Majlis Pertunangan Si Adik!
Assalamualaikum...
Kalau tadi aku cerita pasal akak aku yang selamat bernikah, sekarang aku nak cerita pasal adik aku pulak yang selamat bertunang dengan pengarang jantung hatinya. Alhamdulillah.
Bertunang sama hari dengan kakak aku nikah, cumanya majlis adik aku sebelah pagi. Then majlis nikah akak aku sebelah petang selepas zohor. Aku memang langsung tak sempat nak siap, nak tengok adik aku sarung cincin pun tak kesempatan. Makanya aku sangatlah huduh dengan tak mandi dan baju yang basah-basah sebab duduk kat dapur. Cedih betul.
Pelamin boleh kongsi-kongsi untuk dua majlis. Jimat dan berbaloi-baloi. :D
TAHNIAH lah pada korang ye. Kalau tak salah dan silap, adik aku ni bercinta start masa jaman monyet-monyet dalam tingkatan 2 ke 3 camtu. Alhamdulillah dah mengikat tali pertunangan pulak. Perjanjiannya setahun bertunang, maka majlis kenduri adik aku ni tahun depan lah. Akhir tahun la gamaknya.
Tahun selepas tu pun mesti ada kenduri lagi, sebab kenduri aku tunang plus nikah! wah berangan~
Trend jaman sekarang mesti ada outdoor punye. Baru lah kelas kau Jah walaupun tak minum ribena. Tahniah sekali lagi Zeni dan bakal adik Ipar Syah! Dah jadi tunangan orang tu, baik-baik bawak diri. Cabaran bertunang tu orang kata lagi hebat. Tapi bukan aku yang cakaplah. Aku sampaikan saja... :)
"JAGA DIRI, HIASAI PERIBADI..."
Comments
sweet adik nita.. comel betul!
tp gmbr2 terima adiah tu, Nita kan?? dpt sepersalinan yer??
xsbr tunggu ni..
InsyaAllah..
mungkin dalam 2 ke 3 tahun lagi sampailah turn Nita~ :)
harapnya camtu..
doakan Nita ye!
haha.
sebab akak jadik kawan kat fb, tu yang nampak muka comot2 nita tu. nuetral beuty! hihihi
aah..
dapat sepersalinan..tp time nikah dapat cincin pulak..
Haa..
kakaknya coming soon! InsyaAllah :)
thanks!~
apa2 hal pun tunggu Yui dulu!!
hehe