.Review belog from Puan Stoberi.


Assalamualaikum.


Minggu lepas aku tersangatlah terharu sebab telah di review oleh seorang akak yang sangat baik hati! Sejujurnya aku betul-betul tak sangka akan jadi orang 1st yang di review dalam segmen baru akak nih. * Suprise katanya * oleh akak ‘Puan Stoberi’. Tapi aku lebih senang dengan memanggilnya Kak Reen. Tapi ramai sebenarnya yang panggil beliau dengan nama Kak Da.


belog aku direview di SINI



Sebelum aku pergi jauh meh aku nak tunjuk kakak yang memang jelas terpancar kestoberiannya nih. Tengoklah tu, besaqnya stoberi! Peminat stoberi yang paling tegar di dunia... hihi


.Duta buah Stoberi iaitu Kak Reen!. ;)


Mengenali Kak Reen ni sebab aku masa tu tengah semangat gila nak join semua contest yang mana-mana blogger buat. Tapi bila aku dah submit picca raya masa join contest tu, rupanya aku disable right klik! Sungguh aku memang tak tau boleh copy cara lain masa tu. (control + c) Hehe. Maka aku sedikit gelabah then rasa macam nak cakap banyak kali dengan akak tu sebab rasa excited gila-gila (macam boleh menang) HAHA. Itulah masalah aku sebenarnya, aku ni cepat yakin pada diri sendiri. Tapi bukan rezeki aku untuk menang, tapi mengenali kakak ni hikmahnya aku join contest beliau buat.


singgah SINI nak jenguk teratak stoberi beliau.



Oke berbalik pada cerita kak reen, meh sini Nita perbetulkan pasal picca ni. Dalam picca ni Nita tak ada lah kak reen. Ni semua muka adiks beradiks jeh! Hihi. Yang tengah akak cakap Nita tu, adik Nita yang nak bertunang raya ke 6 ni. Memang selalu sangat ada orang cakap muka kitorang sama, pernah ada yang cakap kitorang kembar. Tapi hakikatnya, kalau dah hari2 tengok dan kenal tak sama pun. Oke tak apa dimaafkan sebab gambar memang mudah mengelirukan orang. :D



Oke.



Sekarang ni aku nak cerita pulak pasal pandangan aku pada Kak Reen ni. Secara kasarnya aku lihat kak reen ni ceria orangnya. Bahkan pemurah hati pulak tu. Sangat banyaklah gift2 yang dia bagi pada para follower dia. Antaranya aku pun pernah dapat! Cumanya entah hilang ke mana. Tak sampai ke tangan aku. Pos ke alamat hostel aku, ke orang lain dah cilok entah. Wallahualam. Aku kecewa jugak sebenarnya. Sebab dok hari2 muka aku tanya opis ada surat untuk aku ke tak. Tapi tak ada  apa pun, Nita nak ucapkan terima kasih kat akak ye sebab sudi bagi hadiah tu. Tak pe, lepas ni Nita akan dapat jugak dari Kak Reen sebab pasal review ni. Hihi ( tak malu)



Seterusnya, pendapat peribadi aku tentang Kak Reen ni, beliau seorang yang tegas pada pendiriannya. Jangan nak cakap sesuatu yang tak ada motif dan yang mampu menggugat kesabarannya. Kalau dia dah cakap jangan sebut pasal tu, sudah jangan ulang lagi. Kang kalau tak memang ada angin kus-kus akak ni datang. Lebih kurang camtu la. Hehe. Tu part yang aku suka tu sebab pendirian beliau yang hakiki. ;)



Jugak hobi Kak Reen sangat suka lah hai melancong ke mana-mana selagi beliau larat! Sangat jeles ouh kekadang tengok. Sebab aku tak mampu nak melancong sekerap beliau. Tapi yang bestnya, kalau Kak Reen ni pergi mana-mana, beliau takkan lupa pada kengkawan blogger dia. Best.



Seterusnya dalam review tu, aku suka ayat Kak Reen ni yang ini:



“if kalo org tu tak hargai seme yg kita buat, walo cemana kita sayang kat dia, tu menunjukkan kita perlu pikir semula samada nak teruskan atau tak. Lagipun, lambat laun, kalo ada jodoh kita ada lah”



Dan ayat ini:



“ Nita ingat ni je, Allah temukan kita dgn org yg 'salah' agar kita dapat menghargai seseorang yg 'betul' suatu hari nati..”



Sejujurnya, aku memang tak mampu nak melupakan si beliau encik cinta aku. Entah, walaupun dah ramai yang menasihati aku tapi aku tetap degil macam nak tunggu kucing bertanduk. Last-last aku yang sakit jiwa macam sekarang ni. Sampaikan aku cakap aku tak nak kahwin kalau bukan dia bakal suamiku kelak. MasyaAllah.



Okelah. Dah panjang berjela dah ni aku cerita pasal Kak Reen. Aku pulak kan yang buat review pasal belog beliau. Hehe.



Kak Reen.. Nita mintak maaf ye kalau apa yang Nita cakap ni ada yang menyinggung perasaan akak ke. Kot kalau Nita tak sengaja buat akak terasa hati ke. Kalau rasa ada yang tak kena ke, sila tegur Nita eh.



P/S Kak Reen. Dah baca post yang ini sila emailkan alamat kak Reen eh. Inbox kat Fb pun boleh. ;)


Wassalam.

Comments

hehe,ni sape review sape ni..tp bgus gak..sama2 kan..

p/s: nita,xder detail kamu lagi kat inbox yui =(
puanstoberi said…
eh...... hahahha.
Skali dia review balik plak. Hihi.

Maceh yer Nita sbb sudi berkawan dan kenal ngan akak.
Akak ni mmg sker je berkawan. Pendek kata mmg mudah mesra, cuma kengkadang je org kata akak sker marah2. Derang tak kenal tu dan tatau apa akak tak sker. Sbb tu jadi camtu. Cam NIta, dari penulisan akak pun Nita dah leh tau kan :)

Err.. kena antar alamat ke?? oke.. oke.. jap lagi akak emel yew :D
cik dila said…
weih,jgn lah sampai tak nak kawen dgn org lain pulak...dahsat sgt tuh.. ;(
cik dila said…
oh lupe..bg alamat,kang aku pos kad raya! bg dkt emel dlm blog aku tuh..
Myra Arshad said…
waahhh. pasni bole review blog adik plak :D
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

hehehe.
sesama :)

harap persahabatan kita ni berkekalan. Amin
Cik Anita said…
@cik dila

ye sayang.

aku rasa macam frust gila babeng ni. ko ada abang tak? meh kenalkan kat aku. haha

oke2 nnt aku email addres aku.
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

adik nak eh?
oke2 nnt bakal difikirkan..hehe
Zana Adieyza said…
blog kekda@pnstoberi mmg best!!! zana suka baca blog tu!!

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA