Anita kuat kembali! :)

Assalamualaikum...


Lama rupanya daku menyepikan diri tanpa mengupdate apa-apa cerita terbaru pasal dunia Anita ni. Ada tak ye yang rindu pada diri ini? hihi. Memang tak ada lah kan. :D Sejujurnya berada dalam mood yang tak sihat, kerja pun malas-malas. Otak pun sakit. Gaji pun belum. grrr.


Semalam aku MC. Bangun pagi kepala berat ya amat walaupun hati mahu kerja. Hampir sebulan sebenarnya fever + sore throat! Seksanya Ya Rabbi. Ubat dah berpeket-peket makan, dah jumpa Dr jugak. Tapi hasilnya aku tetap akan demam setiap pagi. Orang sakit tekak memang effect pada badan kan. Lemahnya badan aku ni! aku ni je yang perasan badan aku ni kuat. Tapi tak sebenarnya. Mungkin ada benarnya orang yang berdarah A mudah sakit.


Owh ye aku nak berkongsi cerita pasal cerita semalam.


Atas bantuan kakakku Sarina yang menjadi driver sejati aku, aku jumpa Dr lain pulak bawah klinik panel abang ipar aku. Supaya aku dapat ubat yang lebih kuat! dengan harapan cepat sembuh. (sebab klinik panel opis aku, ubat dia lambat berkesan).


Bila aku jumpa Dr, Dr kata tekak aku dah ada jangkitan kuman. Dia amik darah dan cucuk kat lengan kiri. Ah tak sakit pun! semut gigit lagi sakit (dalam hati masa tu). Then lepas dapat keputusan darah, katanya darah putih tinggi. Memang sah jangkitan.


Dr tanya sama ada nak ubat sahaja, atau nak cucuk sekali? aku pun jawab nak cucuk. Sebab dah lama terseksa sakit, sebab kalau cucuk kan cepat sembuh. Then dicucuk lah BONTOT aku sebelah kiri. Rasanya, haaa? Amik kau... memang SAKIT GILA! Sampai sekarang ni pun terasa sengal dekat bontot aku ni. Duh.


Dengan izin Allah Alhamdulillah. Aku terus sihat! Lagi kuat dari power rangers pink. Tak perlu lah jumpa pak mak bomoh bagai. hihi


Aku letak picca ni sebab aku sekarang lagi kuat dari beliau!! *roar*


Comments

alahai..tak sihat rupanya..

patuutla mnyepi..

ala..yui nak jd pwer rangers pink tu..muahahaha..
puanstoberi said…
alahai...tkpe..tkpe..kakreen doakan Anita sembuh cepat yaw.. :D

Nak konvo kan??
alhamdulilah....syukur dah sembuh...
Cik Da said…
wahhh dah power la pulakkk....syokkknya...
HEROICzero said…
good to hear that . =)

kalau aku pun , aku nak cucuk jek . nak harap makan ubat ikut time , mmg tak lah . heh~
dila said…
la..time aku kol ko tu ko x sihat ek....ape da~

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan