Keloyaan dan kerabunan

Aku dapat rasakan ada kelainan pada diri aku sejak kebelakangan ni. Tapi bukan suatu kelainan yang aku suka, bukan juga kelainan sebab aku kurus ke, kelainan aku makin kaya ke. Eh bukan! Aku pun tak pasti la apa bendanya. Tapi kalau kelainan aku kurus murus tak adala aku mengeluh camgini..

Cuma aku sekarang dah tak boleh dah nak mengadap laptop ni lama-lama. Aku pasti akan loya-loya dan pening. Bukan setakat pening je, tapi aku akan hilang arah. Argh! Maksudnya kalau aku menaip dan menaip pun tulisan tu akan jadi hilang hilang dan menghilang. Ya Allah!

Aku nak rabun ke ni? :(

Jujur. Aku tak mahu rabun la.. Susahnye hidup kalau ada empat mata. Bukan sekadar alasan tu je, sebab aku rasa kalau aku bercermin mata. Aku akan kelihatan macam nenek tua. Eh yeke?hehe.. Entahlah, aku malas nak fikir dah.

Muka macam nenek tua di bawah ini :P ke makin glamor? hihi


Kejap lagi nak makan lobak merah banyak-banyak untuk sihatkan mata aku ni. Dan nak juga menjadi rambut kaler oren macam di atas! Opss.. tak ada kena mengena pun Dik Non..



Terima kasih pakcik google di atas sumbangan gambar anda itu..

Comments

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

GIVE AWAY CIK ANITA - Dapat Free Baju BARU!