Tengs Dr. Normaliza!
Kelas yang sangat special boleh aku gelarkan untuk semester ini sem 5. Sesiapa yang berada di dalam keadaan aku dan belajar di dalam kelas beliau, pasti akan mengatakan perkara yang sama. Aku cukup yakin. Tidak membosankan dan penuh makna yang tersendiri.
*eh beriya pulak aku cakap kan. dush!
Secara jujurnya walaupun sangat bahagia di dalam kelas beliau, tetapi agak merasa tekanan dan terbeban dengan kerja yang sangat banyak banyak banyak dan perlu dihantar dengan masa yang cukup singkat. Rasa macam nak menangis buat kerja yang Dr. bagi. Aduhai~
Tetapi sekarang semuanya dah berlalu dan kelas yang sepatutnya 14 minggu hanya menjadi 4 minggu saja! Kami memang dilatih untuk menjadi hebat lah dek non. Apatah lagi tenaga pengajar kami ni hebat kuasa sepuluh!
Apa yang aku cakapkan ni bukanlah rekaan semata-mata, tapi memang jujur lahir dari hati aku. Rasa macam sedih bila kelas dah berakhir tengahari tadi. Tapi walaupun sedih dalam hati tetap ada hooraaay! Mahu lah tak hooray sebab dah kurang dah satu kelas dalam jadual.
Buat Dr semoga perjalanan hidup di bumi Ireland akan penuh dengan keberkatan dan bahagia di samping anak-anak dunia dan akhirat. Amin~
Sila singgah belog beliau nottingham.
Menarik dan berbaloi-baloi...Apa yang aku cakapkan ni bukanlah rekaan semata-mata, tapi memang jujur lahir dari hati aku. Rasa macam sedih bila kelas dah berakhir tengahari tadi. Tapi walaupun sedih dalam hati tetap ada hooraaay! Mahu lah tak hooray sebab dah kurang dah satu kelas dalam jadual.
Buat Dr semoga perjalanan hidup di bumi Ireland akan penuh dengan keberkatan dan bahagia di samping anak-anak dunia dan akhirat. Amin~
Sila singgah belog beliau nottingham.

Comments
i luv da green 1...