulai mayang,letih pergi tidur sayang.

25. Nenek tua makan sireh, Dr balik nak tumpang boleh?
Jawapan: Dr. balik masak taugeh,ko memang banyak songeh.

26. Anak ayam baru nak celik.Dr bile kami boleh balik?
Jawapan:Ulam petai rasanya pelik,kau tak payahlah balik.

27. anak melayu anak cina, apa kereta Dr guna?
Jawapan: anak melayu sudah berpunya,kereta mahal sudah pastinya.

28. Pergi kekedai membeli cuka, apa makanan Dr suka?
Jawapan: Pergi kelantan membeli batik,Dr suka makan wajik.

29. Hang tuah kerjanya suka bertapa, boleh ke tau umur Dr berapa?
Jawapan: Monyet suka panjat kelapa,kau nak menyibuk kenapa?

30. Antara hitam juga putih, mana satu Dr pilih?
Jawapan: Cik Azi banyak dalih,dua-dua tak mahu pilih.


Balas pantuN Nur Ain Nawawi:

1.Naik keta berbunyi2 , kecantikan saya tersembunyi
Jawapan: kita hidup di atas bumi, tersembunyi hanya untuk suami.

2. Dalam nasi ada cili, rasa pedih hati
Jawapan: mahu beli pulut sekati, pedih hati sila ubati.

3. Pagi- pagi ayam berkokok . kenapa lelaki suka merokok
Jawapan: hari ini cuaca redup, sebab mereka nak lama hidup.

4. Malam hari tak nampak, kenapalah suka melepak
Jawapan: masak nasik tak perlu rasa,melepak hanya buang masa.

5. Tengok masuk sudah bergosok , kenapa suka menyogok
Jawapan: pakai baju malas gosok,siapa pula yang menyogok?

6. Budak-budak main guli, kenapa suka berjoli
Jawapan: takut dengan pisau belati,suka berjoli nak puaskan hati.

7. Pakai baju petak-petak , kenapa nak bertekak
Jawapan: Pergi kuliah suka berjalan,bertekak untuk menegakkan kebenaran.

8. Pagi-pagi makan nasi lemak, kenapalah banyak lemak
Jawapan: lemak perut memang geli,oit kau memang macam perli.

9. Pergi ke kedai beli asam, kenapa muka masam
Jawapan: cik Ain takutkan darah,muka masam kena marah.

10. Makan nasi ulang peria, kenapa muka nampak ceria
Jawapan: pahitnya berulam sayur peria,muka sapa yang muka ceria?

11. Tengok tupai melompat-lompat, jangan suka mengumpat
Jawapan: Ke sekolah jawab periksa,suka mengumpat tambah dosa.

12. Lihat bas warna biru, janganlah suka terburu-buru.
Jawapan: Halang bas tak berhenti,kalau tak buru tertinggal nanti.

13 DR RAHIM MENGAJAR PANJI, JANGANLAH SUKA MEMUJI-MUJI
Jawapan: potong kayu guna gergaji,memang manusia suka dipuji.

14. MASA KECIL SUKA MELAWA, BILA BESAR SUKA MELAWAN
Jawapan: Jangan cakap yang bukan-bukan,itu amalan jangan diamalkan.

15. MASA PETANG MAKAN PUDING, MARILAH KITA BERUNGING
Jawapan: buat air letak gula,merungging ke mana pula?

16. ANAK AYAM MAKAN NASI , MESTILAH KITA KASI MENGASI
Jawapan: Atas kek ada buah ceri,apa yang kau mahu beri?

17. ADA BULUH NAMA PERINDU, MESTILAH KITA RINDU MERINDU
Jawapan: Kita hidup memang berbudi, Merindu hanya pada yang sudi.

18. ANAK MAK KECIL SEKALI, JANGAN LAH BERKECIL HATI
Jawapan: Masa kecik main guli, kecil hati tidak dipeduli.

19. NAIK POKOK AMBIK JAMBU, JANGANLAH SUKA BERJAMBU-JAMBU
Jawapan: Bila bosan suka merambu,sedapnya dapat makan jambu.

20. ANAK KECIL PERGI KELAS, JANGAN LAH KITA PONTENG KULIAH
Jawapan: mencari Ali sahabat pena,pantun kau macam tak kena.

21. PERGI KELAS DENGAN KERETA, JANGAN LAH MENDERHAKA
Jawapan: Mari berjalan ke kota melaka,anak derhaka masuk neraka.

22. MAKAN ROTI DENGAN KARI ,JANGAN SUKA BERLARI
Jawapan: Si dia lalu di bawah ampai,bila berlari cepat sampai.

23. SAKIT HATI DALAM DIRI, JANGAN SUKA MENYENDIRI
Jawapan: Perlu ada jati kendiri,menyendiri nak bawak diri.
24. DALAM BILIK ADA AIR , KENAPA SUKA MENGAIL
Jawapan: Basuh baju di kedai dobi.suka mengail sebagai hobi.

25. PAGI-PAGI TENGOK TAYAR, KENAPA SUKA BERHAYAL
Jawapan: Dalam hati ada taman,suka berkhayal jejaka idaman.

26. MAKAN NASI DENGAN GULAI. MEMANG SAYA SUKA MENGILAI
Jawapan: Nak bbq kena buat bara,mengilai tak manis anak dara.

27. DALAM BEG ADA BUNGA , MEMANG SAYA SUKA BERBUNGA-BUNGGA
Jawapan: Makan mangga manis rasanya,hari berbunga ada yang punya.

28. ADA IKAN DALAM KUALI , MATA SAYA SUDAH LALI
Jawapan: Pergi sekolah dengan papa.mata lali pada apa?

29. ANAK KECIK MAKAN GULA ,MEMANG SAYA SUKA BERDUKA
Jawapan: Bila periksa nombor dua, suka berduka cepat tua.

30. Kupu-kupu sama dgn rama-rama, dah agak lama lah
Jawapan: Hati marah jadi batu, apa yang lama tu?


Komen pantun Nurul Ashikin Saari:

1.Mencari getah seisi rimba , Tamatlah sudah puisi hamba.
Jawapan: Anak pak Mat memang beriya, sudah tamat suka hati lah ya.

2. Anak muda leka berhibur , Akal fikiran menjadi kabur
Jawapan : Budak kecik tengok ultraman, bila kabur hilang pedoman.

3. Aminuddin Baki sumber inspirasi, Menjadi tokoh setiap generasi
Jawapan : Bukan mudah nak cari pengganti, itu tokoh yang perlu diingati.

4. Mee hailam buatan Cik Hajar ,Malam-malam mesti belajar
Jawapan : Baca buku tepi tempayang, malam perlu tidur la sayang.

5. Pak wahab naik lori Orang jahat kena gari
Jawapan : Makan nasik dengan kari, kena gari tak dapat lari.

6. Banyak halangan memilih Dekan, Basuhlah tangan sebelum makan
Jawapan : Pergi pasar beli makanan, kalau tak basuh nanti keracunan.

7. Hari isnin minum kopi Mak jenin pakai topi.
Jawapan : Minum kopi cap benggali, tak nak aku pakai topi

8. Pen biru pen merah Jangan malu kena marah.
Jawapan : Kita hidup perlu beralah, kena marah menangis sajalah.

9. Budak-budak baru belajar Jangan jadi kurang ajar.
Jawapan : Kita jadi seorang pelajar, kurang ajar perlu belajar.

10. Anak kambing makan nasi himpit, Janganlah kamu jadi mat rempit
Jawapan : Emak suka makan kuih sepit,jauhkan diri dari merempit.

11. Kalau ada masa yang panjang Sudi-sudikanlah anda datang
Jawapan : Aku ucapkan selamat petang, malas pula mahu datang.

12. Kuda pak Abu mati disungai Jangan suka buat perangai.
Jawapan : Sangat suka ikan sungai, biar dia buat perangai.

13. pergi ke klinik hidung berdarah Janganlah kamu suka marah
Jawapan : Hujung minggu ke Sungai Kelah, suka marah bila bermasalah.

14. Anak lembu dalam pukat Cepat-cepatlah bayar zakat
Jawapan : Anak kambing hidung tersumbat, ayahanda sudah bayarkan zakat.

15. Mawar merah penuh duri Janganlah suka meninggi diri
Jawapan : Jangan suka kita berkelahi, meninggi diri tidak disukai.

16. Ke rumah nona naik kereta Kenapa kamu suka membuta.
Jawapan : Pergi berjalan tak dipelawa, bila membuta bahagia jiwa.

17. Makan epal dengan gajus Adakah kamu berasa bagus
Jawapan : Ulam raja dan ulam gajus, tak baik perasan bagus.

18. Naik basikal ke kedai mamak Kenapa orang selalu tamak.
Jawapan : Mahu duit kau tak bagi, orang tamak selalu rugi.

19. Naik bas laju-laju Pegi kelas tak pakai baju
Jawapan : Si Ahmad kawan si Raju, seksi la tak pakai baju.

20. Budak kecik angkat kotak Perut buncit kepala botak
Jawapan : Sedap pula makan bubur, kepala botak rambut gugur.

21. Pegi sekolah pukul lapan Cikgu besar jual rotan
Jawapan : Menjala guna jala pukal,mahu rotan budak nakal.

22. Warna kuning baju kamu adakah kamu tidak jemu.
Jawapan : Baju saya warna biru, belajar tak boleh jemu.

23. Makan ulam dengan budu jangan suka rindu-rindu.
Jawapan : Kekasih saya namanya Salleh, takkan rindu pun tak boleh.

24. Anak kuda masuk kandang Jangan suka pandang-pandang.
Jawapan : Masa sekolah main bola baling, pandang pandang kena jeling.

25. Makan kopi cicah roti Hari-hari minta cuti.
Jawapan : Mari tunjuk jalan ke sana, minta cuti mahu kemana?

26. Ayam berkokok atas peti Orang merokok cepat mati
Jawapan : Kita insan kekasih sejati,mereka merokok tak takut mati.

27. Hari-hari makan Maggi Nenek tua tak ada gigi
Jawapan : Sejuknya mandi air perigi, tak ada gigi buatlah gigi.

28. Jika hati sudah suka Jangan buat-buat muka.
Jawapan : Pergi berjalan ke melaka, buat muka tandanya suka.

29. Kalau ada terasa hati Jangan disimpan di dalam hati.
Jawapan : Ibu marah berkecil hati, tak pernah ku simpan di dalam hati.


Komen pantun Norazila Rasid :

1.Pokok kelapa tinngi bergalah..korang memang tak reti mengalah
Jawapan: Hari ini mahu ke pejabat pendaftar,pantang mengalah sebelum dicabar.

2. Ambil berus gosok sendiri, kena la pandai berdikari
Jawapan: Kahwin dengan mamak makan kari,hidup di universiti memangla berdikari.

3. Anak angsa panjang tekak,lau xtahu terus la cakap
Jawapan : harap kamu sihat selalu,mahu bercakap tapi malu.

4. Teluk intan banyak cendawan,walaupun hitam kau tetap menawan.
Jawapan : Hitam-hitam si tompok manggis, di kata hitam janganlah menangis.

5. Penat bekerja muka berminyak, bila nak makan nasi minyak?
Jawapan: Nenek suka makan rengginang, Tunggu cik abang datang meminang.

6. Makan buah berangan ditepi kolam, Kuat berangan gelap masa depan
Jawapan: Pergi kenduri ada kugiran,gelap bila tak berpelajaran.

7. mak andan buat ketupat,jangan asyik mengumpat
Jawapan: Memang sedap makan ketupat,kalau mengumpat pahala tak dapat.

8. lain hari lain waktu,kenapa fikiran ku tak menentu.
Jawapan: Buah manggis masam rasanya,fikiran mungkin rindu padanya.

9. Adik suka bawa beg galas, banyaknaya nak kena balas
Jawapan: Adik ila orangnya malas,memang pening nak balas.

10. Sudah jemu makan di restoran,melawan hanya pada kebenaran.
Jawapan: M asa kecil berkawan, bila besar mula nak melawan.

11. Dari hilir ke hulu seberang, jangan la malu2 sayang
Jawapan: Setiap hari asyik terbayang, Malu tandanya rasa sayang.

12. Bagai pinang terbelah empat, rasa macam nak sepak2.
Jawapan: Makcik Leha suke memasak, siapa pula yang nak di sepak?

13. Kain baju bersulan baldu..aku tahu kamu rindu
Jawapan: Anak kecil main lelayang, rindu itu tanda ku sayang.

14. Gulai kari masak lemak..teringat pulak kat mak.
Jawapan: Makan pagi dengan nasik lemak, apa lagi telefon lah mak.

15. Minum sirap dicampur cincau, tak habis2 nak mengacau
jadi polis perlu memantau,siapa dia yang mengacau?

16. Kelawar terbang tinggi - tinggi, jangan amalkan sikap pentingkan diri
Jawapan: Jam sudah habis bateri, pentingkan diri penumbuk diberi.

17. Taik ayam taik itik,banyak cantik..
Jawapan: Bila ayam suka itik, ya aku memang cantik.

18. Ikan sotong disumbat tepung..perut aku mula kembung
Jawapan: Mari bercuti ke Teluk Senangin, kembung sapulah minyak angin.

19. Pergi ke kedai beli seluar, hari minggu jom kita keluar
Jawapan: Pahlawan lama hang Laksamana, tapi mahu keluar mana?

20. Patah tumbuh silih berganti, sampai sekarang tak ada pengganti.
Jawapan: Beli kek dengan ceri, mahu pengganti aku cari?

21. Bawa kertas buat layang - layang, padam muka orang tak layang.
Jawapan: Parut si buah kelapa, Tak layang tu apa?

22. Dalam hati ada taman, aku sudah berteman..
Jawapan: Rindu kekasih suka terkenang,bila pula mahu bertunang?

23. Cendera selasih,cendera kirana..kerana kasih hidup merana.
Jawapan: Jangan jadi orang yang goblok, ikutkan kasih lari ke lombok.

24. Cicak terlekat pada pokok sena, encik hendak kemana..
Jawapan: mahu berjumpa putera raja, saya hendak ke toilet sahaja.

25. Anak itik berlari - lari,jom kita kawin lari
Jawapan: Tangan Mak Nab kena gari,Ya rabbi mintak simpang kawin lari.

26, Teka teki teka tekok..ular mati isap rokok.
Jawapan: Bila tua dah mula bongkok,mati cepat hisap rokok.

27. Makan nasi dengan sambal belacan, Dr jangan la garang..
Jawapan: Tak elok minum air gas, bukan garang tapi tegas.

28. Ikan kering masak kuning,kami semua mula pening- pening.
Jawapan: Ikan kering campur ikan kaloi, pening tapi markah berbaloi

29. Anak itik anak ayam, kamu semua belum sembahyang
Jawapan: Pen sudah habis dakwat,segera sembahyang jangan lewat.

30. Bangun tidur awal - awal. Dr sungguh lawa..
Jawapan: Pasukan polis memang berjasa, lawa muka lawa budi bahasa.

Oke dah siap dah! Sudah pasti pantun yang dibina ni kelam kabut. Jangan gelak!


Comments

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Selesai SUMASA