3 orang yang bernama NAJWA aku suka sekarang ini.
Entry ni memang entry yang agak basi lah. Sebab bagi aku ramai dah yang kenal dengan nama-nama Najwa yang suara dorang memang layan dan superb! tapi aku still lagi nak gelar dorang ni pendatang baru. Sebabnya, cuba korang tanya pada para emak, ibu, umi yang kat kampung tu..
"Mak! mak kenal tak Najwa Latif, tak pun Najwa Mahiaddin ke?"
Kalau lah aku yang tanya pada bonda aku kat kampung tu, memang haram jadah tak kenal punya. Bukan setakat bonda, kakak-kakak, jiran, makcik aku pun tak kenal rasanya. hahaha. Gelak keji! Entah-entah kenal. Tak bagus aku ni berperassangka burukk..hish.
Yelah, bukan semua orang layan youtube bukak internet ni 24 jam nak kenal dengan Najwa Latif tu senang-senang gitu aja. Siti Nurhaliza nak gelamor pun ambik masa bertahun-tahunnn... Sebab Najwa Latif ni pun gelamor dia dekat you tube je kan. Tapi sekarang ni dah keluar youtube merata bagai femes. Tu aku tak perlu cerita, sebab aku tau para blogger komferm kenal! Tapi kot ada yang tersangkut tak kenal tu. Meh aku tampal muka comel adik Najwa Latif ni satu.
Lagu-lagu yang Najwa Latif nyanyi ni memang mendayu-dayu. Ada lenggok suara dia yang aku rasa sedappppp je dengar then ulang sampai tak reti bosan.
ini Najwa Latif
Oke yang second part nak cerita pasal Najwa Mahiaddin pulak. Aku tak perlu terangkan beliau ni anak sapa dan bagai. Korang pun mesti kenal jugak dengan anak TPM ni. Sumpah! aku baru kenal dia ni beberapa minggu yang lepas sebab terdengar lagu 'got to go'. (sila dengar lagu dia) hihi. Kecian aku ni ketinggalan zaman. Tapi suara dia sangat obersi tau! sedap gilaaa...oh aku memang terpesona! tapi pakaian die pun pastilah obersi seksi gituuu. Huk. Ala-ala chubby tapi still cantek! Molot pun seksi tauu. Nasib baik aku ni pompuan, kalau lelaki dah memang tergoda habis-habisan. :P

Najwa Mahiaddin
Najwa yang terakhir ni korang gali lah lobang cacing kat mana-mana pun memang tak kenal punya! Tapi kalau tanye kat bonda aku ke, orang kampung aku ke, jiran aku ke komferm kenal! Eh biar betul mak aku kenal pulak. Sebab Najwa Kefele ni limited punya. Sebab... dia ni kakak kandungku! keh keh keh. Still nama Najwa jugak kan. Cuma yang aku tau, antara tiga Najwa ni. Suara dia yang paling sedap kalau dengar dalam bilik air jeh. Ehem! Jangan marah ye my sistah. Kidding!

ini Najwa Kefele
Oke habis dah pasal gadis-gadis Najwa. Ada sesiapa artis yang nama Najwa aku tak kenal tak? Kalau ada gitau yaw.
Selamat malam. kerohh krrooh.
sumber gambar: tenkiu pacik GOOGLE.

Comments
Seakan keanak2an.. tp nmpak kdg2 ssuai dgn kematangan. ^_^
aha..kau yang buat aku rasa nak dengar dia.jangan salahkan aku ek...haha
Najwa: yang bermaksud 'bisikan rahsia'. Memang sedap nama tu! orang yang bernama Najwa ni pun manis-manis ayu.. :)
@ghost/bisk:
aha! kau memang dasar lelaki tulen lah bisk. sbb tu kau pun tergoda! aku tak salahkan perasaan kau itu..keh keh.