Saturday, January 22, 2011

Doa Permudahkan Jodoh


Rasanya dah ramai yang tahu pasal DOA ni. Untuk yang belum berkahwin je kot, kalau dah kahwin ada doa lain yang lagi sesuai. :D Kita ni cuma berdoa dan berserah je. Manalah kita nak tahu apa kerja tuhan. :)


***

Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Dekatkan dia padaku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kemesraan di hati antara kami

Agar kebahagiaan itu kekal abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,

Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini

Ketepian sejahtera..

Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah ditakdirkan dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luput dari ingatanku

Dan peliharalah diriku daripada kecewa..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,

Berikanlah kekuatan melontar bayangan ke dada langit

Hilang bersama senja merah dan gelap pekat malam

Agar aku rasa bahagia tanpa dirinya

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Tercinta,

Gantikanlah yang telah hilang

Tumbuhkanlah yang telah patah

Meskipun tidak sama dengan dirinya

Jika benar cinta itu sejati.

Oleh itu..bebaskanlah ia

ia akan datang dengan sendirinya

Tetapi jika ia pergi dan tidak kunjung lagi

Anggaplah cinta ini memang tidak wujud dari awal lagi...

Amin...


***

*Daku sedikit sebanyak mengamalkan doa ni, tapi bila dah baca rasa semakin jauh dengan dia. Apakah semua ni petunjuk atau perasaan daku sahaja.

"Kalau kita cintakan Allah sepenuhnya dalam usaha kita, akan ada ganjaran nanti. Jadi jangan takut nak mencintainya kalau kita ditinggalkan cinta manusia." Faisal Tehrani.

12 comments:

BLADE EDGE said...

salam anita...

amiiiiiinnnn..... :-)

mama zara said...

haa?
utuk unmaried je?
so mama kene la wat entry sdiri bout doa eratkan kasih sayang suami pada isteri dan kebahagiaan rumahtangga kami...
well...usaha jgn ptus asa..TUHAN itu maha mengetahui...

norMAzuan MUstafa said...

tema kawin jek nih...dah samapi masa?

Mata Hati said...

walau dgn siapa kita dipertemukan, terimalah dgn hati terbuka kerana itulah jodoh terbaik utk kita

Nisa' Azman said...

hye anita.. jom la join contest sy yg xseberape nie ye.. thanks..

http://greennnpanda.blogspot.com/2011/01/colours-of-inspiration-contest.html

Anitadahahs said...

@blade edge
salam..
mekasih! :)

Anitadahahs said...

@mama zarra
hihi. Mama zara dah berbaby-baby, jadi dah ada doa lain yang lebih makbul. Harapnya macam tulah. tq dear!

Anitadahahs said...

@mazuan mustafa
tema kahwin sbb daku macam dah gatal lah ni. anyone calon? sila kenalkan dekat aku..hoho :P

Anitadahahs said...

@ mata hati
InsyaAllah. setiap perkara yang kita lakukan, mesti mahukan yang terbaik.

@nisa Azman
Tq invite join kontes tu yee. If free nanti Anita join! :)

HEROICzero said...

hahaha kalau yg dah kawen, boleh jugak kot.

*dulu ade simpan doa lepas clash. mana pegi tah. keh3x

Myra Arshad (: said...

amin....... :')

bungakuning . said...

doa ni ada saya tempek dalam bilik .
doa untuk jodoh berkekalan ada tak ?

 

Copyright © 2013 | Dunia Cik Anita | by Cik Bulat