Sukan SEA: Tahniah sahabat atas kemenangan atlet kuartet 4x4
Assalamualaikum.
Apa-apa pun, aku nak ucap tahniah pada pasukan Malaysia yang menang semalam then tambah pingat emas untuk negara dalam acara kuartet 4 x 400. TAHNIAH buat Yunus Lasaleh and the geng! (Walaupun ada memacam rintangan untuk dorang datang ke sukan SEA ni sebenarnya)
.Yunus.dua dari kiri.yang diangkat itu.

Sekarang ni memang hangat dengan sukan SEA kat Palembang, Indon tu. Kan? Korang mesti ikut perkembangan semasa. Sejujurnya aku tak tahu pun bila start sukan tu, tertau pun sebab tertengok kat berita. Kalau tak, memang haram jadah macam katak bawah baldi aku ni. Bab-bab sukan ni memang aku kurang minat. Maap lah ye. Setakat gitu-gitu jelah. (kalau boleh tak nak suami kaki bola) :P
Apa-apa pun, aku nak ucap tahniah pada pasukan Malaysia yang menang semalam then tambah pingat emas untuk negara dalam acara kuartet 4 x 400. TAHNIAH buat Yunus Lasaleh and the geng! (Walaupun ada memacam rintangan untuk dorang datang ke sukan SEA ni sebenarnya)

Sebenarnya Yunus ni classmate aku masa kat UPM. Aku tak ada lah rapat sangat-sangat,dan jarang bertegur sapa dengan budak lelaki kelas aku. Tapi beliau pernah hampir menjalin hubungan mesra-mesra dengan sahabat baik aku then tak menjadi pun. upsss. hehe. (abaikan). Bila tengok muka sahabat sendiri mengharumkan nama negara, sedikit sebanyak aku rasa bangga pada beliau. Tak sangka sungguh.

Yunus tu atas sekali pertama dari kiri.
(rindu saat-saat menjadi student!)
p/s : agak-agak apa eh yang aku boleh buat untuk mengharumkan nama negara? Jalan itik pusing satu Asia. Kau mampu? Ah. Aku memang tak mampu! hua hua hua.
***
Comments
apapun gud luck utk berjalan itik. hihi
dan , gud luck pada semua ! =)
Minat dengan sukan, lebih² lagi acara balapan, tapi malangnya takde nasib nak menyerlah dalam bidang tu.
Kesian diaorang tak dapat naik podium kan.. Takpe emas tetap milik diaorang!
jalan itik? akak x mampu!