Sabtu dan Dr. Normaliza

Hallu readers dan selamat petang yang tak petang sangat. Sebab dah malam kan ni.

Petang sabtu yang sangat slow dan aku rasa sangat bosan. Maka aku pun tidur petang yang lama. Bosannya! Hati ni teringin sangat pergi ngedet ke, jalan-jalan tengok wayang ke. Tapi tak ada sapa yang sudi nak ajak. Korang ajak la aku deting.. Tolonglah aku merayu ni! haha. Ayat aku sangat tak boleh belah macam dah mati laki je rupa. :D Padahal kalau bohsan dah boleh sangat dah aku pergi mengadap thesis aku yang berlambak niiii. Tapi nanti lagi la bosan mengadap buku je. Huahua. Sangat tak berwibawa la aku menjadi student upm kan. Sila cepuk aku pelan-pelan yeee.. :P

Alkisahnya aku nak cerita yang aku TERgembira bila ada seseorang komen belog aku. Orangnya ialah : DR.NORMALIZA! yihhaa~ Korang yang tak kenal mesti pelik kan, kenapa pulak lah Cik Anita ni nak poyo hepi-hepi sangat kan. hish. Macam ni, beliau ni merupakan pensyarah untuk kelas BBK3408 untuk semester ini. Jadi kitorang ni wajib mengaktifkan diri berbeloging. Tapi nasib baiklah aku ni memang dah ada belog. Senang la sikit kerja aku. Cuma aku agak sedih, sebab Dr dah komen belog kawan-kawan yang lain. Cuma aku je yang tak :(

Tapi... Akhirnya! Aku yakin dan pasti Dr juga mengikuti perkembangan belog aku. Muahx~ Sayang Dr. Normaliza. Nampak macam bodek tak ayat aku nih. haha :D Ini dia Dr aku yang cun melecun ni...lalalala


Eh Dr. Sori ambil gambar ini curik-curik di Facebook Dr. Suke la gambar ini sebab sangat nice dan cantek :)) Dr ini garang tau, sebab tak boleh suka-suka pakai selipar dalam kelas. Tapi baik hati dan dalam kelas beliau rasa enjoy! Rindu pulak pada kuliah beliau. Sobs~

Kejap-kejap, sebelum lupa, buat kawan-kawan yang ada dalam belog ni dan rajin komen aku tu. Korang pun aku hargai dan sayang juga, jangan jeles ye. Kalau nak ada entri mengenai korang kenalah banje aku makan cokelat duluuu.. :D


Selamat tidur semua..zzzz!



Comments

sitinaminah02 said…
this & that tu blog lecturer ko?
Cik Anita said…
eh. aah, die lecterur aku.
nape ye? ko kenal ke?

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan