Wajah kudaku lari gagah berani

Dah berusia dua hari kuda aku ni. 

Inilah wajahnya. 

Tadaaa..


Kuning hitam gitu. Alhamdulillah. 

Menambah satu lagi harta kecik. Walaupun mungkin ada yang merasakan,  hekeleh motor murah je. 

Tapi aku suka. Senang nak ke sekolah kalau ada apa-apa aktiviti. 

Aku fikir banyak kali nak pos kereta dari Semenanjung ke sini. Kot-kotlah tahun depan aku dapat pindah? Dah nak pos balik ke sana. 

Bukan murah beb. 

Pos kereta je rm2000. Kalau pergi balik dah rm4000. Fuh.

So lepas ni taklah aku susah hati nak tumpang-tumpang kawan pergi pekan. Tak jugak serabut nak pinjam-pinjam kereta kawan. 

Bukan diorang tak bagi, diorang ok je. Hehe. Tapi kalau ada kenderaan sendiri kan lagi senang. Sebab banyak urusan boleh setel cepat. 

Biar lah aku basah kena hujan pun, yang penting aku ada kenderaan sendiri. 

Tapi sebenarnya aku malu-malu kucing lagi nak bawak pusing maktab. Haih





Comments

Rizziela said…
dah lama x naik motor..dulu senang g kerja naik motor jaa
puanstoberi said…
kalau kena pindah (bukan sbb kita yang minta), semua perbelanjaan termasuk pengangkutan (termasuk angkut kereta motor basikal) - akan dibayar oleh kerajaan.
Tapi, kalau kita sendiri mintak pindah - pepaham je le yer.. :D

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA