Bandung Trip - Hari 4
Assalamualaikum.
Agenda hari ke4 ke Trans Studio! yeay.
Muka tuan rumah sebagai pembuka bicara. hee
Kat sini agak menenangkan fikiran,
tapi agak memeningkan kepala dan isi perut. Tak perlu dah nak pikir shoping
bagai, maka hari ke 4 kitorang ke Trans Studio Bandung. So far okelah. Semua
game pun just nice. Maybe aku dah terpergi USS Singapore yang sangat ohsem.
maka jadi so so jerlah. Tapi still boleh layan lagi. Sebab bagi aku konsep holiday, apa pun yang jadi layankan saja.
Harga tiket dia:
Harga tiket hari biasa IDR150k
Harga tiket weekend IDR200k
Aku masa ni memang sengaja arrange nak pergi hari biasa. Sebab nak dapatkan harga yang murah sikit tu. Tu yang switch hari ke 3 dengan hari ke 4. Beza sikit dengan plan awal. Nanti aku selitkan tentatif program yang aku buat dalam entry TIPS ke bandung. Ada sebenarnya dah dalam draft. Cuma ada lagi yang nak kena tambah. Tapi entah bila? =P
Then dekat Trans Studio ni kita akan dapat kad macam touch and go
kat sini. So kalau nak makan ke hape, topap kad tu. So boleh lah makan. So far makan dia dalam ni a bit mahal. Sebab tak boleh nak keluar dari Trans ni. No choice. Kalau dah keluar tak boleh nak masuk balik.
Persembahan before masuk.
Kitorang datang awal pagi, belum pun sempat Trans Studio ni nak bukak. So agak menunggu lah di situ. Lagipun kononnya nak tengok ada persembahan pagi before customer masuk. Sebab ada terbaca dalam belog before pergi ni. Tak ingat blog mana. So so saja lah diorang performed. Aku macam kurang berkenan, sebab dorang menari-nari tapi muka blur tak senyum. Err? Ke sebab dah hari-hari buat persembahan ke rasa bosan lah kot. T_T
Then bab game dia dalam ni...
Yamaha roller coster dia kat sini aku tak
naik, sebab masa aku pergi ni cuaca mungkin kurang mengizinkan. So dari pagi,
tengahari & sampai petang tak bukak-bukak. Testing je tak sudah-sudah. T_T. Roller coster yang terpantas kat dunia katanya.
Then walaupun aku penakut, tapi nak jugak lah buat-buat berani. Naik yang giant
swing tu, masyaAllah. Pening habis! Jadi spoil mood aku sehari.
Ni Yamaha roller coster dia. Kempunan nak naik!
kalau tak silap, si pontianak ni lah yang jadi artis kebudayaan masa nyanyi konsert dia tu.
game kereta ni simple je. Gelak-gelak main!! =P
Teater dia plak sangat BEST! Masa aku pergi ni hari
Selasa, so teater KABAYAN GOES TO HOLLYWOOD start pukul 12.30 tengahari.
Terkekek-kekek gelak. Walaupun pelat-pelat indon, tapi senang nak paham jalan
cerita dia.
Then pukul 2.30 tengok TRANS STUDIO BIG BAND.
Boleh lah, konsert artis-artis dia. Nyanyi plak lagu Lagenda Sheila Majid. Rasa
bangga kejap sebab boleh join nyanyi sesama.
Pukul 3.30 petang tengok pulak SPECIAL EFFECT
ACTION! Ni best banget. Plus abang MC tu sangat hensem. So jadi cair sekejap dan
senyum sorang sampai ke sudah. Gatal kan?
Action panjat-panjat, naik motor pusing-pusing. Ada penjahat, ada pencurik, ada pak polisi, ada pelawak. So lengkap lah action dia dalam tu. Best banget deh.
Beratur panjang nak masuk sini!
Action panjat-panjat, naik motor pusing-pusing. Ada penjahat, ada pencurik, ada pak polisi, ada pelawak. So lengkap lah action dia dalam tu. Best banget deh.
Info tambahan:
Siapa yang duduk seat 2 dari depan, banyak
kali dah abang MC tu pesan. Sila berhati-hati kerana akan ada effect air. Maka
dia pesan suruh simpan hp ke kamera ke dalam beg baik-baik. Maka aku pikir
mungkin percikan air jerlah. Tapi rupanya, amik kau. Bayangkan kau disiram dengan paip bomba
camne? Memang basah lenjun orang tu!!!! Tak ramai, maybe dalam 4
ke 5 orang yang basah. Tapi kalau lah aku kat tempat tu, mesti menangis
berlagu-lagu. So pesanan aku ialah, sapa yang pergi Trans Studio then tengok
special Effect Action, jangan duduk bahagian depan yang dekat dengan paip
bomba. Kalau tak nak nangis
berlagu-lagu. Tak pasti lah dapat baju free ke tak. Kalau tak dapat, camno nak
carik bra dan pentis kering dalam tu? *pikir kejap*
Then the last show dia, TRANS STUDIO PARADE.
Benda ni macam perbarisan beragam or kereta berhias macam tu lah kot namanya.
Pakai costume cantik-cantik dan jalan kat main road dia tu ramai-ramai. Show ni pun best, sebab dapat tengok semua karakter yang ada dalam Trans ni.
Sebenarnya banyak lagi gambar lain, tapi entah kenapa HP aku ni asyik hang sesaja. So setakat ini saja gambar yang ada.
Selepas last show tu, kami pun terus bergerak keluar
dari Trasns Studio tu. Then sempat jugak aku pusing pusing sket mall dia. Just
nice. Tapi mahal sket ala-ala Pavilion aku rasa.
Balik malam penat dan tidur!
Eh lupa, kot sesiapa nak tau pengalaman hari-hari sebelum ni, meh tengok sini:
Bandung Hari 1
Bandung Hari 2
Bandung Hari 3
Ikhlas,
Anita.
Comments