Sambung belajar di peringkat Master. Apakah pendapat anda?
Assalamualaikum...
Aku nak mintak pendapat kalian rakan blogger. Plish. Plish. Plish.
Aku nak mintak pendapat kalian rakan blogger. Plish. Plish. Plish.
Dalam masa beberapa minggu ni kepala aku dah mula berdetik kencang nak sambung belajar ke peringkat seterusnya. Betul-betul serius. Selepas aku mendapat green light dari emak dan ayah aku serta beberapa ahli keluarga aku serta dorongan sahabat-sahabat. Eceh.
Tapi...
Aku semacam terdetik persoalan yang agak berat iaitu, selepas aku menamatkan pengajian di peringkat master nanti. Apakah sebenarnya peluang pekerjaan yang aku akan peroleh. Adakah bergantung pada kos yang aku ambil. Atau bagaimana? Dan apakah pra-syarat untuk menjadi seorang pensyarah? Adakah cukup dengan master. Atau perlu menyambung PHD pula? (sebab dalam hati cita-cita nak jadi pensyarah)
Aku dah mula pening dah ni walaupun niat di hati sangat lah berkobar-kobar untuk sambung belajar. Aku risau akan kesukaran mendapat kerja selepas itu. Sedangkan degree yang ada sekarang ni pun susah nak dapat kerja. Apatah lagi master? Risau juga nanti akan merugikan masa dan usia. Menambah hutang pun ye.
Ada jugak pendapat yang aku dengar menyatakan, kalau ambik master perlu ambik PHD jugaaa. Ambil master bukanlah untuk suka-suka.
Atau sebenarnya tak perlu pun untuk sambung master. Atau perlu bekerja terus dan menyambung master di kemudian hari. Pening! takut nanti dah semakin berumur malas nak sambung belajar. Kan?
Aku benar-benar perlukan khidmat nasihat kalian. Tolong lah sayaaaaa. Perlukan pendapat berdasarkan pengalaman rakan sekeliling kalian barangkali.
Dalam dilema. Ouh dilema sungguh!
***
1st Respons from Kak Reen a.k.a Puan Stoberi siap ada special entry untuk aku. Thanks!!
Comments
Kalo da keja mmg rasa cam malas2 je nak smbg. Lagi plak kena part time.
Tp kalo takde utang ptptn, akak mmg galakkan Nita smbg je trus. Tp kalo ada utang ptptn, dan lps tu nak smbg pun guna ptptn, elok pikir semula masak2.
Slh satu sbb aku tangguh juga sbb nak setel ptptn. Dan takmo guna loan ptptn lagi (guna loan ofis je).
So, terpulang. Kalo rasa oke, sambung. Pasal keja tu, toksah duk pikir sgt. Tunggu kami2 ni seme pencen umo 60thn nati ya. Hahhaa (ok, just joking)
Oke. Jap gi akak buat entry khas utk Nita kat blog akak yer. Leh akak terangkan panjang lebau kat sana :)
selagi usia masih muda dan mampu,elok lah nak sambung lagii..
sya sokong 200% dari belakang...
yui pon dok lagu ni.aje..hehehe..
Akak baru dpt satu lagi info.
Cuba masuk ini dan try apply.
Akak da masuk kategori TIDAK LAYAK MEMOHON. Huhu :D
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php