Raya bersama sahabat

Salam satu Malaysia!

Entri ni dari haritu aku mahu buat. Tapi disebabkan aku sedang batak, ops sibuk menjawab contest maka aku terlupa ingatan kejap. Jadi aku buat la juga entri ni sebab nak 'menghargai' sahabat handai yang tercinta nih! emuah*. Kis korang :D

Mari lihat ke bawah...

1

2

3
Perjumpaan pertama: Group yang datang jauh dari Sungai Buloh dan sanggup turun ke Perak! Sangat terharu dengan pengorbanan korang. Ceh! :P Tq Apo, Bajet, Ecam dan Padil.


Antara mereka aku agak close dengan si dia. Apo? or Buchary. Orang yang simple dan lembut. Cakap selalu buat aku rasa tenang. Ceh! tapi encik cinta aku sangat jeles dan mengamuk kalau aku berkawan dengan dia. haha. Tapi semua tu bakal menjadi kenangan semata-mata. Kerana beliau bakal terbang ke Jepun awal bulan sebelas ni. Sedih beb! :( 3tahun tuuu.. Kalau die balik sini sudah pasti aku dah kahwin! Pesanan: Sila carik amoi jepun untuk dijadikan isteri solehah. Eh boleh eh solehah? Heee.

Manakala gambar ni pulak antara yang macam ala-ala beruk sebab melompat pakai baju kurung. Dush! Memang aku ni buruk perangai tapi tak buruk rupa. Hahaha. Perasan! Sempat lagi ke menara condong Teluk Intan tempat bersejarah ni. Ikut jela mereka ni.. Sebab aku orang sini pun tak pernah nak terfikir amik gambar kat sini. Hehe. Dush!


Gambar 3

Sahabat tercinta masa aku form one dulu. Kami yang sangat nakal! Semuanya lain ragam lain cara. Ishk. Kadang-kadang macam tak ngam satu kepala. Pastu baik balik. Haha. Kawan dengan orang pompuan camtula. Banyak mulut tapi kami baik hati oke. dari kanan, Syuhada, Ela, Zan, Ika, Ety dan Syuhaida.


Yang the last: Open house rumah Rosniza dan suami. Rakan sebaya tapi dah berkawin. Ishk jeles! :p Ini antara sahabat masa sekolah rendah dulu. Mengimbau kenangan lalu yang syok masa zaman air liur meleleh! haha. Sekarang semua dah ayu gitu. Auwww.. (baju purple tu tak tersenarai, die sekadar drebar aku..haha. Jangan marah sistah Najwa :p )

Lengkap!

Raya kali ni aku rasa, jumpa semua generasi sahabat dari kecik sampailah besar. Bukan dari sekolah rendah je. Tapi dari sekolah tadika juga! Tapi tahun depan mesti dah kurang sebab akan ramai yang berkahwin. Sobss :(


Sangat bahagia bila sahabat bahagia! LOVE***

aku rasa ini entri last mengenai raya. Tunggu raya tahun depan baru ada lagi ye. Bye !

Comments

ok, puasa sebulan, maka raya pn mesti sebulan kan. haha.
Cik Anita said…
hahaha.tett.puasa cukup sebulan or x itu rahsia! :P paham2 sudeh..kui3

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA