Baguskah Pure Marine Collagen (PMC)?

Assalamualaikum.

Bila sebut je pasal PMC ni, mesti dah ramai yang tau kan? Mungkin kalian jugak dah pernah makan or sedang makan benda alah ni. So how? Bagus ke enggak? Meh kongsi cerita meh...

Benda PMC tu yang rupanya macam ni. Ada dua jenis, yang gred A & gred AAA.


Aku tau pasal benda alah ni sebenarnya  daripada adik beradik aku. Si kakak-kakak dan adik aku dah makan rupanya tanpa aku sedar lebih awal. Cisss. So far apa yang aku nampak pada kakak aku yang sulung tu, jerawat kat muka dia dah hilang. Plus pori-pori muka dia jadik makin kecik. 

Then pada adik aku plak, kulit muka jadi cam putih gebus gitu. Ke sebab dia dah memang gebu entah. Jugak tapak tangan jadik lembut sebab boleh buat losyen, boleh buat masker juge dan pastinya boleh diminum.

Harga dia aku tak pasti sangat berapa, tapi agak mahal jugak lah kalau beli dekat sini. Ada yang aku dengar dalam 100g tu harga dia dalam RM30 ke RM40 camtu.

Tapi aku dapat free je! Yeayyy. Terima kasih my Sista Najua. Sebab kakak aku ada pergi Sabah last month. Dapat harga 1 peket yang 500g tu dengan harga RM18 saja hokey.  So semua orang pun dapat sorang sepeket. Dapat gred AAA tu yang colour dia dark purple dengan yang kuning tu 100g.

Cara makan dia, kena masak PMC ni dulu, lepas tu simpan dalam peti elok-elok. Nak sedap minum lahd engan perisa air yang lain macam ribena ke sirap ke. Jangan letak kat luar, nanti basi. Ha kalau nak tau panjang lebar boleh google. Salah satu cara dia boleh tengok kat SINI

Aku baru je ha start seminggu minum pagi dan malam sebelum tidur. Jugak buat masker. Pakai masker PMC ni sebelum tidur. So nantikan apa perubahan pada aku? Makin cantikkah? Auwww.


Ikhlas,
Anita.





Comments

Teratak pena said…
pernah dengar juge... kalau direndam dia akan jadi kembang. tapi tak pernah cuba lak
kalau berkesan, sila inform..hihi

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA