Suasana rumah baru...
Salam.
Aku dah hampir seminggu duduk rumah baru.
Tanpa tv.
Tanpa kipas.
Tanpa dapur.
Tanpa peti ais.
Tanpa almari.
Tanpa toto.
Tanpa mesin basuh.
Dipendekkan cerita tanpa semuanya..
Yang ada hanya seterika! Nyawa untuk aku bekerja dengan selesa. Dan cerek elektrik untuk minum dan makan megi setiap malam.
Baju-baju dan aksesori aku hanya susun di tepi dinding. Tudung-tudung aku hanya ikat di langsir tingkap.
Setiap malam keadaan sangat sunyi sepi, rutin setiap malam aku ulang baca novel-novel lama ditemani bacaan yassin yang dialunkan oleh hp ku untuk menghindarkan rasa seram. Walaupun begitu keadaan sangat tenang dan aku sukakannya.
Dan malam tadi...
“Tuk tuk tuk..ketukan di pintu bilik.” Aku pandang sepi pintu tu. (aku baring di ruang tamu)
Aku meneruskan bacaan novel dan aku terdengar lagi;
“Tuk tuk tuk...” ketukan itu lagi.
(siapa yang nak ketuk pintu bilik dalam rumah? aku dalam rumah sorang-sorang je...)
Ah sudah! Aku akan seram lagi sepanjang hidup.... T_T bunyi apakah itu aku malas mahu fikir. Adakah rumah aku duduk ni ada kisah silam yang aku tak tau. Ah janganlah. Tolong jangannnn.
Comments
rumah baru ea..sorang je??
tak tau sapa yg ketuk lah sayang. hish. mainan perasaan je kot.
ada osmet, dia kerja malam.
cicak pun rajin gak main tuk tuk tuk tu.
dia mcm hempas2 dia nyer ekor utk tarik perhatian pasangannya.
Huhu :D
Tkde apa lah tu. Insyaallah..seme akan ok. doa bebanyak :)
takut gtu..
tp bkk la ayat2 apa yg patut..insyaALLAH..
haaa.
betul jugak tu. jadi pasni ni pikir cicak je ar camtu.hehe.
eh sayang. jangan lah cakap seram2..hehe
oke je kan.
positif2..
bak kata kak reen tadi, cicak yg ketuk pakai ekor dia.hehe
InsyaAllah :)
memang seram habis la. tp buat2 tak seram.hehe..
ingat tak lama sangat kerja sini, jadi beli barang pun tak nak lah banyak sangat..
bawa sambal udang dan petaiii...
jom makan...ngeeee
akhirnya ada juga yg berkenan kat amu ya.....
errmm