Puteri air mata

Anda faham atau tak dengan maksud tajuk di atas? Atau kata seertinya dalam bahasa jawa ialah 'ciwek'. Manakala dalam bahasa mudahnya kuat banjir. Kalau anda masih tak faham sila terjun bangunan! Ah susah kan kalau nak bercakap bagi terang, jelas dan nyata. Macam mana la aku nak jadi pendidik yang berjaya, angan-angan jadi cikgu dah ada. Tapi kalau cakap orang lain tak paham aku marah pulak. Makanya aku kot yang perlu terjun bangunan. Oppss!

Sebenarnya puteri air mata itu adalah seorang minah tu. Aku pun tak paham sejak kebelakangan ni dia sangat sensitif. Apa sahaja yang ada di sekeliling dia, ada saja yang tak kena. Cepar benar terasa hati. Nak diikutkan bukan sensitif, aku tengok minah ni dah macam kepala hangin. Ah minah! Ko memang buat aku serabut tau x? Sebelum-sebelum ni aku tengok dia ni seorang gadis yang ceria dan periang. Suka buat lawak pun ya. Tapi sekarang dirinya semakin pendiam. Memang parah!

Macam petang tadi, tak ada angin melintang apa. Tiba-tiba dia terasa hati. Mengapakah? Hish, kalau boleh aku dah nak sekeh-sekeh kepala dia. Biar la dia tahan air mata dia tu. Pasal apa la nak membazirkan air mata yang orang tak nak tengok tu. Kalau dah pasang kepala paip, dah penuh dah rumah aku satu tempayan. Tak bayar susah-susah bayar bil air yang mahal.

Aku nak tanye ko sket minah. Ko ada masalah ke? Ko ada pendam perasaan ke? Kalau ada ko jangan la suka-suka nak emosional. Geram je aku tengok muka sekupang ko. Tadi aku nak sekeh ko, sekarang aku nak lempang-lempang ko pulak biar puas hati aku ni.

Apa yang aku tengok jugak, ko akan cepat terasa hati bila kat kampung halaman. Kenapa? Ada masalah keluarga ke? Aku tak rasa pun macam tu. Tapi kenapa ko nak tiba-tiba nangis depan keluarga ko? Hm.. Ko memang manusia yang pelik la. Sebab tu aku labelkan ko dengan nama puteri air mata.

Nasib lah kan ko bukan dalam pantang kan. Kalau dalam pantang ko asyik suka nak nangis je macam ni mesti ko dah digelar gila meroyan. Adush! Mintak simpang malaikat 44.



***sebenarnya minah puteri air mata itu adalah anitadahahs. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

GIVE AWAY CIK ANITA - Dapat Free Baju BARU!