Jodoh VS Laku ke tak laku.

Assalamualaikum.


Kepala otak aku sedang sakit nih bila hujung bulan tiba, seram ouh rasaya mahu kira gaji. Harap-harap tak ada salah lah, dah siap kira separuh dah. Separuh lagi aku siapkan lepas publish entry ni yer.

Ha.


Aku ada nak kongsi cerita sikit lah. Pasal laku tak laku camtu lah ceritanya. Biasalah, mulut orang mana boleh nak tutup, lainlah mulut tempayan kan. Time-time kenduri memang memacam pesyen orang kita jumpa. Segala mak joyah dan mak Jenab kalau bergabung memang meriah u. Then soalan-soalan macam engkau bila lagi nak kahwin tu. Memang soalan biasa dah. Hari-hari jawab boleh dapat score A. yeha.



Nak diikutkan aku tak pernah terasa pun bila orang tanya camtu. Sebab memang tak ada pakwe kan. Camno pulak lah aku nak kahwen. Aiseymannnn. Jadinya aku banyak jawab, tunggu lah coming soon. Tunggu je kad diedarkan lah bagai. Ada jodoh, nanti InsyaAllah adalah. Gitu lah dia jawapan2 kliser orang yang single mingle ni.



Tapi...



Ada sorang makcik ni berdesap-desup dia cakap kat aku macam-macam cerita, then keluar perkataan " TAK LAKU YE"? errrrrrr. HAHA. Aku pun gelak sama, then jawab "AAH TAK LAKU..." :p (bila situasi adik dah bertunang dan kakaknya belom, maka timbul lah pertanyaan gini)

Bila dah lepas tu, baru aku terpikir. Apa kejadah aku boleh gelakkan diri aku sendiri yang aku ni TAK LAKU. Wallawei. Doa tu kata-kata aku tu. Harap jangan lah cakap begitu lagi. Nanti tak laku betul kang, nayo den.

.meh layan seminit muka orang tak laku. :P


***



.hai. saya single. :D


P.S : lawak rasanya. aduhaaiii Nita.


***

Comments

belum masa g kan..

yui pon selalu kena..geram gak kdg2...tp byk wat xtau..haha..
Unknown said…
jodohnya akan sampai jugak nanti..

kakyong pun kahwin lewat, awal 30'an.. adik dah 3 org kahwin baru sampai jodoh kakyong..

tp pesan kakyong utk cik anita.. jika ada yg sudi tu... timbang2 kan lah .. jgn tunggu lama2.. rugi pulak akak ni kahwin lewat... tp nak buat camana kan, dah jodoh lambat..

akak doakan cik anita berjumpa dgn lelaki yg baik & akan jaga cik anita dgn penuh kasih sayang..
biasa lah nita mulut org...jodoh pertemuan kuasa allah...bila dah jodoh tu..kekadang kelakar pun ada..mcm kak ita dengan hubby sekarang ne..boleh buat Novel..he..he
budak penjara said…
tak laku kena jual murah la ckit..baru cpt org beli..haha
AnaAnne said…
dah ader y sudi belum..hehehe..jeng2
puanstoberi said…
be calm je Nita. hihi. tp nati pas kawen, tkde anak soklan lebih maut akan ditemui. huhuhu. lagi la rasa ter sekat segala urat termasuk urat kentot. miahahahaha

Popular posts from this blog

Cik Anita songeh giveaway...

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan