Resign and Move!
Assalamualaikum.
Resign and Move!
Dalam masa sehari, 25 jam aku fikirkan tentang benda alah ni. Tapi masalahnya, aku belum ada kerja lain untuk terus move dari sini. Kadang rasa macam nak tekad je resign dan balik kampung tanam anggur. Then aku akan cari kerja tu perlahan-lahan InsyaAllah. Bak kata seseorang, rezeki itu akan ada selepas itu. Tak perlu khuatir bimbang untuk berhenti kerja.
Tapi aku khuatir la masalahnya. HEHE.
Dan sebab tu aku asyik duk online pasal carik kerja je, tu jadi aku tak kuasa nak update belog. Kalau jiwa tak tenteram pasal kerja ni, apa pun tak boleh! grrr. Kena kerja untuk hidup berduit~ Tak kerja, mana nak datang duit kan.
I need u kerjaaaaa baru! :(
p/s Sebenarnya kerja oke, tak ada big problem pun yang buat aku nak resign pasal kerja, cumanya aku dah tak mampu nak duk satu area/tempat dengan ex-cinta aku! Perasaan ni Tuhan je yang memahami. Sana-sini aku pergi ada bayang dia, ke pasar jumpa kakak dia, pergi kedai jumpa anak buah dia lah, ayah dia lah, kawan-kawan dia lah. Sebab sini tempat kelahiran dia. Biarlah orang nak kata aku tak profesional ke apa sebab tak pandai nak balance dengan kerjaya dan perasaan. Tapi aku betul-betul tak mampu. Kau mampu? Sekurang-kurangnya aku pergi jauh dari sini, itu yang mampu mengubati perasaan aku ni.
Anda sokong ke anda bangkang apa yang aku rasa ni? hehe. :)

" Ya Allah, kembalikan lah senyuman dan kegembiraan ku walaupun aku dalam kegelapan..."

Comments
yui percaya nita leh lakukan!!