Baik ke buruk 'Langkah Bendul'?



Sebelum pergi jauh meh aku terangkan dulu apa maksud langkah bendul.

Simpulan bahasa 'Langkah Bendul' maksudnya: Adik berkahwin terlebih dahulu dari kakaknya.

Dikala zaman dah moden ni, aku tak pasti dalam kalangan ahli keluarga korang ni masih nak amalkan or percaya dengan istilah 'Langkah Bendul'. Tapi walau-walau macam mana pun, kalau dah si adik nak kahwin dulu. Mesti si kakak akan dapat sesuatu or hadiah untuk penghargaan sebab bagi adik kahwin dulu.

Kalau yang rasa kaya raya dan banyak sangat duit tu, boleh lah mintak serba berdiri macam adik dapat. Adik dapat cincin, kakak nak cincin, adik dapat rantai, kakak nak rantai, adik nak henpon, kakak pun nak henpon. Memang MATI bakal si adik ipar. Kes yang macam ni tak ramai. Tapi adaaa...

Biasanya kakak akan dapat cincin, kalau yang tekad nak barang kemas lah kan. Tapi kalau dalam kalangan ahli keluarga daku, takkan dapat lah barang-barang mahal sangat camtu. Lebih kepada rasa timbang rasa dan perikemanusiaan. Setakat dapat baju or kain telekung tu sudah cukup memadai. Daripada tak dapat langsung kan?

Orang nak kahwin ni banyak sangat nak pakai duit. Nak bayar pelamin, nak bayar mekap, nak bayar photografer, nak bayar baju, nak bayar canopy, nak bayar duit belanja kenduri lagi. Semua nak bayar bayar bayar bayar. Lainlah kalau dah anak hartawan dan dermawan ke. Apa ke haram jadah jadik kakak nak mintak macam-macam lagi menyusahkan orang lain. Kesian lah kat adik tu kan.

Cuma persoalannya:
Bak kata orang tua-tua langkah bendul ni kengkadang semacam ada 'perkara tak baik'. Mean, si kakak yang mungkin akan jadik lambat kahwin dan lambat bertemu jodoh. Si adik dah beranak pinak, tapi si kakak still maintain anak dara. Ishk. Percaya ke?

Tak boleh percaya sangat benda-benda camni. Cuma nak sedapkan fikiran kita, seru belum sampai. Tapi, bukan nak cakap apa lah kan. Mengikut apa yang berlaku kat alam sekeliling aku, semacam ada kebenarannya. Banyak sangat dah kawan-kawan aku yang dah kahwin guna langkah bendul, then si kakak still belum kahwin sampai sekarang. Upsss.

Malas nak komen lelebih. Sebab aku pun rasa seram sejuk jugak nih.

Alkisahnya:

Adik aku yang nak kahwin dulu dari aku nampak gayanya. huehue. Aku tak kisah pun, yang penting adik aku dah bersedia nak kahwin dengan pilihan hati dia. Kalau nak tunggu aku then tak nak langkah bendul, memang berkulat lah adik aku tu tak kahwin. :D jarak umur kitorang pun tak jauh.

Yolaahh, kakak dia Si Anita ni memang tak nak kahwin awal-awal kununnya selagi tak kumpul harta dunia...

Lagipun adik aku ni lepas grad terus dapat kerja! Memang luck die sangat besh dan baik. Tak macam aku ni yang belajar tak habis-habis kerja pun belum tentu. sobs.

Okelah. Ada sesiapa yang single kat luar sana? Meh ngorat aku supaya aku tak jadik andalusia bila dah di langkah bendul nanti. haha :p

saja nak tempek muka aku dengan adik aku yang dah teringin benor kahwin awal. ada sama?memang tak! sebab dia lagi comel dari aku T_T mungkin sebab tu jugak jodoh dia datang awal naik jet. Jodoh aku mungkin tengah on the way naik sampan.



Comments

Anonymous said…
jodoh masing-masing.. hahhaa..
HEROICzero said…
ucap tahniah untuk dia.

insyaAllah, kalau ada jodoh nya. selesai dulu yang mana perlu. =)
Teratak pena said…
kalau jodoh tak ke mana. bukan kita yang menetapkan jodoh... kalau nak jadi sekelip mata je... walau bagaimana pun jangan sedih mungkin ada yang tengah tunggu Cik Anita tu...
puanstoberi said…
hampir sama lah dan napak sebaya. hihi.
apa pun toksah duk pikir la yg lmbt kawen ke hapa.
Akak ipar akak pun adik dia kawen dulu (ni belah suami akak), skang da kawen pun. no hal lah.
kita kan percaya kan qada' dan qadar Allah.
Lambat tu sbb kita nak dipertemukan dgn insan terbaik utk kita. :)
Anonymous said…
paras rupa dah ada tu. dua2 pun lawa.
jangan kawen lambat sangat

eh.. mana satu cik anita? haha
Unknown said…
kakyong dulu pun adik kahwin dulu...

x mintak apa pun, tp depa bagi kain sepasang & kasut sepasang.. itu ajer.. lagipun malas nak berkira... 2 tahun kemudian adik lelaki kahwin, pastu 2 org lagi adik kahwin, jodoh kakyong sampai selepas 7 tahun adik yg 1st tu kahwin..

apa2 pun, jodoh tu masing2.. yakin lah dengan ketentuan Allah...



n3 terbaru kakyong.com
Kenali Sahabat Ibu : Ummi Ina @ Our dreams of Life
Jom beriklan @ kakyong.com
Asmara versi Flybait
ghost said…
ehem..ehem...(bukan deheman mengombal tau..haha)

kita masih terikat dengan pemikiran dan kepercayaan orang2 dulu,sebenarnya kalau dilanggar pon tak bagi apa-apa musibat.cuma soal cepat atau lambat saja kan...

chill,nanti akan ada masanya. :)
Cik Anita said…
@khuzrin
memang jodoh memasing!
tapi jeles gak kot pada mereka yg berjodoh awal..huk

@heroizero
yerp! akan disampaikan...

mahu selesaikan misi berbakti pada keluarga dulu InsyaAllah. Juga beli kereta. Vromm..vromm~

@kak siti
eh tak sedih pun kAk siti. Nita lebih mendoakan yg terbaik untuk si adik.

tulah..tunggu kucing bertanduk! :P
Cik Anita said…
@kak reen
InsyaAllah.. kak reen doakan yg terbaik tau untuk Nita. Kot-kot nanti seru tu datang cepat, kak reen wajib datang tau majlis Nita..hihi. Perasan betul!

@rozami
eh lawa ke? maceh-maceh~ :P

Mana satu nita? alahai...nita yg tak lawa tuh..keh keh
Cik Anita said…
@kak yong
eh yeke? hehe..
InsyaAllah.. ketentuan jodoh tu memang dah ada kan. Cuma panjang umur dengan tak je.. :) tenkiu kak yong~

@ghost
ehemmm..ehemmm jugak! haha :P

itulah yag dikatakan "biar mati anak jangan mati adat" tapi tak sesuai pepatah ni dah kan?

yesh. Memang sedang chill! :)
Zuriana Zainun said…
ku doakan jodohmu juga akan sampai tidak lama lagi dan dipertemukan dgn insan yang secocok dgn dirimu yg ucuk itu..hikhik....
Cik Anita said…
@zuriana

zue masyem~ insyaAllah..doakan lah ye. Pepatah die kenang daku dlam doa mu..haha. Komferm punya ko naik pelamin dulu nih dari aku..ciss~
puanstoberi said…
Insyaallah...jika dijemput dan takde halangan, bule smpai <(^,^)>
wanie mimok said…
Aku tak tahu nak minta ape ni.. mntak kucen blh dop?
Unknown said…
akk dlu mmg kena langkah bendul 3 kali....hahahahhaha mmg merasalah hadiah dari bakal adik ipar.....sebentuk cincin dan sepasang kain untuk dibuat baju, makanya daptlah 3 cincin dan 3 pasang baju. Tu je lah hadiah dr adik ipar dan selepas itu mmg xdenya istilah "hadiah" dari mereka. Perlu bagi akk hadiah untuk langkah bendul tp atas kemampuan bakal pengantin lelaki..

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...