Cokelat oh Cokelat

Aku memang sangat suka dan sangat suka coklat! Alkisahnya :

Bermingguan sudah aku menunggu kehadiran coklat-coklat itu. Tapi masih tak dapat la jugak! Ni yang geram ni. Sahabatku KHZ sudah berjanji mahu bagi aku coklat yang dibelinya di Labuan tempoh hari. Tapi dah nak dekat dua minggu masih belum ada kesempatan nak bagi katanya. Huh! Yeke ni? Ke ditipu-tipu aku je, padahal tak beli pun. Kalau betul kau tipu KHZ aku menangis guling-guling. Hahaha.

Buat apa lah nak menangis kan? Beli sendiri kat kedai sudah. Tapi... kalau beli kat kedai dengan orang lain bagi sangat beza perasaannya. Kan? Hish. Ok tak apa, aku masih lagi dalam mood menunggu sehingga minggu depan. Kalau betul tak ada jugak aku akan pasrah dan mengidam coklat!

Sebab aku mengidam ialah aku dah tak wang yang banyak untuk dibazirkan dengan beli coklat. Persoalannya, memang membazir eh?

Bila aku mahu kayes rayes ni. Tak sabar nak kerja!


***tingg!! kepaa otak sedang ligat pikir nak makan apa gantikan coklat. Kacang tumbuk pun oke!


Comments

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan