Ombak Rindu Punya Cerita.
Assalamualaikum.
Last week, walaupun aku memerah keringat terpaksa bekerja, sempat jugaklah aku meneman kawan ku ke kenduri kahwin di Sungai Besar. Aku balik kerja pun dah pukul 2, siap-siap semua sampai sana dah nak pukul 4. Kejadahnya datang kenduri lewat petang dengan hujan yang lebatnya lagi. Dengan perut yang lapar, makan saki baki nasik minyak kat kenduri tu. Alahai. Sedapppnya!
Then on the way balik tu, kitorang pun menyinggah lah kat One Plaza Kuala Selangor. Tertengoklah cerita “Ombak Rindu” tu.
Makanya, bintang yang aku rasa cam sesuai nak bagi hanya 2! Untung aku bagi 2, kawan aku yang sama-sama tengok bagi 1 setengah saja. Kejam sungguh jiwa dia. HAHA.
Nak diikutkan, memang ada babak-babak sedih. Tapi langsung tak terkesan kat hati aku yang keras ni. Eh tak, hati aku lembut sebenarnya. (kalau aku nengok kat rumah sensorang berkemungkinan besar aku akan menangis). Tapi ada mamat-mamat yang aku panggil beruk dan sangat bising dalam panggung ketika itu. Maaf kerna memanggil kalian dengan beruk. Setiap babak dalam cerita, mereka-mereka ini akan bergelak ketawa dengan jayanya. Aku pun secara tak langsung tergelak-gelak jugak lah.
Dan kesannya terkena pada aku. Aku rasa bukan aku saja. Kesan pada seluruh penduduk panggung yang menonton Ombak Rindu pada ketika itu. Dan aku juga tidak mampu menjejaki mana-mana manusia yang syahdu dalam tangisan. Serius tak ada. Dan aku juga merasakan, semua orang dalam hati diam-diam menyumpah seranah mamat-mamat beruk itu. Hehe.
Ha lupa pulak. Hanya satu babak yang aku sangat suka! Babak yang Maya Karin lentokkan kepala dia dekat dada Aaaron Ajiz tu. Ouh, sangat romantiknya aku rasa ketika itu! Jugak yang aku suka is, pemandangan yang cantik-cantik. Serius sangat cantik! Yang kat buaian tu, mengadap pantai lagi.
Tapi bab peluk-peluk dia pulak, agak jelas kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak.kan? Yelah, kebetulan jugak masa tengok movie tu berderet-deret budak-budak depan aku, kanan aku, kiri aku mesti ada budak-budak. (dalam sekolah rendah perkiraan aku). Aku rasa cam termalu sebab budak-budak tu tengok samaaaaa. T_T
Dan yang terakhir aku nak komen is, pelakon dia sangat tak boleh ngam dengan jiwa aku. Lagi-lagi Maya Karin tu. Pasal apalah pakai tudung bawal camtu rupaaaaaanyaaa! Dengan scarf ke depan nak tutup dahi bagai. Tudung renyuk-renyuk lagi. Aduhai. Make up hartis, plish take noted! Hehe. Tapi masa pakai shawl oke cantiks! Then Lisa Surihani, oke. Aku memang tak minat. So, biasa je aku tengok. :p
Kesimpulannya: siapa yang teringin nak tengok. Sila tengok. Sokonglah industri filem negara kita. Ecewah.
Comments
Hihi.
xtgk pon..mmg mls nk tgk.