Si botak

Siapakah yang digelar si botak?

Sangat tak suka lelaki yang ala-ala botak licin. Owh seramnya muka mereka. Tapi ada yang cakap mereka seksi? Errr.. Omaigod! Yang pasti bukan aku lah yang cakap macam tu. Mintak simpang lah agar tidak mendapat lelaki botak. Walaupun hensem aku tak nak. Ada faham si botak yang perasan hensem? Tapi kalau kau kayes rayes aku akan fikir balik seratus kali baru nak kau. *gatal!

Alkisahnya bukan nak cakap pasal lelaki ni botak dek non. Aku cuma nak cakap tayar motor aku dah botak. Tayar belakang pulak tuu. Ni aku rasa mesti bawak Syikin hari-hari yang berat tu. Haha. Ampun syikin!

Dan aku sedang berfikir dan membuat kunci kira-kira berapakah harga tayar itu. Mahu juge dekat seratus. Owh memang melayang la duit aku. Kalau tak tukar kang lama-lama bahaya. Nanti masa hujan licin tayar tu. Ishk aku perlu pikir keselamatan aku dan kawan-kawan.

Keputusannya besok aku tukar. Sekian...


***tp kalau duit keluar beratus pergi soping tak pikir banyak pun. Ah!tumbuk muka aku!

Comments

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

GIVE AWAY CIK ANITA - Dapat Free Baju BARU!