Tahniah untuk si Adik Zeni
Assalamualaikum.
beliau yang cantik pada hari itu.
.beliau yang over pada hari itu. :P
.sebahagian yang hadir pada hari itu.
Ini entry tertangguh sebenarnya. Apa pun, aku nak ucapkan TAHNIAH pada adikku 'Saidatul Sazeni' yang selamat bergraduat pada hari sabtu yang lepas. Tahniah kerana telah menggengam Diploma Syariah. Harapnya meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah dan ke atas ye. :D InsyaAllah.
Konvokesyen beliau yang dibuat kat UPM juga. Nak diikutkan aku tak boleh nak datang sebab kerja. Tapi entah macam mana, aku terpergi juge dan terMC! :P sebab si cik adik ni dah banyak kali menyuruh aku datang. Sebab masa aku konvo hari tu pun dia datang. Rasa cam kesian pulak kat dia.
tada.



I dont know kenapa status cik Adik aku ni sejak dua menjak ni sedih sedih belaka. Untuk aku bercakap banyak then tanya macam-macam tu rasa macam busy body. Neway, apa pun yang terjadi pasti akan ada hikmahnya. Hati yang ikhlas itu pasti berbalas. Ikhlas menghadapi masalah yang tak pernah tak ada. Bak kata Ustazah semanis kurma. ;)
Sekali lagi ucapan TAHNIAH! dan tahniah lagi.
Eh lupa nak cakap, banyak syok ar dia dapat teddy bear yang besar lagi comel! umur dah tua-tua bangka ada orang nak bagi hadiah camtu. Kau ada? aku tak ada? sobs.
Comments