bffs

Nur Ulfah Zahira my bestfren yang kini di Sabah yang sedang bekerja di sana.

Aku terbaca post sahabat ku yang seorang ini di dalam Facebook beliau. Tiba-tiba single! Oh tidak. Aku geram sedikit sebab dia tidak ada info apa-apa pada aku mengenai ini. Sebabnya kami memang tak pernah ada rahsia. Ok mungkin dia di dalam mode sedih dan lupa nak bagi tau aku. Aku cuba nak positifkan diri. Kang dikata pulak aku menyibuk kan. Then aku pm (private mesej) die, dan dia kata betul lah perkara tu.

Hm.. Aku turut bersimpati pada dia. Dan tak menyangka perhubungannya semenjak di bangku sekolah dulu berakhir kerana percintaan yang jarak jauh. Bukan sebab masalah peribadi. Boleh percaya ke? So korang ada pakwe makwe yang jauh hati-hati ye.

Juga bersimpati sebab sebelum ini ada desas desus yang mengatakan mereka mahu bertunang, tapi memang dah tak ada jodoh nak buat macam mana lagi. Semoga kau tabah ye sayang! Kumbang bukan seekor beb. Boleh guna ayat kumbang ni untuk ko?



***tapi ekceli aku yakin dalam masa tak sampai sebulan mereka akan rujuk semula.hahaha.perkara biasa lah tuuu

Comments

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

GIVE AWAY CIK ANITA - Dapat Free Baju BARU!