Majlis Pernikahan Kakak Tersayang!


Assalamualaikum..


Banyak cerita yang aku nak kongsi ni, dari cerita kad raya yang tertangguh, dah raya pun tak sempat-sempat lagi nak aku kongsi kat sini. Kalau sempat, hari dan besok sila lah muntah hijau dengan post aku yang tanpa henti syok sendiri cerita entah apa-apa.


Oke aku mulakan cerita hari raya dengan majlis pernikahan akak aku 5 Syawal yang lepas. TAHNIAH buat beliau kakakku Shima yang akhirnya menjadi isteri orang. Percintaan dorang dari form 6, then sama-sama masuk UPSI, kemudian sama-sama jadi cikgu, kemudian sama-sama kahwin. hehe. Dugaan tu memang sangat hebat lah aku rasa. Mana lah ada hubungan yang tak diduga, sedangkan lidah sendiri tergigit.



Itu dia, abang ipar baru. Abang Hanip. Harap-harap boleh menerima keluarga kami yang sangat kepoh dan bising ni. Disebabkan abang ipar baru aku ni pun orang Jawa, harap-harap tak memilih bab makan-makan. hehe.


Lepas kahwin akak aku ni dah nak pindah duduk Grik, Perak sana. Aduhai, semakin jauh la dengan aku. Kurang dah sorang kakak aku yang suka belanja-belanja free nih. :P


InsyaAllah majlis persandingan akan dijalankan raya haji bulan 11 ni. Kenduri lagi! phew..Kenduri memang best, tapi penat tu tak usah cakap la. hehe.


Tahniah sekali lagi buat dorang!

Comments

sama padan..

cntik2..

nita bila lak?? =p
cantiknya ..sama padan....taniah semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa....
cik dila said…
dr sekolah tu ...
phew,lap peluh..haha..
puanstoberi said…
oh. yg lagi satu tu tunang plak yer.
bes nyer byk kenduri kendara. akak takde dah la. seme da abis kawen dah. hihi :D
Teratak pena said…
tahniah utk kakak Nita... semoga berbahagia ke akhir hayat. tak pe... hari ni kita penat dengan majlis mereka esok lusa mereka penat untuk kita lak....
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

aah..

satu majlis sehari. senang cepat habis..tak apelah, akak lepas ni tunggu turn anak2 buah pulak la kan..hehe
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

terima kasih kak siti,

InsyaAllah. nnt time nita, nita nak rehat lama2! hihi
Cik Anita said…
@cik dila

tau xpe~

saling setia ok la. kalau yang tak setia tu tau mau jadik kekal lama. haha

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan