Ok STOP
Pagi ini je aku dah join berbagai peraduan a.k.a contest! Aduh baru terasa nak penat. Maka aku pun mahu mandi dan bersiap mahu pulang kampung lepas kelas petang ni.
Sebelum tu, aku mahu menjernihkan keadaan kepada seorang sahabatku. Maaf sesama antara kita, malas dah nak menuding jari atas kesalahan. Sama ada aku atau kamu, aku dah tak kisah dah. Mana ada manusia yang sempurna dan tak buat silap di atas muka bumi ni. Aku silap tafsir? Aku akan mengakui perkara itu. Sedangkan lidah kita sendiri tergigit, apatah lagi antara persahabatan. Maaf.
Harap semua salah faham akan berakhir di sini. Sebab aku rasa letih akan keadaan yang dah kedua kali begini. Hanya kerana tulisan. Itu aku tahu kerana tertulis di laman belog kamu sendiri. Ye. Setiap orang mempunyai hak atas tulisan sendiri, tapi perkara biasalah penulisan kita akan dikritik dan diperbaiki. Macam ala-ala subjek kritikan macam tu. hehe. Dulu tulisan aku pernah dikritik, dan baru-baru tulisan kamu dikritik secara tak sengaja. Maaf sekali lagi.
Aku tidak pasti adakah kamu akan membaca hasil tulisan aku yang ini. Harapan aku, kamu akan membacanya. Atas dasar aku mahu menjernihkan keadaan. Sebab apabila aku berada di dalam keadaan yang keruh, aku akan menjadi serba tidak kena. Harap kamu sahabat memahaminya.
Aku tidak mahu ada lagi salah tafsir antara kita. Atas peringatan untuk aku dan kamu, di mana sahaja kita berada kita perlu peka. Ya! Memang aku tidak peka akan keadaan ini. Bukan sahaja nasihat ini untuk kita, tetapi juga kepada rakan-rakan yang lain.
Sekiranya selepas ini masih ada yang bercakap belakang, aku kira kemaafan aku ini tidak disambut ikhlas oleh kamu. Aku mengharapkan kejujuran itu. Walaupun mungkin kau kata akan meluat degan aku, aku redha. Kerana kau juga yang menyatakan, manusia manusia, manusia...
Aku akhiri dengan, mulut tempayann boleh ditutp, tapi mana mungkin mulut orang.
SALAM KEMAAFAN :)
eh selamat hari raya! hehe

Comments