Sambung belajar di peringkat Master. Apakah pendapat anda?

Assalamualaikum...

Aku nak mintak pendapat kalian rakan blogger. Plish. Plish. Plish.


Dalam masa beberapa minggu ni kepala aku dah mula berdetik kencang nak sambung belajar ke peringkat seterusnya. Betul-betul serius. Selepas aku mendapat green light dari emak dan ayah aku serta beberapa ahli keluarga aku serta dorongan sahabat-sahabat. Eceh.


Tapi...


Aku semacam terdetik persoalan yang agak berat iaitu, selepas aku menamatkan pengajian di peringkat master nanti. Apakah sebenarnya peluang pekerjaan yang aku akan peroleh. Adakah bergantung pada kos yang aku ambil. Atau bagaimana? Dan apakah pra-syarat untuk menjadi seorang pensyarah? Adakah cukup dengan master. Atau perlu menyambung PHD pula? (sebab dalam hati cita-cita nak jadi pensyarah)

Aku dah mula pening dah ni walaupun niat di hati sangat lah berkobar-kobar untuk sambung belajar. Aku risau akan kesukaran mendapat kerja selepas itu. Sedangkan degree yang ada sekarang ni pun susah nak dapat kerja. Apatah lagi master? Risau juga nanti akan merugikan masa dan usia. Menambah hutang pun ye.


Ada jugak pendapat yang aku dengar menyatakan, kalau ambik master perlu ambik PHD jugaaa. Ambil master bukanlah untuk suka-suka.


Atau sebenarnya tak perlu pun untuk sambung master. Atau perlu bekerja terus dan menyambung master di kemudian hari. Pening! takut nanti dah semakin berumur malas nak sambung belajar. Kan?


Aku benar-benar perlukan khidmat nasihat kalian. Tolong lah sayaaaaa. Perlukan pendapat berdasarkan pengalaman rakan sekeliling kalian barangkali.


Dalam dilema. Ouh dilema sungguh!


***

1st Respons from Kak Reen a.k.a Puan Stoberi siap ada special entry untuk aku. Thanks!!

Comments

puanstoberi said…
Kalo dari akak, terpulang pada Anita. Sbb akak mmg nak further Master, tp sampai la ni tak smbg. Tp Insyaallah akan sambung, tambahan lagi dgn pengumuman bajet smlm. Lagi smgt nak smbg.
Kalo da keja mmg rasa cam malas2 je nak smbg. Lagi plak kena part time.
Tp kalo takde utang ptptn, akak mmg galakkan Nita smbg je trus. Tp kalo ada utang ptptn, dan lps tu nak smbg pun guna ptptn, elok pikir semula masak2.
Slh satu sbb aku tangguh juga sbb nak setel ptptn. Dan takmo guna loan ptptn lagi (guna loan ofis je).
So, terpulang. Kalo rasa oke, sambung. Pasal keja tu, toksah duk pikir sgt. Tunggu kami2 ni seme pencen umo 60thn nati ya. Hahhaa (ok, just joking)
puanstoberi said…
Mangai..udah rupa entry kat blog.
Oke. Jap gi akak buat entry khas utk Nita kat blog akak yer. Leh akak terangkan panjang lebau kat sana :)
Aniz said…
pendapat aniz, kerja dulu cari pengalaman sikit baru sambung master..tapi terpulang pada nita lah..niat tu dah baik dah..tinggal kena pilih cara terbaik jer...all the best k...=))
Chekgu Azrine said…
sebelum tu akak nak tanya sis masa 1st degree buat bidang apa??if dah tahu akak blh terangkan dengan lebih lanjut.. lain bidang.. lain keperluan dia utk buat master..
ghost said…
aku nak bagi pendapat pun,kelulusan sangatlah gampang.tapi kalau aku ada peluang macam kamu,Nita,aku pasti akan sambung belajar.
cik dila said…
emmm,payah sebenarnye nak bg pandangan since aku degree pun tak hbs lagi.. tp aku tgk skrg ni org amek master dah mcm tak de pape,degree lagi lahh..org pandang sebelah mata jew,haha..

selagi usia masih muda dan mampu,elok lah nak sambung lagii..
Unknown said…
kalau betul2 serius, buatlah master. nanti dpt jadi lecturer.. better kalau kerja dulu kat mana2 U then apply utk sambung belajar.. dah habis study nanti kerja dah menunggu..

sya sokong 200% dari belakang...
erm..xtau nak komen apa..

yui pon dok lagu ni.aje..hehehe..
Cik Da said…
buat la nita klu dah ada niat nak belajo rugi klu x ambik...nanti nenyesal pula....
puanstoberi said…
Nita,

Akak baru dpt satu lagi info.
Cuba masuk ini dan try apply.
Akak da masuk kategori TIDAK LAYAK MEMOHON. Huhu :D

https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php
belajar lah nita kak ita sokong 100%...nanti bila dah berkeluarga agak susah ..perlu banyak pengorbanan.....so cuba yg terbaik..keputusan di tangan nita sendiri....
Dzasc Skachers said…
blog yang bagus.. tapi lebih bagus sikit kalau ubah background tu kepada warna yang lebih cerah.. :D sakit jgk mata ni.. sekadar masukan

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...