Ramadahan Al-Mubarak

Bangun tidur je aku terfikir sesuatu pagi ni. Ah!

Besok bakal tiba 1 Ramadahan. Syahdu aku rasa, sebab berjauhan dari kampung dengan emak dan adik-adik dan bukan berpuasa seperti biasa di rumah. :( Mungkin juga syahdu kerana bulan Ramadhan ini bulan yang selalu ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia. Bulan untuk melakukan amal ibadah dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah aku akan cuba untuk penuhkan malam hari dengan solat Terawikh! Aku akan cuba untuk tahun ni. (bukan main-main oke)

Tapi desas-desus kata besok cuti memang pentipu! Hish. Baru je nak berangan besok bersenang lenang di dalam bilik sampai waktu berbuka puasa. Padahal aku tak boleh puasa pun ni. :P Rasa rugi laaa bila hari pertama tak puasa! Excited tu tak ada la jawabnya.

Neway aku mahu ucapakan:

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA.



***sebentar lagi mahu talipon bonda! Kesian bonda di kampung pasti tiada siapa yang nak tolong masak juadah berbuka puasa di rumah. Huk


Comments

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

GIVE AWAY CIK ANITA - Dapat Free Baju BARU!