32 weeks day 7

Assalamualaikum.

Belog dah berhabuk? Datang singgah nak mengemop kejap.  Mungkin lepas ni berhabuk balik.

Entah kenapa, aku pandang laptop atas meja. Aku bukak blogger.com. Aku masuk email & password. Aku terus create new post.

Aku barangkali sudah teringat-ingat cuti panjang bermula 20 Ogos nih. Tapi terkenang jugak apa yang sepatutnya aku perlu selesaikan sebelum cuti nanti. Takut-takut bila aku balik bercuti nanti akan menyusahkan ramai orang sebab ada kerja-kerja yang tertangguh.

Maka minda dan otak aku sungguh celaru. Otak yang sedang beratur panjang tema dia.

Satu siap. Ada lagi satu. Dua siap. Tiga pulak yang menanti. Empat dan lima dan enam dan dan dan... *pitam*

Oh lupa mahu bilang harini sudah 32 minggu 7 hari kandunganku. Alhamdulillah. Harap-harap September akan menjadi hari yang indah dan bersejarah. InshaAllah.

Belum pernah langsung rasanya aku berkongsi cerita alkisah semua ini. Tak ada rasa nak kongsi? Tak jugak. Tapi mungkin rasa sedikit segan. Bukan semua cerita boleh cerita. Kena ingat tu.

Tapi kalau aku cerita, boleh la jadi diari kecik kan? So 10 tahun yang akan datang, kalau baca balik cerita lama-lama mesti rasa seram-seram geli. Agaknya lah. huhu

Doakan yang baik-baik aja dong untuk aku & baby InshaAllah. Doa-doa jugaklah akan ada sambungan lepas dari post yang ini.

Sebenarnya banyak sangat cerita best yang nak kongsi kat sini. Nanti lah ya aku fikirkan mana-mana cerita sensasi yang perlu aku kongsikan.

Nak sambung kerja balik.

Bai-bai.

Comments

moga semua dipermudahkan ya puan nita =)
Teratak pena said…
semoga dipermudahkan ye dik... Amin...

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA